Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: liza oh liza
slay

Date:
liza oh liza


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil  membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah  tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni.". Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka  yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya  tercinta.    Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.  Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan  isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya  semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera  sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula  memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga  betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang   tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari  tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza  takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya  tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya  memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...."  Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam   sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!… "Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka  matanya. Dia terlihat emaknya di situ.    "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak  saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan  kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis. PANGGG!!… Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin  terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu  la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya  terus merungut sambil berlalu keluar.......dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

__________________
jemong

Date:

lawakkkkkk giilleerrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

__________________
nadia

Date:

best le lawak ngko!!!!

__________________
beckham_posh

Date:

memang cun giler lawak ko buat nih...aku kasi 4 daripada 5 bintang...congrate!!!

__________________
liza

Date:

kebetulan lak nama aku liza....best citer ko....geli telinga aku

__________________
nani

Date:

hoi.,...kui!kui!kui! lawak tahap kritikal secara spontan peringkat antarabangsa la weh....wa..kaka..ka..kah!!




__________________
alyaz

Date:

ko ni tak de cerita lain ke????!! setahu aku ni bukan cerita ko....kan??? pandai la ko... menciplak hasil karya org lain!!! tapi bagus jugak idea ko ni yek!!! tak de la kosong ruangan cerita lawak ni....

__________________
amanda...

Date:

eleh alyaz!!ko je yang jeles slay buat citer lawak ni...on the way citer ko ni slay mmg best...aku support ko dari belakang...

__________________
tanggang

Date:

sebenarnye cerita ko best...mane yang jeles tu buat bodo je...aku support ko dari belakang


__________________
sya

Date:

Woo...best ler lawak ko!!!lawak paling best!!!
Teruskan..lawak sebegini....

__________________
chingy

Date:

lawak giler la citer ko ni.....teruskan usaha anda!!!!

__________________
azam

Date:

ok gak cerita ni...bagus dari gaya susunan ayat

__________________
trinity

Date:

kuikuikuiukuikui

__________________
Wak Suparjoe

Date:

ekekeke....lawak nko mmg best giler...ayat pun cantek...

__________________
eminem

Date:

kah kah kah kah!!!!!lawak paling power gile....teruskan usaha ko...memang berbakat....

__________________
nightcrawler

Date:

Lawak siotttt!!!

__________________
18_sg

Date:

haw haw haw!!!lawak giler...10 markah aku kasi

__________________
Fiantz

Date:

kui..kui...kui...lawakkkkk.ayat ko power..

__________________
seera_avril

Date:

fullamak!!!cantek la cite ko...berbakat ko nih..lawak gile siot..aku kasi 9 daripada 10 markah.

__________________
meena

Date:

kuikuikuikuikui...good job!!

__________________
cikapot

Date:

kekekeke..kuikui...lawak giler wa cakap lu..nko mmg bebakat...selamat maju jaya

__________________
maik_gaok

Date:

wakakaka lawak siaaaal

__________________
dUnno larh

Date:

erk..lawak ker?? pesal aku x gelak ha?? why?? why?? kenape?? why??

__________________
ju-on

Date:

lawak tahap kronik siot......!!!!!

__________________
babyfida

Date:

huk..huk..huk..sakit tol la kena tampor ngn mak dia kan??

__________________
qastura

Date:

power gaks!!!

__________________
peace

Date:




mcm pernah bacer jer ....hang tiru kat ujang eh...

__________________
mane lah aku tahu

Date:

wah!!!!! lawak yang boleh dapat



__________________
hantu_kambing

Date:

woiiii!!!!ko punyer lawak buat aku merana....aku kat hospital tengah jahit perut nih....lawak ko power siot....

__________________
Mag-6

Date:

memang bagus tol la lawak nie.....sampai jatuh kerusi aku dibuatnye

__________________
1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard