Sila berkongsi pengalaman saya ketika berkunjung ke MIDVALLEY MEGAMALL pada ( 2/2/06) @ 8.00am .
Saya menuju ke Post Office untuk menghantar pesanan CD-ROM 'Idea-Idea Bisnes Yang Hebat & Luar Biasa!' kepada para pelanggan saya tetapi rupanya post office di situ buka pukul 10.00am! Maka terpaksalah saya menunggu di situ, lagipun saya ada temujanji dengan pelanggan lain pada pukul 10.30am di Mid Valley juga.
Saya pun berjalan-jalan tetapi tiada satu kedai pun yang dibuka. Yang kelihatan hanyalah pekerja pembersihan dan juga pekerja2 kedai yang membuat persiapan untuk perniagaan hari itu.
Tetiba saya terpandang seorang apek tua yang menolak sebuah shopping trolley yang sarat berisi vacuum cleaner dan peralatan mencuci lainnya. Saya perhatikan beliau masuk ke sebuah kedai lalu memulakan kerjanya... mencuci dan membersihkan kedai!
Saya hanya memerhatikan beliau bergerak dari sebuah kedai ke kedai yang lainnya. Setelah selesai mencuci kedai ke 7, beliau berjalan ke bangku untuk berehat sebentar. Saya pun pergi ke arahnya dan duduk di sebelah beliau.
Saya katakan saya tertarik dengan apa yang dilakukannya dan ingin berbual dengannya sebentar. Beliau tersenyum lalu ketawa.
Namanya Liew Kok Chan berusia 65 tahun. Hidup bersendirian setelah kematian isterinya 10 tahun lepas. 3 anaknya sudah berkahwin tetapi dah migrate ke UK, USA dan Australia.
Uncle Liew mengatakan beliau merupakan pesara kerani di jabatan kesihatan. Namun disebabkan kesunyian dan juga untuk menampung perubatan penyakit diabetesnya, beliau harus mencari pendapatan tambahan.
Pada umurnya 65 tahun, siapakah yang ingin mengambilnya bekerja? Lalu beliau berfikir mencari idea terbaik untuk mendapatkan wang dengan kudrat yang ada padanya! Nak tahu apa ideanya itu?
Dengan bantuan jiran, beliau mengambil upah sebagai pembersih di sebuah kedai di Mid Valley dengan upah RM10 sehari.Kerjanya ialah vacuum lantai, buang sampah dan lap cermin. Itu sahaja! Semuanya boleh disiapkan dalam masa 15 minit sahaja!
Uncle Liew bekerja dengan tekun dan ini menarik minat ramai lagi pemilik kedai yang lainnya! Beliau bawa peralatan sendiri dan upahnya berpatutan. Ini menarik pemilik-pemilik kedai lainnya untuk mendapatkan khidmatnya!
Maka bermulalah kerjaya baru Uncle Liew sebagai pencuci 'freelance' di Mid Valley.
Kini, Uncle Liew bertanggungjawab membersihkan 20 kedai setiap hari!
Bayangkanlah... 20 kedai x RM10 = RM200 sehari!
RM200 sehari x 7 hari semingggu -= RM1,400 seminggu!
Ini bermakna pendapatan beliau RM5,600.00 sebulan!!
Anda bagaimana? Kerja 9-5 anda memberikan pendapatan sebanyak itu? Lihatlah Uncle Liew menggunakan ideanya yang simple tapi luar biasa untuk meraih pendapatan hanya kerja sambilan selama 5 jam sahaja sehari!
Uncle Liew mendapat banyak permintaan tetapi terpaksa menolaknya kerana itu sahaja yang termampu dilakukannya. Maklumlah...orang tua.
Bagaimana? Tidakkah anda mahu menggunakan idea anda sendiri untuk pendapatan yang lumayan?! Fikirkanlah!
Ntahnya hakimzz ni... nak lawak kat ruangan cerita lawak la... bagus la si walik ni hantar mende ni.. timbul keinsafan dalam diri aku walau si walik ni tak penah insaf.... aku rasa aku dah termakan dengan hasutan dalam cerita ini...
tetapi bila si walique ni yang post..tetiba je aku rasa nyampah...huhuhuhu
oi walikurrRRR.. ko nak wat apa ngan si umie tu...ko jgn memandai nak kacau dia ek. kang aku terajang kang. eh yang ko posting citer apek tua tu nape..tapi bagus jugak idea ko tu walik..sekurang2nya ko bg motivasi skit kat bebudak kat forum ni jgn nak mengabih boreh jo..gi cari ilmu, bleh gak wat duit..dah..dah..gi keje.
__________________
dont worry of pick pocket. kalau duit takde dalam poket..
wei azeem pandai sungguh ko bercakap hingga ko tak nampak ada mata yg menjeling...sapa yang ngabeh kan boreh ni ...ckp sapa..ckppppppppp...kami dh cukup tahu dan blaja tinggi sampai cucur atap tau...ko tu yg tak reti2...gi motivate diri ko tu...(kata ku sambil cekak pinggang pegang rotan nk merotan si budak kecik ni)
ko nak rotan budak kecik mana pulak tu hanimmm..ko ckp baik2 skit..aaar kang ssh lak aku nak tolong coverkan nko dari si cipan dan si tapir tu..hisssshh dah dah jom ikut aku petik mangga jom..
__________________
dont worry of pick pocket. kalau duit takde dalam poket..
aku marah ni...tgh berasap sgt klapa lutut aku ni..kang ada gak yg kene parut...aku tak nak minum la Riemau...aku nk cekik je...uuuyooo..sedap nya cicah mempelam ni...mana geng aku ni...dorena, datt, akole, jom kt cicah jom..jom..
kesian datt tu... sapa la ban IP dia.... sampai sekarang tak bleh posting.... aku dah try macam2... hanim... ko kena tolong supaya dia buleh masuk... aku tengah usahakan ni...
Mister Rie wrote: kesian datt tu... sapa la ban IP dia.... sampai sekarang tak bleh posting.... aku dah try macam2... hanim... ko kena tolong supaya dia buleh masuk... aku tengah usahakan ni...
Astaga masih tak boleh lg ke...kejap aku usahakan..
hanim wrote: aku marah ni...tgh berasap sgt klapa lutut aku ni..kang ada gak yg kene parut...aku tak nak minum la Riemau...aku nk cekik je...uuuyooo..sedap nya cicah mempelam ni...mana geng aku ni...dorena, datt, akole, jom kt cicah jom..jom..
ko cari aku ke nim wah sodapnya menicah pelam, woi nim aku nak lebih nak bawa balik