"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada emak.Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh di masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah seolah-olah sujud ke bumi. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.
"Kenapa?" tanya abah.
"Lailatulqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau takke masjid?"
tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung bocor.. pasal tu kubah tu diorang angkat letak kat tanah..." sambung abah memaki lagi.
*******selamat menyambut ketibaan bulan ramadhan. semoga kita akan rajin-rajin ke masjid atau surau. moral of the story : jangan tegur benda-benda pelik kalau dah lama tak ke surau/masjid. heheheh...*************
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..