Gambar ni diambil teleskop Hubble pada tahun 2004, selepas menghabiskan 11 hari melihat jauh ke dalam gelap angkasa yg maha luas.
Yang paling jauh pernah dilihat manusia ke dalam angkasa, 70billion tahun cahaya dari bumi. Setiap satu titik dan dot cahaya dalam gambar ni adalah satu galaksi. Ada yg kecil dan ada yg besar dari galaksi Milky Way.
Setiap galaksi mempunyai beratus juta bintang, ada yg kecil dan ada yg besar dari matahari, setiap bintang, berkemungkinan ada planet mengorbit di dalam sistemnya sendiri. Memikirkan yg cuma bumi yg mempunyai hidupan diatasnya, seolah olah mengatakan dalam laut cuma ada seekor plankton tunggal yg hidup bersendirian..
Contohnya, galaksi terbesar yg diketahui, IC1101, yg jauh lebih besar dari galaksi Milky Way kita, dianggarkan mempunyai 100trillion bintang dan planet pada galaksi ini, jarak antara hujung ke hujungnya sejauh 600juta tahun cahaya.
Betapa besarnya kekuasaan Yang Maha Pencipta, menciptakan dan mengatur semua ini. Sedangkan menciptakan manusia jauh lebih mudah. Menghidupkan sesudah mati pun mudah bagiNya. Subhanallah.
betul tu ijoi...ape ade bawah laut pun kita tak tahu lagi....
Yes.. Setiap 18 minit, satu spesis baru dijumpai.. Tapi yg dahsyatnya manusia ni.. Laut baru berapa peratus kita tau, tapi dianggarkan dalam masa 50tahun lagi, laut akan kehabisan ikan akibat penangkapan secara melampau oleh industri.. Sekarang pun setiap hari, beratus tan hasil laut yg dikeluarkan..
Hutan pun sama, Amazon masih misteri, banyak spesis flaura n fauna yg masih belum dikaji kat situ, tapi hutan Amazon dah diancam penebangan hutan dalam skala besar oleh kerajaan Brazil.. Setiap tahun, kawasan hutan seluas negara Greece akan habis ditebang, kebanyakkannya utk industri pembuatan kertas..
Dahsyat betul manusia ni.. Dalam tempoh 100tahun ni, manusia dah hampir menghabiskan hasil bumi yg ambil masa berbillion tahun utk terhasil melalui proses evolusi..
Minyak dalam tanah pun dah nak habis hasil beratus juta tong yg disedut setiap hari, ais kat artik pun dah nak cair, berapa banyak tempat yg 10tahun lepas dilitupi ais, hari ni dah takde ais lagi akibat global warming..
Mungkin sebab memang dah tak lama lagi hayat dunia ni, betul dah nak kiamat ni.. mungkin minggu ni atau minggu depan jumaat, kiamat akan berlaku.. Bumi dihancurkan jadi debu, langit dilipat macam kain.. Segala yg ada di bumi dan langit hancur mati.. kecuali yg ditakdirkan tak mati..