Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MH370


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:
MH370


Assalam semua/selamat sejahtera.

 

kesian kan...tak bergerak ke mana aku hujung minggu ni. dah bermacam2 spekulasi..bermacam2 dugaan.

ntah kemana la perginya dorang tu. bayangkan jika tenggelam ke laut..aduiii.teringat cerita2 muvi.

perlahan2 sorang2 kembali kepada pencipta..yang lain bertambah kecut perut..harapan semakin tipis..aduiii.

 

 

 

 

 



__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 168
Date:

Allah.. Lepastu, macam2 cerita pulak yang keluar. Ada yang memarah pilot. Ada yang memarah pramugari sebab pakai pakaian seksi hidang arak bagai. Macam2 !

Kalau di langit Allah boleh rebahkan, apatah lagi yang berada di atas tanah sekarang...

Dengar cerita, MH370 sebenarnya dh dijumpai dekat Vietnam. Tapi, berita tidak mensahihkan lagi. Wallahualam...

__________________

AKU BERCITA-CITA MAHU MENJADI ORANG KAYA

DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. INSYA ALLAH...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Just copy paste..  :'(

 

MH370...

Kapten Zaharie 
Saya mungkin tidak kenal tuan,
tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik 
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370 
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

MH370...
Selagi mereka belum temui rangka kamu
kami di seluruh dunia berharap kamu akan kembali dengan selamat.
kalau ada orang jahat larikan kamu
Kami merayu, kembalikan MH370 ke KLIA
atau terbangkan kamu ke Beijing
seluruh dunia menanti khabar kamu.
Saya harap kamu baik-baik sahaja

Kita mungkin tidak pernah bertemu wahai MH370
tetapi hari ini semua orang mencari-cari kamu
hari ini semua orang menanti kamu
hari ni dunia risaukan kamu
hari ini semua orang sebut kamu

Muncullah MH370
ada jiwa yang menanti anaknya 
ada jiwa menanti suaminya
ada jiwa menanti kakaknya abangnya adiknya
ada jiwa menanti isterinya
ada jiwa menanti ibunya
ada jiwa menanti ayahnya
ada jiwa menantikan anaknya

Jiwa kami dan jiwa mereka tidak sama
Kami sedih tetapi tidak akan ada yang lebih sedih dari mereka
Mereka dan kami mungkin bukan sebangsa, seagama
tetapi darah kami sama
merah pekat warnanya

Kasih sayang kami sama
Tuhan, dengan cinta dan rahmatMu
temuikan MH370 segera.
Kami sudah sedia
Kami sudah redha
Kami tahu Kau ada
Kau menentukan segalanya...

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu diam sahaja

Manusia aneh-aneh jiwanya
kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya tadahkan tanganmu berdoa

Manusia aneh-aneh jiwanya
Kalau kamu tidak ada yang baik untuk kamu berkata-kata
sudi kiranya kamu tutup mata dan telinga.

Manusia aneh-aneh jiwanya
Walau siapa pun mereka, apa bangsa mereka
Kita tetapi mengalirkan darah yang sama
baik kalian diam dan bacalah cuma.

MH370 muncullah kamu segera
kami semua akan bersedia.

sedihnya..amat sedih n im crying 
Credit to : pnut syafinaz



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Tunggu ajalah apa yg jadi kat plane tu.. Wallahua'lam.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

di china pagi nih klaur berita yg mengatakan bukan 2 passport yg disyaki palsu, malah ade beberapa passport lain dlm MH 370 mencurigakan. bilangan berapa org blum pasti lagi

__________________

 someOne .....is..waiting..



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

hehehe... aku terjumpe ni dlm 1 blog. mungkin cuma speku je. tapi wallahu a'lam..


kalo ada yg tak suka aku post bitau ek.. besok aku delete la. just utk bacaan korang. kita2 ajer...

kalo ada yg tak setuju aku mintak mahap jugak. tapi menurut kawan akuyg jugak navy ni rahsia besau. makanya dia tak bitau aku pasal member dia yg bahagian dot dot dot pun tak nak bitau.[spoiler] (psssttt.. bisik2 je tau. mamat ni pernah seludup senjata utk pejuang Islam kat negara TUUUTTTT... secara rahsia..

