Betapa kemuliaan seorang muslim itu, bila mendapat rahmat ia bersyukur, maka pahala untuknya. Dan bila ditimpa ujian ia bersabar, maka pahala untuknya.
Tidak tercucuk duri pada kaki seorang yg beriman melainkan diampunkan dosa. Subhanallah.
Sekadar nasihat dan peringatan, buat diri ini yg selalu terlupa, bahawa sihat atau sakitkah aku, miskin atau kayakah aku yg akhirnya pasti kembali ke sisi Allah jua.
Hidup sentiasa berubah ada naik dan turunnya, sedang malam pun ada bulan yg terang dan yg gelap gelita, apa yg penting adlh utk teruskan perjalanan dalam terang atau gelap, kerna manusia sentiasa ada harapan utk hari esok yg lebih baik.
Sekadar gambar hiasan..
-- Edited by Ijoi on Monday 17th of November 2014 07:28:52 AM