Terjadi pada zaman dahulu seorang lelaki yang mempunyai beberapa orang anak perempuan, meninggal dunia, maka anak-anaknya dipelihara oleh ibunya. Dan kerana keadaan sangat miskinnya sehingga ia dan anak-anaknya terpaksa tinggal di sebuah surau kecil yang uzur, tidak lagi digunakan orang untuk beribadat. Disitulah ia meninggalkan anak-anak perempuannya, sedang ia sendiri keluar mencari rezeki untuk mereka.
Pada suatu hari si ibu pergi menemui ketua daerah, seorang Muslim untuk mengadu hal keadaannya yang tersangat daif, minta diberikan bantuan yang wajar untuk anak-anaknya yang yatim, tetapi cerita si ibu tidak dihiraukan malah tidak dipercayainya, lalu ia meminta bukti dan berdolak-dalih, minta diberikan masa untuk menyiasat kebenaran cerita janda itu. Malah jelasnya banyak yang harus diteliti barulah si ibu tunggal layak menerima bantuan.
"Aku seorang ibu tunggal yang miskin, dan anak-anakku pula yatim." Jelasnya minta simpati.
Tetapi ketua daerah tetap dengan hujahnya, maka berlalulah si ibu meninggalkannya. Kemudian ia keluar pula bertemu dengan seorang Majusi, penyembah api. diceritakan halnya yang miskin dan tidak berdaya itu. Orang Majusi itu lantas menyuruh orang suruhannya pergi menjemput anak-anak si ibu tadi, diberikan layanan makan dan minum serta dimuliakan.
Malam harinya, ketua daerah Muslim tadi telah bermimpi, hari telah kiamat, ia melihat baginda Nabi Muhammad SAW, diatas kepala baginda ada panji 'Liwa'aul-Hamdi', dan di sampingnya ada mahligai besar yang amat indah, maka ia bertanya kepada Rasulullah:
"Ya Rasulullah, untuk siapakah mahligai indah itu?"
"Untuk orang Muslim." Jawab Baginda.
Lalu ia berkata: "Saya termasuk orang Muslim dan bertauhid."
Lantas Rasulullah bertanya: "Tunjukkan padaku buktinya, bila kamu seorang Muslim."
Maka ia terbangun, dengan perasaan sangat kecewa, kerana menolak permintaan janda dan anak-anaknya yang yatim itu. Kemudian ia bergegas mencari si ibu tunggal itu, akhirnya ia mendapat berita, bahawa janda itu bersama anak-anaknya berada dirumah seorang Majusi yang menolongnya. Lantas ia menemui Majusi dengan tujuan meminta diserahkan janda Muslim dan anak-anaknya kepadanya, tetapi ditolak orang Majusi itu dengan alasan berkata:
"Aku telah merasakan berkatnya orang-orang yang aku tolong itu."
Kerana ingin mendapatkan si ibu dan anaknya, ketua daerah mahu menyerahkan wang seribu dinar sebagai imbalan untuk orang Majusi, bila ia suka menyerahkan anak-anak yatim itu. Mendadak orang Majusi berkata.
"Yang engkau inginkan itu, memang akulah yang berhak untuknya, panji dan mahligai yang kamu impikan itu memang dibuat untukku."
"Kamu bukan orang Muslim." Kata ketua daerah lagi.
"Apakah yang engkau banggakan padaku tentang Islammu? Demi Allah, tidaklah aku dan keluargaku masuk tidur malam tadi, sehingga kami telah masuk Islam ditangan wanita itu dan anak-anaknya. Dan aku juga bermimpi sama dengan mimipimu itu. Dan ketika Rasulullah SAW bertanya kepadaku: "Apakah janda dan anak-anaknya itu berada dirumahmu?"
Maka aku menjawab: "Benar, Ya Rasulullah." Maka Rasulullah bersabda: "Maka mahkota dan mahligai itu untukmu dan keluargamu."
Setelah mendengar penerangan ini, maka kembalilah ketua daerah itu dengan perasaan yang sangat menyesal..
Ala wak nda name pon manusia kan ..xlepas dr buat silap..lg pulak secara xsengaja...hehe..wak nda..banje sasha jugak.. nak sirap laici jugak ..laici lebeh hihi..
Diceritakan, ada seorang lelaki soleh, ia mempunyai saudara yang tinggal berjauhan. Menjadi amalan saudaranya ini, setiap tahun ia akan berkunjung melawat ke rumah lelaki ini.
Maka pada suatu hari, datanglah ia berkunjung ke rumah saudaranya ini untuk berziarah.
Tiba di rumah saudaranya itu, ia pun memberi salam, dijawab oleh isteri lelaki itu, lantas ia memperkenalkan diri. "Saya iparmu datang untuk melawat suamimu sekeluarga."
Lalu dijawab saudara iparnya itu. "Kebetulan, suamiku belum pulang dari mencari kayu api. Hendaknya biarlah dia tidak pulang terus." Sambil wanita itu terus mencerca akan suaminya, didepan saudara suaminya sendiri.
Tidak lama kemudian pulanglah suaminya, dengan diiringi seekor harimau yang memikul seikat kayu dibelakangnya. Setelah kayu itu diletakkan, ia berkata kepada harimau itu. "Pergilah, semoga Allah memberkatimu." Lalu harimau itu pun pergi.
Setelah bertanya khabar, dipersilakan masuk ke rumah, dilayankan saudaranya dengan sebaik-baik layanan, sedang isterinya memaki-hamun. Setelah dihidangkan makanan dan mereka makan bersama tanpa si suami menjawab sepatah pun leteran isterinya.
Tidak lama, saudaranya meminta izin pulang. Dalam perjalanannya pulang itu ia tidak henti-henti memikirkan bagaimana kesabaran saudaranya terhadap kelakuan isterinya itu, dan perihal harimau itu.
Pada tahun seterusnya, ia datang untuk berziarah saudaranya lagi.
Tiba di rumah saudaranya ia memberi salam. Dijawab oleh seorang perempuan lantas bertanya siapakah ia.
"Saya saudara iparmu, datang menziarah."
Kedatangannya disambut oleh ipar perempuannya. Sementara menunggu suaminya pulang dari mencari kayu api, wanita itu menceritakan akan kebaikan suaminya yang rajin berkerja mencari rezeki.
Tidak lama selepas itu, pulang suaminya bersama seikat kayu api yang dipikul dibelakangnya. Setelah ia mengetahui akan kedatangan saudaranya, dijemputnya masuk, lantas mereka berbual bertanya khabar masing-masing sehingga diangkat hidangan oleh isterinya, dan merekapun menghadapi makanan bersama.
Lalu ia teringat akan perihal semasa kedatangannya pada tahun sebelumnya, lantas ia bertanya tentang hal isterinya yang sebelum ini dan juga hal harimau itu. Lalu si suami itu menjawab:
"Hai saudaraku, isteriku yang cerewet dahulu itu telah meninggal, dan kerana aku sabar atas tingkah-lakunya, maka Allah datangkan padaku seekor harimau untuk membantuku dalam pekerjaanku. Kini aku telah diganti dengan seorang isteri solehah dan baik budi, maka haruslah aku memikul sendiri kayu api itu."
Demikianlah ia faham akan perihal kesabaran saudaranya dengan perangai buruk isterinya yang dulu dan harimau yang membawa kayu dibelakangnya itu.
Alamak..dah habis waktu tgahari..boleh dpt lg x sirap laici?
Hmm...pizza dominos pon boleh je..Kecik mulut sha..tuppaware sha sediekan hehe..
Kim salam kt mr gary ye oppa ijoi...