 

kalo korang tak nak posting ni dlm fprum ni bitau ek, tapi jgn la mrh2 pasal aku tau korang2 pun ada yg ambik berat pasal hal2 konspirasi ni kan.. kann...

*************************************************************************************************

Andaian Terbaru Yang Diterima Mengenai MH 370 !!!

 
 
ADAKAH.jpg
 
ADAKAH INI BENAR ??



Received by e-mail

1) adakah MAS merahsiakan perbualan antara perisik XXX dengan menara kawalan kepada kerajaan, rakyat malaysia dan seluruh dunia? kenapa nak rahsiakan?? adakah takut sebab kawalan keselamatan terlalu longgar? kenapa setelah sejam lebih pesawat hilang dari radar, tapi mereka masih lagi berkomunikasi dengan pesawat?? apa isi perbualan mereka?? 

2) radar untuk tujuan komersial tidak secanggih seperti untuk tujuan ketenteraan.. maka radar jammer dari pasar gelap sudah memadai untuk "menghilangkan" pesawat dari radar di menar kawalan subang

3) setelah "menghilangkan" pesawat dari radar, pesawat patah balik untuk ke destinasi XXX (destinasi ini saya tidak pasti di mana), pesawat terus berlegar di ruang udara malaysia, iaitu di kawasan banjaran titiwangsa selama sejam lebih sambil masih lagi "berunding" dengan menara kawalan..

4) kenapa pertahanan malaysia tidak dapat kesan pesawat itu ketika berlegar di udara banjaran titiwangsa? kerana di situ pertahanan udara kita paling lemah..

5) rundingan dengan menara kawalan gagal setelah 2 jam lebih.. perisik XXX putuskan hubungan dengan menara kawalan di subang.. perisik XXX terus menerbangkan pesawat ke lokasi XXX

6) saya gunakan istilah "perisik" kerana hijacker ini bukannya pengganas, tapi seorang perisik dari negara XXX (antara kuasa besar dunia).. sebab itulah sehingga sekarang tiada pengakuan dan tuntutan di media massa.. semua rundingan adalah secara tertutup antara pemimpin negara kuasa besar..

7) ketika pesawat bergerak ke lokasi XXX, perisik tiba-tiba menukar laluan, dan pesawat didapati terbang di selat melaka, menuju ke utara (thailand).. ketika ini, radar pertahanan udara malaysia dapat mengesan kehadiran pesawat asing ini (kerana pertahanan udara malaysia di selat melaka adalah lebih baik dari di pantai timur dan banjaran titiwangsa)..

8) tetapi pihak pertahanan masih lagi clueless tentang rampasan ini, kerana pihak menara kawalan TIDAK PERNAH MEMAKLUMKAN KEPADA KERAJAAN DAN KEMENTERIAN PERTAHAAN

9) pesawat terus menuju ke thailand.. thailand dapat tahu dan terus memaklumkan kepada seluruh ketenteraan mereka, termasuk pangkalan udara milik amerika di thailand (lokasi rahsia)

10) ketika pihak thailand cuba menghubungi pesawat MAS tersebut, perisik XXX cuba menipu dengan mengatakan pesawat mereka tersesat..jet amerika cuba intercept dan tembak pesawat, tetapi perisik XXX cuba berunding dengan amerika dn thailand

11) ketika rundingan di nanning, kerajaan malaysia TIDAK TAHU MENAHU pasal ini.. rundingan hanyalah melalui negara XXX, YYY, ZZZ dan mungkin beberapa negara lain

12) pihak MAS baru maklumkan kepada umum pesawat MH370 hilang setelah benar-benar pesawat itu disahkan tidak mendarat di beijing (jam 7 pagi lebih).. kenapa lambat sangat nak sahkan MAS?? kamu ingat perampas itu main-main ke??

13) ketika ini barulah kerajaan malaysia maklum dan seluruh dunia gempar dengan berita ini.. akibat kurangnya maklumat dari pihak MAS (pesawat tiba-tiba hilang, tak ada sebarang petanda) maka kerajaan mulakan SAR agak lambat..

