Hari ni adalah hari terakhir aku boleh lihat Lan di sekolah.
Aku dgn Lan ni mcm ada sixth sense plak. Bertegur sapa mcm kengkwn yg lain, tp sebenarnyer ada sesuatu yg susah giler nk explain… Hari ni hari terakhir Lan kt skool [lepas SPM]. Sepatutnya ada sesuatu yang berlaku bila situasi macam ni…tapi…takde apa-apa pun.
Sepi…..saat aku melangkah keluar dari pagar sekolah. Aku dengan ego aku…dia pun camtu jugak.
Tahun berikutnya…aku kembali lagi ke sekolah tu sebagai pelajar [Lan tu senior aku]. Tapi, Lan takder. Yang ada cuma cerita dan kenangan aku dengan dia. Aku masih macam biasa…ketawa…belajar…berbual dengan kengkawan.
Masa berlalu….tahun persekolahan dah tamat. Masing-masing dengan arah memasing…dengan satu tujuan…nak cari yang terbaik dalam hidup! Masing-masing berharap agar persahabatan kekal. Tapi tak siapa tahu cerita akan datang.
Kawan……kat mana agaknyer kita tercampak kelak?
Tapi, masih aku tak boleh lupa…dia! Harapan aku satu…aku nak lihat dia…seperti mana aku lihat dia di hari terakhir dia di sekolah. Dan aku harap…
sesuatu yang sepatutnya berlaku dulu…akan berlaku. Masanya? Aku sendiri tak tau!
Masa terus berlalu…..
Tiga tahun selepas hari terakhir aku lihat Lan di sekolah…..
Aku dapat sambung belajar kat oversea….somewhere in Ireland. Idah kata aku ‘bawak diri’. Ntah…yelah gaknyer! Aku cuba nak lupakan apa berlaku dulu. Aku cuba anggap tu semua sekadar ‘aksesori’ dalam hidup aku. Bila keluar trend baru…..yang lama akan hilang….dilupakan!. aku harap begitu.
Tapi tak... Aku masih ingat Lan. Cerita kat sekolah…. cerita kat Pangkor….. cerita kat Langkawi….. semua aku ingat!
Ireland... Hidup kini memang mencabar. Jauh dari family….jauh dari saudara mara…..jauh dari orang yang dah lama aku kenal! Hidup aku bergantung pada diri sendiri dan kengkawan.
Kengkawan…..tak semua boleh dipercayai! Secara tak langsung aku belajar kenal orang…..kenal apa itu persahabatan!
Sampai la aku abis blajar, seribu satu kenangan yang aku bawa. What a wonderful life!
Masa berlalu dengan pantas…….
Lima tahun selepas hari terakhir aku lihat Lan di sekolah.....
Cuti semester…aku balik Malaysia kejap. Sambil2 tu aku join satu community..wat keje volunteer. Macam-macam benda yang aku belajar. Memang ini minat aku gaknyer.
Wan....Mamat ni jadi abang angkat aku pada 2 minggu terakhir sebelum balik ke Ireland. Dia ok… sangat baik. Tapi personality dia…aku tak berapa berkenan la plak. Kawan je bleh la. Aku tak pernah memilih kawan. Aku berkawan dengan sesiapa jer. Tapi kekadang orang yang salah faham.
Wan... Dia kata dia suka kat aku lebih dari kawan…. Lebih dari sorang adik. Aku tak bleh terima apa yang dia cakap. Dan dia tak bleh terima decision yang aku buat.
So, kitorg lost contact beberapa minggu selepas aku balik ke Ireland. Kali terakhir aku jumpa dia … beberapa minggu selepas aku balik dari Ireland (kira-kira setahun lepas tu-masa tu aku dah abis blajar). Aku cuba tegur dia, tapi dia buat don’t know jer. Salah aku ker?
Cepat betul masa berlalu……
Enam tahun selepas hari terakhir aku lihat Lan di sekolah…
Bila dah bebkerja ni, aku banyak bergaul dengan orang yang lebih dewasa. Seronok gak kekadang tu.
Shah... Aku kenal dia masa conference kt JB. Dia dari Klang….kawan Ijoy [best friend aku masa tu]. Dia ok gak. Honestly, lebih ok dari Wan. Dia rajin betul ulang-alik ikut Ijoy….especially kalo Ijoy g jumpa aku.
Rupanyer…dia suka kat aku….suka gila kat aku. Aku tak tau atas faktor apa. Nak tanya…tapi masih belum ada masa yang sesuai.
Aku tak tau kat mana silapnyer, dia sangka yang aku pun ‘suka’ kat dia. Tak tau nak cakap cam mana….aku tak benci dia….nak kata aku pun suka kat dia…..tak jugak! yang aku tau, aku tengah konfius sekarang ni.
Baru-baru ni…dgn selambanyer aku reject dia. Kata aku dah ada boyfriend. Zul jadi mangsa [suruh menyamar jd bf aku]. Kebetulan Zul ada kat rumah aku masa tu nak amik kasut...terus aku ajak dia keluar makan. Masa kitorang keluar, Shah sampai. Dia mengaku yang dia jealous. Tapi dia boleh terima….kami masih kawan. Dia kata “biar masa dan keadaan yang menentukan”. Bunyik macam dia tak nak give up.
Aku berserah pada Tuhan. Biar masa dan keadaan yang tentukan. Aku terima kalau memang jodoh aku.
Tapi sekarang aku belum boleh termia sesiapa secara serius! Banyak perkara lain yang mnejadi priority aku skarang ni. Kerjaya….salah satunyer!
Orang pernah cakap…”umur macam kau ni, kalau masih takder b’friend, tak kawin la ko”.
Betul ke cam tu?…..biar masa yang tentukan.
Aku masih nak tunggu Lan ker?
Masa berlalu lagi……
Genap 10 tahun selepas hari terakhir aku lihat Lan di skolah….
Pagi ni pagi Jumaat. Pagi yg indah. Permulaan hari berbeza dari hari2 sebelumnyer. Sejuk dan tenang. Mungkin sebab hujan sepanjang mlm. Hari ni aku ada konvensyen kt Hotel Istana. Malas nk drive……naik LRT jer la smpai KLCC.
AKu berdiri btul2 di bahu Jln Sultan Ismail. Tetiba rase cam ada sesuatu yg menarik kt hujung tu. Dlm jarak 8 meter dr tempat aku berdiri, aku nampak……………Lan! Tetiba jer hiruk pikuk sekeliling jd sunyi sepi [cewah…cewah..cam Hindustan jer….]. Lan pandang aku, pastu dia senyum dan jln menghampiri aku. He looks so excited!........excited sampai dia tak perasan yg dia sebenarnyer tgh melintas jalan!!...........Then….aku rase korang bleh agak apa yg berlaku pastu….
Ketika org ramai mengerumuni Lan yg terbaring kaku kt hujung sana……aku masih lagi berdiri kaku kt sini! Macam mimpi!.....aku tau, ini bukanlah MIMPI YANG SEMPURNA!
Itulah kali pertama aku lihat Lan selepas 10 tahun. Tanpa sepatah kata……..itu jugak kali terakhir aku lihat dia buat selamanya!......the end!
kalau dari lima bintang aku kasi 1 bintang je...sebab cerpen ni hanya lebih pada unsur cinta..tak de unsur komedi,unsur seram,unsur rilek, tapi aku harap hang teruskan usaha untuk meningkatkan tahap penulisan ko datt.
datt...ko pun mcm aku gak..aku gak ada simpan cerpen..ingat nk wat antologi tp tak tau cara...ada berlambak kt meja tuh....cerpen cinta gitu...aku kt cerpenis...pas ni ingt nk gi dewan bahasa...jom datt teman aku...
hanim wrote: datt...ko pun mcm aku gak..aku gak ada simpan cerpen..ingat nk wat antologi tp tak tau cara...ada berlambak kt meja tuh....cerpen cinta gitu...aku kt cerpenis...pas ni ingt nk gi dewan bahasa...jom datt teman aku...
Kenapa aku rasa macam tak sedap hati je perkataan cerpenis yang ko sebut tu hanim?
kalau aku karang, dengan aku2 skali pening kepalerr... atau dalam bahase sastera nyer..ayat aku terlalu abstrak hingga sukar untuk difahami..kerna tak tercapai dek akalmu..
Datt bila ko buka cite tentang hari terakhir ttg sekolah aku teringat ttg hari terakhir kat sekolah aku la yang di mana ade spiderman yang besar kat sekolah aku tu... besa wa cakap ama luuuu... tapi tak gigit orang pun dan tak merbahaya langsung sebab dia takde macam spideman pun hahhha....
ish,kesian arwah Lan tu mesti dia pun teringin sgt nk jumpe cik datt tp Allah lebih menyayangi dia.
__________________
Hidup ni susah,(susah betul)lagilah susah kalau kita semua jalan lurus bendul,kalau ada susah yang timbul,sah pening kepala tapi jangan huru-hara fikir betul-betul..!