Aku cemburu sangat dgn allahyarham tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, masa hidupnya memperjuangkan agama dan hukum Allah, mengajar ribuan org ilmu agama.
Dan masa ajalnya disolatkan puluhan ribu org, didoakan jutaan org, dihadiahkan surah al-fatihah oleh puluh juta org.. Itu tak masuk yg fitnah beliau macam2, semua tu pahala utk tuan guru..
Tiada lagi dunia yg hina ni utk beliau, semoga beliau sedang tidur bak pengantin dalam kubur hingga hari dibangkitkan..
Sayang tok guru walaupun tak berpeluang bertemu beliau, sayang ulama sebab mereka pewaris nabi.
Orang kata dia nyanyok....tapi 30 juzu' dalam kepalanya,
Orang kata dia memecahkan ummah....tapi cina india terimanya,
Orang kata dia gila....tapi ulama' dunia menyanjungi kehebatannya pada dirinya,
Orang kata dia bukan ulama'....tp ulama' sedunia mengeruninya,
Orang kata dia gila dunia....tapi tiap2 minggu dia dukk ajar ilmu akhirat,
Orang kata dia banyak harta....tp rumah nya hanya berdindingkan kayu dan zink,
Org kate dia bla bla bla.....tapi dia tenang sepanjang masanya sebab dia tahu dunia ni hanyalah sementara baginya untuk bercucuk tanam dan menanti kepulangan besar d'Akhirat walaupun dia dimaki hamun kerna keperibadiannya untuk menegakkan SYARIAT ISLAM di bumi ALLAH.... pada 9.45 malam, 12/2/2015 (Malam Jumaat) dengan usianyanya 84 tahun, beliau menghembuskan nafas2 terakhir meninggalkan kita semua.. AL-FATIHAH buat tetamu Murabbi ALLAH, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.. damai lah engkau di sana... ALLAHU RABBI ALLAHU RABBI ALLAHU RABBI..
gambar dan kata2 hikmah beliau... buka profile facebook aku tengok cover photos....sorry aku tak reti upload kat sini...kalau orang lain reti.....tolong buat yer :D
-- Edited by izat_raikkonen on Monday 16th of February 2015 03:10:56 PM