14) saya tidak pasti sampai bila baru pemimpin negara malaysia dimaklumkan perkara sebenar oleh negara XXX,YYY dan ZZZ.. DS Najib cuma mengikut arahaan dari negara XXX, YYY, dan ZZZ untuk kumpul keluarga mangsa, cari di situ, cari di sini, buat itu buat ini.. tapi rasanya sekarang mereka sudah dimaklumkan..

15)TIADA APA-APA YANG BERLAKU DI LAUT CINA SELATAN.. tiada.. semua penemuan kononnya debris, tompokan minyak, claim dari navy negara XYZ kononnya dah jumpa bangkai dll adalah..... saya tidak pasti dan tidak berani nak buat andaian.. yang pasti negara2 kuasa besar dah hantar armada ketenteraan mereka di kawasan yang kononnya tempat pesawat terhempas

16) malaysia serta negara lain yang "tak tahu apa-apa" meneruskan usaha mencari.. ketenteraan kita BARU PERASAN mereka pernah kesan satu pesawat asing di selat melaka (adakah saya yang ingatkan mereka hahahaha) maka mereka terus membuat pencarian di selat melaka, kerana andaian mereka di situlah kali terakhir malaysia mengesan pesawat itu

17) ketika jet amerika hampir memintas pesawat MAS di thailand, perisik XXX berunding dengan negara amerika agar "melepaskan" pesawat itu dan memaklumkan pesawat itu adalah pesawat komersial dan mengandugi 200 lebih penumpang 19) amerika bersetuju, mungkin ada yang pelik mengapa USA boleh bersetuju dengan mudah.. ini kerana perisik itu BUKANNYA PENGGANAS tetapi dari negara XXX.. pihak amerika memaklumkan kejadian ini kepada negara XXX, dan negara XXX mengesahkannya..pada mulanya amerika demand pesawat itu mendarat di thailand, tetapi akhirnya terpaksa akur permintaan perisik XXX untuk mendarat di nanning.. kenapa nanning?? saya belum mahu hurai lebih lanjut..

18) dipendekkan cerita, ketika mendarat di nanning, sepatutnya pendaratan MH370 di nanning dirahsiakan, tetapi terbocor juga oleh beberapa orang pegawai lapangan terbang yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang pendaratan cemas ini serta MISI RAHSIA negara XXX.. akhirnya cerita pendaratan pesawat MH370 di nanning berjaya diputarbelitkan sebagai hoax

19) apa isi rundingan?? mengelakkan PERANG DUNIA KETIGA

20) ketika rundingan, negara XXX mengugut untuk melancarkan perang dunia ketiga seandainya misi mereka ini dibocorkan.. negara YYY, ZZZ dan beberapa negara lain (saya yakin malaysia tidak terlibat dalam rundingan ini) terpaksa bersetuju

21) jadi, apakah sebenarnya tujuan pesawat itu dihijack?? sebenarnya hijack itu hanyalah backup plan dari perisik XXX seandainya identiti dan operasi beliau berjaya dikesan oleh perisik dari negara lain yang turut sama berada di dalam pesawat tersebut.. semalam saya ada dedahkan salah satu nombor passport perisik iaitu YA3189197, nama pemilik passport ini ialah luigi miraldi, tetapi didapati passport ini adalah passport curi (cepat sungguh negara mereka tutup cerita)

22) saya ada terbaca berita dari china, di mana ahli keluarga cuba hubungi telefon bimbit salah seorang penumpang pesawat, dan berjaya, tetapi tidak diangkat atau disahut.. ya, memang la, sebab pihak negara XXX lupa nak off henset mamat tu setelah dirampas..

23) (imaginasi saya sahaja) - pada mulanya, pihak yang berunding berusaha untuk cari jalan untuk tutup cerita rampasan ini untuk kepentingan bersama.. mereka cuba membawa ahli keluarga terdekat penumpang untuk berunding di satu tempat rahsia (kemungkinan di nanning).. antaranya, mungkin penumpang yang terlibat terpaksa dipalsukan kematian mereka, dan pihak yang berunding akan cuba untuk membuat seolah-olah pesawat itu benar-benar telah terhempas, tetapi banyak kali kantoi.. banyak kali mereka terpaksa trik balik statement..

