Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jom belajar Teknik Kuasa Minda


Super Member

Status: Offline
Posts: 1505
Date:
Jom belajar Teknik Kuasa Minda


Percakapan diri (self talk)

Teknik ini adalah teknik yang senang dilakukan.Anda tidak perlu melakukan meditasi tetapi anda harus bercakap pada diri sendiri dengan suara yang jelas.Teknik ini dapat mengubah minda separa sedar anda bagi membawa diri anda seperti apa yang anda cakapkan pada diri sendiri.Para penyelidik menyatakan,hampir 70% pemikiran yang anda cetuskan itu adalah pemikiran negatif.Sewaktu kecil, anda sentiasa disogokkan dengan lebih 100 ribu kali perkataan negatif.maka bagi menukar diri anda menjadi orang yang berjaya,inilah teknik yang terhebat dan bermutu iatu Teknik Percakapan Positif.

 

Lakukan teknik ini ketika anda bangun pagi,berehat,pulang dari kerja dan sebelum tidur.Lakukan setiap hari,tukarkan pelaziman negatif kepada pelaziman positif.Melalui percakapan diri, minda sedar anda menghantar maklumat kepada minda separa sedar bagi menjalankan tugas merealisasikan seperti skrip yang anda ciptakan.Minda separa sedar anda diibaratkan seperti robot yang menjalankan tugas.Anda dapat mengubah tabiat diri,keupayaan dan kecekapan dengan cara mengamalkan skrip percakapan diri.

 

Contoh Skrip Percakapan Diri Positif

 

"Saya bertangungjawab  sepenuhnya terhadap diri saya dan orang lain"

 

"Setiap hari saya semakin hebat dan sukses dalam hidup"

 

"Saya berfikiran positif dan baik"

 

"Saya tenang dan tersenyum"

 

"Saya sayang persahabatan ini"

 

"Saya bersyukur dan bahagia dengan kehidupan ini'

 

"Saya adalah mesra,ikhlas dan komited untuk setiap apa yang diamanahkan"

 

***Selamat mencuba dan tukarkan diri geng semua dari negatif kepada baik (+),dari baik kepada yang lebih baik.Kredit utk ilmu ni yang dikongksi oleh unit Psikologi JPJ.Ilmu yang amat mudah dilaksanakan

 

 



__________________
Aku IBU si Comel...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard