Tengah malam ni aku tak bole tido, tak tau nak buat ape tetibe teringat ruangan forum seram lawak. Bukak forum mengingatkan aku kaitan forum ni dengan hidup aku. Dekat forum ni aku jumpe jodoh aku, walaupun tak kekal lama tapi itulah qada dan qadar jodoh aku, yang tertulis dalam kitab diari hidup aku. Perkahwinan yang penuh onak duri yang akhirnya karam. Allah nak uji aku iaitu hambanya supaya ingat siapa Maha Pencipta. Setiap kali aku bukak forum maka tiap tu jugak aku baca sejarah topik lama atau mesej peribadi antara aku dengan dia. Aku masih ingat masa tu forum tak macam sekarang ni yang kena register id, dulu id random dan bole ditukar bila bila masa. Gaduh, maki, gurau dan lawak memang menjadi hiasan topik yang dihantar. Pantang keluar topik baru makan berduyun duyun balasan dalam sekelip mata. Setiap saat dan minit tak menang tangan. Joe suparjo, walique, imaku sayang, papabear, penanggal, rie tengkorak dan lain lain apa khabar semua..hang semua mesti dah kawen dan mungkin dah beranak pinak. Macam tak percaya bila bukak post yang berumur hampir 12 tahun karya post memang tak masuk akal, mungkin masa tu umur muda remaja sesuai dengan masa ketika itu. Sekarang umurku mencecah 33tahun. Cepat betul masa beredar. Apa kabar ikie masane pemilik asal ni? Masih aktif lagikah? Ya Allah satu-satu memori aku rewind dan flashback. Nukilan aku ni tiada niat apa apa cuma luahan hati tengah malam dek kerana tak bole tido. Mengingatkan betapa agresifnya forum ni dulu. Mungkin kah forum ni telah menjangkal ke hujung hayat dan bila bila masa akan ditutup? Kalau benar jadi begitu kumohon 10 jari ampun maaf andaikata pertuturan dan bahasa postingku mengguris hati segelintir ahli lain.seperti aku katakan masa tu umurku muda.
Masa berlalu manusia berubah.. Hati memang macam tu, sentiasa berbolak balik hati manusia.. Setiap yg bermula mesti ada pengakhirannya, setiap yg pernah wujud mesti akan lenyap, sebab takde apa yg kekal selamanya selain Allah.