Thu | Mar 09, 06 | 06:00:41 PM Oleh Abu Harith etelah Timbalan Perdana Menteri menasihatkan rakyat agar mengubah cara hidup mereka dalam menangani isu kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen seliter, izinkan saya pula menyarankan 5 langkah berikut kepada pimpinan BN terutamanya UMNO agar cara hidup mereka diubah terlebih dahulu bersesuaian dengan motto keramat Kepimpinan Melalui Teladan
1. Semua menteri, timbalan menteri dan seumpamanya perlu menukarkan kereta rasmi mereka kepada kereta Kenari Perodua memandangkan petrol consumption untuk kereta model ini kurang jika dibandingkan dengan kereta mercedes atau proton perdana.
2. Semua Menteri, timbalan menteri dan seumpamanya mestilah berkongsi kereta (car pooling) untuk ke pejabat, menghadiri mesyuarat di peringkat kabinet, kementerian dan negeri. Car pooling ini juga perlu dilakukan di kalangan ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri BN ketika menghadiri sesi Parlimen dan DUN.
3. Semua menteri, ahli politik BN terutamanya UMNO yang banyak menghabiskan wang untuk "program bertemu rakyat" di merata pelusuk negara diwajibkan menaiki kenderaan awam seperti bas ekspress, keretapi dan sebagainya.
4. Majlis-majlis rasmi kerajaan tidak boleh diadakan di hotel-hotel lima bintang. Sebaliknya memadai dibuat di dewan-dewan serbaguna dan jamuan makan pula diadakan di warung-warung di tepi jalan. Ini pastinya dapat membantu golongan peniaga kecil Bumiputera.
5. Para menteri BN terutamanya UMNO dinasihatkan agar mengelak mengahwini selebriti memandangkan lifestyle mereka selalunya melibatkan maintenance cost yang tinggi (tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana…)