Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang
memang menyayangi dan mencintai yang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang
tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan
bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair
lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
::: Hati Emas :::
SINAR CAHAYA AYAT KURSI
Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,
tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang
fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg
bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah
melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat..."
Wassalam,
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"
-------------------------------------------------
Subhanallah...
Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W
"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak
patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari
esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi
sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
Waliqu: ini lah yang teman tunggu2 risalah kat forum nie...disamping kita berbicara, kebanyak kannye banyak yang salah daripada yang betul, terlalu laghor terhadap keduniaan, sehingga lupa akan hakikat yg sebenarnye...
teruskan waliq dengan risalah ini, teman sentiasa memberi sokongan penuh terhadap tabligh ini disamping itu juga ia memberikan suatu suntikan yang berguna bagi remaja masa kini...
Jikalau boleh muatkan satu edisi khas didalam forum ini, agar bleh menjadi sumber rujukan yg berfaedah kepada kita semua. Jika ada soal jawab para Ustaz2 dan Ustazah2 mengenai hukum hakam boleh juga dimuatkan...
Disamping itu juga nasihat2 yg bernas dan penambah ilmu boleh disemai didalam diri kita untuk mendapat keberkatan hidup didunia mahupun diakhirat...
Tahniah Teman ucapkan... Jika ada lagi teruskan, tidak semesti hanya disini sahaja.
fuhh panjang gak cete ko ni..mana ko ciplak waliq...anyway komenaku yang pertama:kalau dpt lelaki pd frasa yg ke 2 tadi ...adalah elok dibeli asid sebotol kalo tak cukup beli 2, simbah sikit2...tak ke bangang, dh isteri dia tu koma masa bila plak dia menjawap segala pertanyaan suami dia....suami jenis ini adalah dlm kategori..abis manis sepah dibuang merata rata, sampai dewan bandaraya KL menyaman...
dan kes syaitan tu...aku tak mana2 ...betul la tu..mmg betul...baca jgn tak baca geng..bagus tu. tp apahal ber email email plak...
Cerita pasal setan duduk kt atas pintu mmg best. Boleh d jd kn resepi yg berguna. Tul x hanim. Rasanyer sama sedap dgn asid sesudu.( hanim jer yg paham. kan hanim kan kan kan )
oop! jgn dorena jgn...nanti dulu..aku ada kt atas ni...jgn tebang kalo nk tebang gak tunggu aku turun dulu..(sambil jengah kebawah dan bisik pd yus..cepat abg yus..cepat..dorena tgh mengelegak tu..cepat la ...kang mati kang sapa susah...akuuuu gakkkk.
nim yang ko pegi panjat si yus ni uat apa kan tak pasal sekali ngan ko tumbang aku kerjakan,aku dah nak meletup ni lebih baik ko 2run cepat(sambil menghala kapak ke atas)
aku tak buat pape la dgn si yus ni ina..saje je sembang2 kt atas pokok kelapa sambil main dam...aku naik haji la...ooi...ko main tipu..ah tak kira aku nak naik aji gak...wuarghhhh...ina yus lempang aku la...nanti ko aku tolak ko..tolak ko...
hanim wrote: aku tak buat pape la dgn si yus ni ina..saje je sembang2 kt atas pokok kelapa sambil main dam...aku naik haji la...ooi...ko main tipu..ah tak kira aku nak naik aji gak...wuarghhhh...ina yus lempang aku la...nanti ko aku tolak ko..tolak ko...
dia lempang ko nim, knp ko lempang je si yus ni, eh si yus ni ada tgn ke nak lempang ko