Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: sekadar renungan..muhasabah diri..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:
sekadar renungan..muhasabah diri..


sekadar copy n pasta

Kaum feminin cakapsusahnya jadi wanita,

 

1. Aduh situ tutup, sini tutup. Susah la begini. Apasal lelaki mudah saja. Tak pakai baju pun takpa. Perempuan auratnya banyak betul.

 

2. Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.

 

3. Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!! ;)

 

4. Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita relax saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!

 

5. Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?

 

6. Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?

 

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, Ah, mujur aku ni lelaki! :)

 

Tunggu..~~~ Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Aku seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Aku tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang aku ada mampulah aku menjawab soalan-soalan melampau ini.

 

1.  Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Jika kamu ada emas dan permata, adakah kamu nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Jika kamu letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi kamu? Saya tidak dapat melihat kulit kamu pun kecuali muka dan tangan. kamu tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut. Tapi jika kamu, jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok kamu hanya pakai seluar pendek atas lutut.

 

 

2. Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa kamu perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan. Sudah suami yang menanggung, mau free2 kamu berpaling? Banyak cantik~~Yang ditgg bkn sekadar hutang emas kain karpet kamu. Hello~~~ DOSA ok~~.

 

 

3. Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Ya benar. Tapi bahagian harta untuk wanita juga ada kan? Dan kamu tahu? Harta itu kamu berhak lakukan apa saja yang kamu mahu. 100% hak kamu. Yahooooboleh la beli HP. Zalora. Macam2~~Shhhhh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami..hehehe. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya.

 

4. Tahniah la sebab kamu dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali kamu begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya kamu! Andaikan kamu meninggal pula masa beranak tu, percayalahitu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti kamu! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua.

 

5. Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? BANYAKKKKNYA sy tanggung!! :(. Kamu pula nanti di akhirat, kamu akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki kamu. Ini tidak adil!!! Hehe :)

 

6. Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Kamu?, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka kamu akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!.

 

 

Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

 

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

 

Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.Berbahagialah wahai para muslimah.

 

 sekadar berkongsi..buat muhasabah diri..

kredit buat Mohdfaliqshah fenddy  https://plus.google.com/107810311788598225873

 



-- Edited by Sasha Aqira on Sunday 30th of March 2014 10:14:21 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Yupp amat benerr syekali hujah yg di kopi oleh Sasa Akira kira kira ni..

Huu ni yg takut ni.. nak jaga orang perempuan sorang, lagi susah dari jaga kambing sekandang, lagi2 zaman sekarang..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Oo..jaga kambing sekandang lg senang ye..baru tau..

Wak nda..bagila encik ijoi kite ni kambing barang seko dua..

dah nak jadi penternak berjaya nampaknye..hehe..

Btul la susah nak jaga orang perempuan sekarang ni..hmm sha pun nk bela kambing la.

Eh xnakla..nak bela arnab...hmmm fluffy nye bulu arnab..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

betul la tu, pasal aku pun ada adik pompuan.

bukan nak samakan anak pompuan ngan kamben, tapi korang bayang la yer...


jaga kamben:
1. bagi makan ngan tempat tinggal je dah buleh idup, cukup taim sembelih atau jual.
2. bawak kuar amik angin nak suh balik hambat je, tak payah pujuk2.
3. tak banyak melawan cakap tuan. berani la enko, kena hambat lagi...
4. tak payah susah2 suruh jaga aurat, dah memang tak pakai baju pun, bulu dia kita amik buat baju lagi ader...
5. kawen? ngan mana2 kamben jantan pun buleh, tak payah nikah2, tak de istilah menandun luar nikah.
6. sumbang mahram? khalwat? dah nama pun kamben kan...
7..... korang pikir2 la sendiri...


jaga anak pompuan:
1. wajib bagi pendidikan, sumer2 cam anak orang laaa... tanggungjawab mak bapak kan...
2. majuk sikit lari rumah. tak pujuk tak nak balik, dah pujuk pun tak tentu nak balik. pas tu ada sesetengah tu susah lak nak kontrol buasnyer..
3. tegur sikit menjawab, melawan..
4. susah sgt suh jaga aurat, tu belum pat ngumpat, gelak cam mak lampir.
5. wajib carikan lelaki yg sesuai jadik suami.
6. haram buat perkara2 nirrojim ni. silap haribulan kena nikah ekspress.
7. lain2 la kewajipan seorang perempuan/wanita...

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

cengkodok puteh wrote:

betul la tu, pasal aku pun ada adik pompuan.

bukan nak samakan anak pompuan ngan kamben, tapi korang bayang la yer...


jaga kamben:
1. bagi makan ngan tempat tinggal je dah buleh idup, cukup taim sembelih atau jual.
2. bawak kuar amik angin nak suh balik hambat je, tak payah pujuk2.
3. tak banyak melawan cakap tuan. berani la enko, kena hambat lagi...
4. tak payah susah2 suruh jaga aurat, dah memang tak pakai baju pun, bulu dia kita amik buat baju lagi ader...
5. kawen? ngan mana2 kamben jantan pun buleh, tak payah nikah2, tak de istilah menandun luar nikah.
6. sumbang mahram? khalwat? dah nama pun kamben kan...
7..... korang pikir2 la sendiri...


jaga anak pompuan:
1. wajib bagi pendidikan, sumer2 cam anak orang laaa... tanggungjawab mak bapak kan...
2. majuk sikit lari rumah. tak pujuk tak nak balik, dah pujuk pun tak tentu nak balik. pas tu ada sesetengah tu susah lak nak kontrol buasnyer..
3. tegur sikit menjawab, melawan..
4. susah sgt suh jaga aurat, tu belum pat ngumpat, gelak cam mak lampir.
5. wajib carikan lelaki yg sesuai jadik suami.
6. haram buat perkara2 nirrojim ni. silap haribulan kena nikah ekspress.
7. lain2 la kewajipan seorang perempuan/wanita...


 Betul la kak cengkodok

Selalu dengar nenek ckap cmtu  hehe

Nak suruh kami ni cepat cari pasangan hidupla tu..

Susah katenye nak jaga anak pn cucu perempuan..tapi xdela bandingkan ngn kambeng..

Haha..ngamuk lak nntikan..

Mane nk sumbat telinga lagi dengan kata orang..ade anak dara tapi xkawen2 lg..

Tapi..kesian la kt kami ni ...yela soal jodoh ..rezeki bukan kt tangan sendiri kan..

 



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 946
Date:

uish.. soal jodoh rexeki semua urusan Allah, kita ni cuma perlu USAHA + DOA + SABAR + TAWAKAL = HASIL.

jangan mengeluh kalo belum sampai jodoh. Allah tu kan Maha Perancang & Maha Mengetahui. kita tak tau kalau Dia ada rancangan yang lebih baik utk kita, kannn.. kannn?

__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 252
Date:

Betul sesangat la tu...

Xpernah mngeluh pun..cuma kesian ngn nenek..

Ingat anak dara nn cucu dara dia cm xde org nak..

Hehe..kami rileks jer..hai..muda lg kot..hati muda..hihi

Nak kawen cepat tp dpt yg caca marba buat ape kan..

Betul x ustajah kodok kodok an..hihi

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard