Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KORANG TAHU MANE AKU DAPAT NIE..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1726
Date:
KORANG TAHU MANE AKU DAPAT NIE..


Tangan teman lelaki suka merayap


SAYA remaja perempuan berusia 20-an dan kini buat pertama kali bercinta dengan lelaki bernama H. Hubungan kami berusia hampir setahun dan H saya dapati sangat baik serta sanggup melakukan apa saja demi menjaga hati saya.



Dulu dia tidak terurus, namun sejak kami bercinta H banyak berubah daripada pelbagai aspek, terutama rajin melakukan solat.

Namun sejak kebelakangan ini saya dapati H berubah apabila tangannya mula merayap ke badan saya. Dia tidak pernah mengajak saya melakukan seks, apatah lagi memaksa, cuma tangannya tidak boleh duduk diam.

Kelakuannya membuatkan saya rasa bersalah terhadap diri sendiri kerana saya tahu ia berdosa. Apabila saya menyuarakan rasa tidak puas hati, dia terima dan berkata akan cuba untuk berubah. Namun dia takut untuk berjanji kerana bimbang mungkir janji.

Dia pernah mengajak saya berkahwin, tetapi saya belum bersedia dan dia sanggup menunggu sehingga saya benar-benar bersedia. Sehingga kini kami tidak pernah melakukan zina dan tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukannya.

Dang Setia, kalau boleh saya nak sangat hubungan kami berkekalan, namun pada masa sama saya tidak tahan dengan perangainya. Mungkin kelakuan H adalah tabiat lamanya kerana sebelum mengenali saya dia pernah bercinta dan bertunang.

H juga tidak pernah menafikan dia pernah melakukan perbuatan itu. Saya tidak kisah hal itu kerana sedar manusia pasti pernah melakukan kesilapan. Namun, saya tidak dapat menerima jika itu berlaku terhadap diri saya.

Saya juga pernah meminta hubungan kami diputuskan, tetapi dia tidak sanggup kerana baginya saya adalah segala-galanya. Saya juga bimbang jika hubungan kami putus, H akan kembali ke perangai lamanya.

Untuk pengetahuan Dang Setia, H banyak berkorban untuk saya dan ibu bapa saya juga mengenalinya serta merestui hubungan kami. Tolonglah saya Dang Setia, apa harus saya lakukan kerana saya tidak mahu hubungan kami dimurkai Allah.

GADIS RUNSING
Terengganu

JAWAPAN

Dang Setia bersyukur kerana saudari masih meletakkan hukum agama sebagai perkara nombor satu dalam menjalin hubungan dengan teman lelaki.

Bagi Dang Setia, saudari berhak menerima pujian kerana pemantauan Dang Setia mendapati dalam zaman yang kononnya serba moden ini, ramai muda mudi Islam semakin memandang ringan hukum hakam agama.

Bercumbu-cumbuan atau lebih popular dengan istilah ‘ringan-ringan’ dianggap perkara biasa dan bukan kesalahan besar, malah lebih menyedihkan ramai juga menganggap berzina satu perkara lumrah.

Dang Setia melihat ada kekuatan dalam diri saudari untuk mempengaruhi perangai H.

Saudari melakukan tindakan terpuji apabila berupaya mengubah personaliti H daripada negatif kepada positif, termasuk menunaikan solat.

Jadi, teruskanlah memanfaatkan kekuatan pada diri saudari untuk menghalang tangan H daripada terus merayap ke tubuh saudari. Katakan kepadanya, jangan biarkan hasutan syaitan memusnahkan hubungan suci anda berdua.

Dang Setia bersetuju dengan pendapat saudari bahawa kelakuan negatif H terhadap saudari mungkin berpunca daripada perlakuan ketika dia dengan kekasih lamanya.

Oleh itu saudari perlu bertegas dengannya bahawa saudari tidak serupa dengan kekasihnya dan tidak merelakan bentuk hubungan sedemikian.

Katakan juga kepada H bahawa masa depan hubungan anda berdua kini terletak di tanganya. Jika dia sayangkan saudari dan mahu hubungan berkekalan, dia mesti menghentikan tabiat buruknya. Jika tidak, saudari terpaksa memutuskan hubungan.

Tegaskan bahawa saudari terpaksa berbuat demikian bukan kerana tidak cintakannya, tetapi disebabkan saudari lebih cintakan Allah. Dang Setia percaya H faham keadaan ini dan insya-Allah dia akan berubah demi kebaikan anda berdua.

__________________
toophat


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 58
Date:

ko ciplak kat paper ye??????




__________________
so...... kita enjoyyy


Super Member

Status: Offline
Posts: 1726
Date:

heeheeheh

untuk korang yang baru naik..

hati2 wei... tu je..

lagi2 kat rey..... dia tu ......eeeee

__________________
toophat


Super Member

Status: Offline
Posts: 1381
Date:

Dia ambil kat majalah REMAJA keluaran Bulan 2.

-- Edited by bijan at 15:32, 2006-03-07

__________________
Copyright©Bijan 2009


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

Huh...hidup lagi rupanya ko walique... aku ingat ko dah berada di alam barzakh dah.... sejak ketiadaan ko ni... tenuk dan cipan telah mengalami penyakit hilang ingatan dan ko lah penyebabnya

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 1726
Date:

walique tak kisah..ceh petikan dari ayat (aiman tak kisah)

sialon lo rey.. hehe
aku ada tgk je korang aku bace je..
di sebab kan ketiadaan dia... ceh nak juwang plask...

__________________
toophat


Senior Member

Status: Offline
Posts: 166
Date:

cuba ko berterus terang je walikurrrr..sbb ketiadaan siapa? gab, kb, atau..tok kelembai.. adusss

__________________
dont worry of pick pocket. kalau duit takde dalam poket..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:

sejak ketiadaan aku ke waliq...ku menunggu mu ...cewah jiwang ler plak...tp kau tak kunjung tiba...dimana kah dikau...apa?kt dalam lubuk merbau...huahuahua

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 1726
Date:

HANIM........ APA KABAR,, MAK SIHAT

__________________
toophat


Super Member

Status: Offline
Posts: 677
Date:

ehem...ehem..hanim sajer skrg ek??

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1726
Date:



__________________
toophat


Super Member

Status: Offline
Posts: 1373
Date:

hai kucing lama tak nampak,ingatkan ko dah out.

__________________
love is everything or nothing
Anonymous

Date:



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 381
Date:

ntahnya..sikit2 hanim..skit2 hanim..

__________________
dekat padaku agar kau lebih mengenali diriku tapi jgn dekat sgt..nak kena lempang?
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard