Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cerita Satu Malam


Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:
Cerita Satu Malam


 

 bismillah.jpg

Nama aku Man,umur aku 30tahun..tiada yang istimewanya tentang diri aku..tiada rupa,tiada harta.Aku dulunya seorang mat rempit tegar..aku motor dan jalan raya memang tak dapat dipisahkan..huhu,tetapi itu cerita lama..aku sekarang dah berubah,berubah ke arah yang lebih baik..dan ini semua demi ibu aku yang selama ini tak pernah jemu menasihati aku dan sentiasa mendorong aku berubah..dia lah ibu dia lah ayah aku,walaupun sebenarnya aku masih punya seorang ayah tetapi kami kurang rapat memandangkan ayahku seorang pemandu lori,dia sangat jarang pulang ke rumah..kekadang dalam sebulan hanya 2 kali kami bertentang mata.Aku ada seorang adik perempuan yang berumur 16 tahun,hanya ibu dan adik aku sahaja la tempat aku bermanja dan berkongsi suka dan duka.

Aku kini bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank,alhamdullilah perjalanan hidup aku sekarang lebih baik walaupun tidak bergaji besar namun aku tidak pernah gagal memberi ibu aku sedikit wang setiap bulan dan kehidupan kami sekarang lebih bahagia walaupun kami tidak kaya.Aku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..sesuatu telah menimpa diri aku.

'Man mulai esok awak saya tugaskan menjaga bangguan Wisma Jaya'kata Encik Rahim selaku pegawai atasan aku.

Aku tidak membantah walaupun aku tidak bersetuju dalam hati,kerana jarak rumah aku dengan banggunan itu agak jauh dan aku jugak telah ditukarkan kepada shift malam..huhuhu,langkah pulang aku petang tu sangat lah tidak bersemangat bila mengenangkan yang esok malam aku terpaksa bertugas di banggunan Wisma Jaya.

Memandangkan jarak rumah aku yang jauh dari Wisma Jaya,aku telah mengambil keputusan untuk keluar lebih awal agar aku tiba lebih awal.Aku tak mahu ada suara2 yang mengata di kemudian hari sekiranya aku datang lambat,setibanya di sana aku melihat Encik Rahim telah menunggu aku di suatu sudut.Jadi aku segera berlari mendapatkan dia.

'Awal awak datang Man?'kata Encik Rahim

'Saya takut jalan sesak Encik Rahim'kata aku

'Bagus..sikap macam ni yang saya suka..awak sangat peka dalam pengurusan masa awak,sekiranya awak mengekalkan sikap begini saya yakin awak mampu pergi lebih jauh'kata Encik Rahim

'Ini sumber pendapatan saya Encik Rahim,jadi saya harus menjaganya dengan baik'kata aku

'Baguslah Man,baiklah saya akan menerangkan sedikit skop kerja awak selama aku bertugas di Wisma Jaya ini..untuk makluman awak,awak akan ditugaskan bersama seorang lagi pengawal,rondaan harus dibuat sebanyak 3 kali..awak mungkin boleh bergilir dengan partner awak nanti..semua tingkat dan juga tempat letak kereta di basement kamu harus periksa'kata Encik Rahim

'Assalammualaikum Encik Rahim'kata Dolah

'Haa Dolah baru sampai kamu'kata Encik Rahim

'Maaf Encik Rahim,motor saya buat hal tadi'kata Dolah

'Haishh..ada saja alasan kamu ni Dolah,ni saya kenalkan Man pengawal baru yang mengantikan tempat Pian'kata Encik Rahim memperkenalkan aku.

'Betul ka apa yang saya dengar perihal Pian tu Encik Rahim?'soal Dolah

Perihal Pian?apa yang dah jadi kat Pian?nampak macam serius saja si Dolah ni bertanyakan tentang Pian,tiba2 perasaan ingin tahu tu membuak-buak.

'Pian tu mungkin terlalu letih sebab itulah dia terbayang-bayangkan yang bukan-bukan dah lama berehat nanti ok lah dia tu'kata Encik Rahim

'Tapi Encik Rahim...'kata Dolah

'Sudah..tak perlu lagi nak bercerita tentang hal ni,saya tak nak dengar apa-apa lagi..saya nak kena balik office ni,apa-apa hal kamu call saya..saya pergi dulu,assalammualaikum'kata Encik Rahim

'Waalaikumsalam'jawab kami serentak

Bermula lah sesi pengenalan antara aku dan Dolah,nampak garang si Dolah ni tapi baik orangnya..dia seorang pesara tentera,katanya bosan hanya duduk dirumah sebab tu dia bekerja..sekurang-kurangnya ada juga teman berbual,isteri dia dah meninggal 2 tahun lalu,anak2 dia semua dah berkhawin dan ada keluarga dan kehidupan sendiri.

'Pak cik Dolah dah lama kerja kat Wisma ni?'soal aku

'Ehh kau ni,tak payah berpakcik-pakcik lah..aku bukannya tua sangat..hahahaha,kau panggil aku DO cukup..tak la lama sangat baru 8 bulan dan sepanjang 8 bulan aku kat sini dan 5 orang pengawal dah berganti,kau ni kira yang ke 6 la'kata DO

Tertelan air liur jugaklah dengar perkhabaran ni..huhu,kenapa pulak ramai yang berganti kerja disini?dan macam mana si DO ni pulak boleh bertahan??aduhh...

'Kau tak perlu takut,kalau kita tak kacau dia,dia tak kacau kita..semangat iman kena kuat'kata DO

Aduhhh...semacam ja bunyi,apa maksud si DO ni,mungkinkah banggunan ni berhantu?Allahu..jangan la banggunan ni berhantu..dah la aku ni penakut!!! huhuhuhu

'Banggunan ni ada benda ka DO?'soal aku

'Benda apa?hantu?jembalang?jin?hahahahahaha'kata DO

Kanibal betul la orang tua ni,aku usaha tak mau nak sebut.

'Dalam masjid pun ada jin,inikan pulak persekitaran kita ni..kita percaya benda ni wujud,tapi kita tak seharus takut dengan benda alah ni,kita hanya perlu takut pada ALLAH..kau ingat tu!!'kata DO

Erm,boleh la dia cakap macam tu sebab dia tu tentera dia dah kebal dah dengan benda-benda ni..memang boleh buat kawan la dia dengan benda tu..tapi aku ni,mana pernah kena usik inikan pulak nak buat kawan..memang tak ingin la aku..huhuhuhu

'Banggunan ni memang ada hantu la DO?'soal aku sekali lagi

'Ya Man,banggunan ni memang keras sikit..tapi kau jangan takut selagi aku ada aku cover kau..hahaha'kata DO sambil gelakan aku

Kanibal betul orang tua ni,boleh pulak dia buat main-main benda ni..lutut aku dah longgar ni,iman aku dah berterabur dah ni..macam mana la aku nak kerja kalau dah kepala otak ni dok fikir benda alah tu ja..YA ALLAH kuatkan lah semangat aku!!

Alhamdullilah dah dekat seminggu ni,tak dak pulak kejadian-kejadian aneh yang menimpa aku kat Wisma Jaya ni..jadi aku pun dah boleh move on dengan cerita-cerita seram yang aku dengar sebelum ni..hahahaha,sekali lagi aku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan pulak ditengah hari..huhuhu

Malam tu pukul 9:30 aku mulakan rondaan yang pertama,setiap tingkat aku periksa dengan teliti..kini giliran tingkat 4..pintu lift terbuka dari dalam perut lift aku ternampak masih ada satu unit office yang menyala lampunya..aku mengatur langkah menuju ke arah unit itu..dalam hati aku bersuara,mungkin ada staff lagi yang bekerja lebih masa.Aku mengintai dari celahan tingkap office tu kalau-kalau boleh nampak sesiapa yang masih berada di dalam namun aku tak melihat sesiapa..aku sedikit mengundur dan terlihat singboard syarikat perlancongan MISS LIM..dalam leka aku melangut ke atas,tiba-tiba..

'Abang tengok apa tu?'suara menyapa

'Ohh pocot mak kau!!ALLAHU AKBAR!!terkejut saya'kata aku

Muka aku dah bertukar biru jadinya bila disapa oleh gadis cantik tengah-tengah malam macam ni..aduhhh..manusia ka hantu amoi ni??huhuhu,jangan la hantu..jangan la hantu!!! huhuhuhu

'Eh saya orang la bang..haha'kata gadis itu

Pelik..macam dia tau-tau ja apa yang bermain di minda aku ni.

'Abang tahu yang cik adik ni orang,abang saja ja buat-buat terkejut..hehe'usaha aku untuk mengcoverkan diri

'Sorry la kalau buat abang terperanjat'kata si gadis

'Eh..tak pa abang okey,lambat awak balik?'kata aku

'Aaa bang,ada kerja sikit yang nak disetelkan..tak pernah nampak pun abang sebelum ni?abang orang baru ke?'soal si gadis

'Aaa..abang baru seminggu ja kat sini,ehh awak sorang ja ka?'soal aku

'Ya abang..sorang-sorang je,tak pe lah tak nak ganggu abang kerja..saya masuk dulu ye'kata si gadis

Belum pun sempat aku nak bertanya nama amoi tu hilang dari pandangan..cisss!!melepas!!walaupun kesal masih bersarang dihati namun tanggungjawab mengawal banggunan ni aku teruskan,aku terus memeriksa dari satu tingkat ke satu tingkat..masih ada 2,3 unit office yang masih ada orang,kata mereka harus bekerja lebih masa akibat ditekan oleh pegawai atasan mereka..huhu,begini la nasib si pemakan gaji,A kata boss makan A jugak la sahut kita..apakan daya cuma ni sumber pendapatan kita tak boleh la kita merungut..huhu

Lebih kurang 10:30pm aku melihat sudah ramai antara mereka yang bekerja lebih masa mahu pulang,tetapi kelibat gadis manis tingkat 4 tu masih belum kelihatan,10 minit kemudian baru la aku melihat dia berjalan keluar..ingin rasanya aku mendekati dia dan bertanya nama tetapi kaki ni terasa berat pulak melangkah..jadi aku cuma hadiahkan senyuman yang secukup manis..dan dia juga begitu..hehe

'Ha..yang kau ni dah kenapa Man senyum sorang-sorang?apa yang lucu sangat?'sergah DO

'Eh tak da apa lah..senyum kan sedekah..hihi'kata aku

'Ha..nak sedekah kat siapa malam-malam buta ni?pontianak?hihihi'usik DO

'Ishh..abang DO ni kesitu pulak'dengan tidak semena-mena bulu roma aku terpacak,mulut dia ni memang puaka kan..aku rasa sebab mulut dia ni la pengawal-pengawal sebelum ni tak tahan..huhu

bersambung

 

 



Attachments
__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

'Man..dah nak ke kerja kau Man?'tanya ibu

'Ya ibu'kata aku

'Macam mana tempat kerja baru kau tu?'tanya ibu

'Ok ja ibu,alhamdulliah..dekat sana Man jaga berdua bu..jadi tak la bosan sangat'kata aku

'Bagus la macam tu Man,kerja la kau baik-baik Man..doa ibu ni sentiasa iringi kau Man'kata ibu

'Terima kasih bu,Man pergi dulu'kata aku sambil mengengam erat tangan ibu dan memberi 1 kucupan yang penuh dengan rasa cinta,kasih dan sayang.

Lain macam semangat aku hari ni,tak tau la kenapa..aku singgah kedai mamak untuk membeli 2 bungkus kopi o panas.Setibanya aku di Wisma Jaya aku melihat begitu ramai orang berkumpul di ruang lobby,dalam hati bertanya bencana apakah yang berlaku..tiba-tiba semangat aku seakan terbang melayang jauh.

'Haahhhh!! tengok apa tu?'sergah Dolah

'Ohh pocot mak kau!!! aduhhh abang Dolah..terkejut saya!!'kata aku

'Macam pondan la kau ni Man..haha,ehh apa hal tu riuh sangat?'soal DO

'Entah la abang DO,saya sampai tadi dah ramai orang dekat lobby'kata aku

'Jom kita masuk,aku nampak Encik Rahim tu..kita tanya dia'ajak DO

'Assalammualaikum Encik Rahim,apa hal yang ramai sangat orang berkumpul ni?'tanya DO

'Ohh..Man,Dolah..mari kita kesana'pelawa Encik Rahim

'Kenapa tu Encik Rahim?'giliran aku pula menyoal

'Ada orang jumpa mayat dalam toilet tingkat 7'kata Encik Rahim

'Allahu akbar bila yang dia orang jumpa?semalam last ronda kami tak nampak apa-apa yang mencurigakan pun Encik Rahim'kata aku,bimbang sekiranya pihak atasan mempersoalkan kerja kami.

'Baru tengah hari tadi mak cik Suri nampak,katanya sebelum kejadian dia ada selisih dengan budak perempuan tu..tapi lepas dia selesai cuci tandas tingkat 8 dia terdengar orang menjerit..dia pun bergegas la turun ikut tangga..dia tengok budak perempuan tu dah terbaring kaku atas lantai'terang Encik Rahim

'Tak kan ada pembunuh pulak dalam banggunan ni Encik Rahim?'soal aku

'Entah lah,tapi yang pasti mulai hari ini kita harus ketatkan lagi kawalan..biar polis menjalankan siasatan,saya harap kejadian seumpama ini tidak berulang lagi'kata Encik Rahim lagi

Hampir 2 jam polis berada di tempat kejadian,mungkin untuk mengumpulkan bukti sebanyak mungkin..setelah mereka beredar baru la semua orang turut beransur pulang..cuma ada beberapa kelompok lagi yang masih berkumpul untuk membahaskan tentang kejadian itu.