24) insyaAllah, sama-sama kita doakan mereka semua masih hidup Mmg dr awal kes hijack Sebab Ukraine dgn Russia tgh berperang Dlm pesawat tu ada 2 org Ukraine, seorg Russian Pengaruh cina dperlukan russia TERKINI 



pray.jpg



Ada beberapa aspek berbangkit dlm isu MH370


1) 2 pasport hilang berprofile tinggi dlm bidang askar/ ketenteraan. 

2) 4 org China yg mempunyai kepakaran dlm bidang kimia and biologi expert di dalam pesawat.

3) 27 anak Malaysia yg berada di dalam pesawat adalah dari syarikat motorola yg expert dlm it and communication. 

4) Boeing 777 sebelum bertolak ke beijing baru kembali dari Pakistan.

5) Pasport 2 org yg hilang tidak di report pada interpol.

6) Semua negara besar telah menghulurkan bantuan kecuali Russia.

7) Boeing 777 boleh terbang lebih dari 11 jam dan boleh sampai di negara lain kerana perjalanan 777 adalah pada waktu malam yg tidak dpt dijangkau ...

8) ID Patrik Gomez perlu dikaji dgn lebih terperinci. 

9) MH 370 telah pun dihijack kerana laut sedalam 3km jika crash signal dca masih dapat dikesan. 

10) 4 Bilionair China berada di dalam flight tersebut.



__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Spekulasi lagi..

kalau tak menyentuh sensitiviti keluarga mangsa, takpelah.. ini pun satu kemungkinan jugak ni..

yg tak tahan yg memandai2 kata bangkai pesawat dah jumpa la, semua terkorban la, siap ada yg kaitkan dgn surah yasin lagi.. isk.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

aiyooo.. yg nak kaitkan dgn surah2 ni.. kalo ikutkan hari2 ada je yg buleh kita kaitkan dgn mana2 ayat dlm quran.

dah memang Al-Quran tu panduan hidup, makanya hari2 la ada je ayat2 yg berkenaan yg boleh dikaitkan..

betui dak ustat?

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

cengkodok puteh wrote:

aiyooo.. yg nak kaitkan dgn surah2 ni.. kalo ikutkan hari2 ada je yg buleh kita kaitkan dgn mana2 ayat dlm quran.

dah memang Al-Quran tu panduan hidup, makanya hari2 la ada je ayat2 yg berkenaan yg boleh dikaitkan..

betui dak ustat?


 

Innalillah wa'inna ilaihirajiiun.

 

Sebenarnya aku rasa memang dah takde harapan utk ada sesapa yg selamat dari MH370 ni.. dah lebih dua minggu..

 

.........................................................................................................................................................................................

 

Sebab takde pon ustad nak jawab, maka biarlah aku yg menjawab soklan Cengkodok nih, walaupun aku ni bukan ustad, err.. mat rempit pun mulia kot dari aku.. aku kata apa yg aku tau ajalah eh..

 

Betullah tu.. tak payah nak tunggu satu2 peristiwa baru nak kaitkan dgn nombor2, makna surah2 tertentu dalam Quran. 

 

Kalau nampak burung2 terbang, atau kapal terbang, dalam Quran:

 

"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang diatas mereka,(siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu membuka sayapnya dan mangatupnya? Tiada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan Allah yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

 

Al-Mulk 19

 

Kalau nampak laut, sungai, parit waima air yg kita minum sekalipun:

 

"Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (ditelan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?"

 

Al-Mulk 30

 

Bila tengok matahari atau bulan, atau pokok2, dalam Quran:

 

"Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu."

 

"Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pokok-pokok kayu, masing-masing tunduk menurut peraturanNya."

 

Ar-Rahmaan 5-6

 

.....

 

"Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu, satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermainkannya."

 

Al-Anbiyaa 2



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard