PART I
Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di
padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh murid2nya
melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid2 baring
dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh
basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada
mulanya menggerakkan kakinya tiba2 memberhentikan kakinya. Lalu
Che'gu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.
"Woiiii Man, apa sebab kau berhenti ni hah" "Oh Che'gu Nasyor, basikal
saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak
kayuh jugak.
PART II
Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah
bertanya kpd murid2nya.
Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor
pun berkata,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan
Pergi mana-mana.
PART III
Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan
tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek
Di dapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??
PART IV
Seperti biasa, Che'gu Nasyor nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.
Che'gu Nasyor mengajar budak tahun satu.Pada hari tersebut, beliau
mengajar bab "cara berwudhuk"
Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta muridnya bertanyakan
soalan jika terdapat kemusykilan.
Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba2 seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah
Man Tapah
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil
wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu
tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!
mana ko dapat cita ni?????
atau ko tiru dalam mana-mana buku yg pernah ko baca..tul x?
TAK ORI TAPI OK