Dah lama tak jengah ruangan ni..jom ler berkongsi sedikit ilmu walaupun aku bukan Ustazah Pilihan (memang x layak pun)...
1- Meninggalkan perbuatan sunat dalam solat
2-Melilaukan mata dan tidak memandang tepat ke tempat sujud
3-Solat di tengah teriknya mentari
4-Solat selepas makan benda yang berbau kuat seperti petai(kesukaan pak badar),jering (pun feberet pak badar),durian dan seangkatan serta seketurunannya...dan tidak memberus gigi selepas itu
5-Solat dalam keadaan termengah-mengah
6-Memakai pakaian yang tidak selesa
7-Menahan "hajat" dalam solat...sekian wallahualam...
Isk manalah puan G Freedem ni, langsung tak sapot posting oghang ghumah dia ni?.. Takde tomakninah sunggoh..
Ijinkan haku tambah.
Perkara yg kita pandang kecil, tapi dosanya besar, melambatkan, melengahkan solat dgn sengaja, walaupun dosanya tak sebesar dosa meninggalkan solat, tapi ada yg menjadi tabiat solat pada akhir waktu, nak masuk asar baru solat zuhur, nak maghrib baru solat asar..
Sesungguhnya solat itu adalah sesuatu kewajipan yg telah ditentukan pada waktu waktunya.
tetiba terlintas plak kat tengkorak kepala aku nak bertanya.
tak de kaitan kaitan ngan sesape pun, maupun ijoi, atau peedem, atau wak badda.. atau diri aku sendiri. saje je nak tanya. pasalnye kengkadang org2 keliling aku sukeeee la sgt bertanya soal2 nikah kawen ni..
kate la kan, aku ni pernah berzina atau buat dosa2 besar.. (na'uzubillahi min zalik... mintak dijauhkan..) ni situasi andainya aku je tau.. ingat, andainya aku... sorg yg pernah melakukan dosa besar, dah la tu tak pose, tak solat.ye la, org2 mungkar ni mana ingat nak solat pose ape lagi kan..
satu hari terpancar pulak sinar taubat ikhlas dari lubuk jantung aku. mana yg perlu dilakukan terlebih dahulu.. solat taubat atau solat qada' utk gantikan solat yg dulu2.. solat, bape kurun pun dah tinggal selagi org tu masih idup wajib qada' kan?
kata la pulak aku mati sblm sempat qada' semua solat ngan pose tu, saki baki yg tak sempat qada' tu kira burn atau waris yg masih idup cam somi/isteri, mak/ayah, anak... atau adik beradik boleh tolong qada'?
mintak tolong pencetus2 ummah atau ostajah2 pilihan dalam ni tolong jawabkan..
saje aku nak tau je. pengetahuan jugak ni kan...
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Qada solat yg ditinggalkan tu wajib, solat taubat sunat, utamakan yg wajib dulu.. Kalau dah buat sedaya yg mungkin utk qada solat dan masih nak buat solat taubat, silakan. Tapi qada solat yg lebih utama.
Dosa besar tu nak buat solat taubat, silakan, tapi ingat, utamakan qada. Dan taubat bukan hanya pada solat taubat, taubat ni adlh rasa penyesalan yg bersungguh sungguh, azam taknak buat dosa tu lagi. Bila kita rasa menyesal atas sesuatu perbuatan dosa, itu dah dikira salah satu taubat, taubat nasuha adlh azam takkan ulang dosa tu lagi..
Soal berapa kurun utk qada tu, banyak2 berdoa pada Allah SWT supaya diampunkan dosa2 yg dilakukan masa jahilliyah dulu, kita buat seberapa yg mampu pun cukup, sebab ada org yg dapat hidayah pada umur 50 tahun, sebelum tu tak pernah solat, bila ditanya perlu ke qada semua solat yg dia dah tinggal, kalau ada yg pendapat keras tetap suruh qada semuanya yg berbelas ribu rakaat, dia akan rasa lemah semangat. Dah la baru dapat hidayah, so buat sedaya yg mampu je pun dah kira ok. Cuma banyyakkan berdoa pada Allah agar diampunkan dosa2 tu semua.
Kalau tak sempat nak qada semua dan meninggal, kira dah selesai dah tu. Anak atau waris tak perlu qada. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui niat dalam hati seseorg yg betul2 ikhlas bertaubat, hidayah milik Allah, Dia tidak memberati hamba hamba Nya sekadar apa yg mereka mampu.
Yang waris kena tunaikan kalau simati ada nazar, hutang, wasiat yg terang2 dia bagitau masa hidup, kalau dia mati, waris dia tolong tunaikan.
Ini apa yg aku hafal dari tanyalah ustaz, utk lebih terperinci dan konkrit, tanyalah ustaz2 yg bertauliah ya.
betul ape yg ijoi cakap....kelas agama yg aku hadiri pun ade sebut...klu kita dah bertaubat dan dlm proses qada kan solat yg dulu dulu...bila tiba masa kita meninggal dunia...tapi tak habis qada lagi...segala yg belum qada tu kira selesai....dan berdoa lah keampunan dengan hati yg ikhlas....Allah Maha Mengasihani...
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi
kalo ada pamili yg kita tau dia bernazar tapi tak sempat nak bayar contoh la dia bernazar puasa sekian sekian hari... waris wajib bayar nazar dgn cara puasa jugak ke atau sekadar bayar denda je?
cam ne kalo nazar dia nak gi haji atau umrah pulak? sebab nazar ni macam2 cara kan?
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
kalo ada pamili yg kita tau dia bernazar tapi tak sempat nak bayar contoh la dia bernazar puasa sekian sekian hari... waris wajib bayar nazar dgn cara puasa jugak ke atau sekadar bayar denda je?
cam ne kalo nazar dia nak gi haji atau umrah pulak? sebab nazar ni macam2 cara kan?
Bila ada ahli keluarga yg cakap terang2, dia bernazar, kalau dia tiba2 mati, minta sesiapa ahli keluarga tolong bayarkan nazarnya.. tiba2 dia meninggal, maka wajiblah sesiapa antara ahli keluarga yg mendengar cakapnya tu, kalau mampu utk bayarkan nazarnya, kalau takde ajli keluarga yg lain yg nak bayarkan. Hutang dgn manusia wajib dibayar, hutang dgn Allah dah tentu lebih lagi.
Kalau simati bernazar puasa yg kita mampu nak buat, boleh puasa, kalau rasa tak mampu, kena bayar fidyahnya.
Kalau simati bernazar nak gi haji atau umrah, kita boleh tunaikan dgn niatkan utk bayar nazar arwah, kalau rasa tak mampu pergi buat sendiri, boleh buat upah haji atau umrah, dgn niatkan atas nama arwah..