Aku berdiri di satu sudut sambil memerhatikan gelagat manusia yang masih mengisi perut banggunan ini,tiba-tiba mata aku tertarik pada susuk tubuh dan wajah yang aku kenali..gadis itu tersenyum memandang aku,dan mengatur langkah ke arah lift..barangkali dia masih ada kerja yang tertunggak dan harus di segerakan selesai..tetapi dalam keadaan sebegini tidak takutkah dia..aku yakin tiada siapa yang berani untuk kerja lebih masa buat masa ni..

Aku membuat rondaan yang pertama,aku masuk ke dalam perut lift dan segera menekan butang 4..aku harus memastikan yang gadis tu berapa dalam keadaan baik-baik saja,selain itu aku harus mengetatkan lagi kawalan aku mulai hari ini sejajar dengan kehendak Encik Rahim dan pihak atasan.Pintu lift terbuka,dan aku terkejut kerana pejabat gadis tu gelap saja..ini menandakan yang tiada orang dalam unit itu.

Aku segera berlari menghampiri pejabat gadis itu,aku melihat-lihat ke dalam..ternyata gadis itu tidak berada di dalam unit tersebut..aku mula risau,macam-macam tanggapan yang bergaul dalam kotak pemikiran aku..peluh jantan mula membasahi tubuh aku..aku harus tenang dan mencari jalan,sekiranya dia masih dalam banggunan ini aku harus mencari dia..aku tidak mahu dia pula yang menjadi mangsa pembunuh yang mungkin masih berkeliaran di dalam banggunan ini.

Dari satu tingkat ke satu tingkat puas aku periksa tapi aku masih tak jumpa jugak dengan amoi ni,tapi aku tak akan putus asa..aku yakin dengan apa yang aku nampak,aku pasti yang dia masih berada dalam banggunan ni..aku berpatah semula ke tingkat 4..pintu lift terbuka dan alhamdullilah aku melihat unit office dia dalam keadaan cerah.

Aku segera menghampiri dan cuba untuk membuka pintu pejabat itu namun hampa..ianya terkunci..

'Abang cari saya?'tanya gadis itu

'Allahu akbar!!!! aduhhhh..terkejut saya,awak ok?awak dari mana ni?tadi saya datang sini tengok awak tak da?'soal aku

'Sabar abang sabar..hihihi,saya ok..tadi saya ke toilet'kata si gadis

Aduhhh..malunya aku..nampak sangat ka yang aku ni beria-ia risaukan dia..dia pulak buat selamba jaa..huhu

'Abang bukan apa,abang risaukan keadaan awak..aku pun tahukan apa yang dah jadi tengah hari tadi?'kata aku

'Abang rasa siapa yang bunuh perempuan tu?abang tak rasa pelik ka siang-siang hari orang berani nak buat macam tu?atau sebenarnya dia bunuh diri?atau hantu yang bunuh dia??'kata si gadis

Allahu amoii ni..muka dah cantik comel dah tapi mulut pulak dah tak reti yang berlapit..ikut suka dia ja nak bercakap itu ini,dan la hari tengah malam ni..aduhhhhh

'Ehh..dah la tak perlu bahaskan lagi perkara tu,abang rasa lebih baik awak balik..sambung besok pulak..hari dah lewat ni'pinta aku

'Ermm ok la,saya kemas-kemas sikit lepas tu saya balik yerr'kata si gadis

'Kalau macam tu abang tunggu,kita turun sama-sama'pelawa aku

'Tak pe tak pe,abang turun dulu..tak seronok la biar abang tunggu-tunggu..lagipun abang ada kerja nak buatkan,jangan risau saya ok'kata gadis

'Ok la macam tu,abang turun dulu..ingat jangan lambat sangat'pesan aku

Selang 15 minit,gadis tu keluar dari dalam lift..aku berlari-lari anak mendapatkan dia dan jalan beriringan sehingga ke pintu utama..aku membuka pintu untuknya dan memberikan lambaian yang lemah lembut sebagai penanda perpisahan kami untuk malam ni..hahahaha

'Hoiii...kau ni dah kena sampuk ka Man??yang kau dok melambai-lambai tengah-tengah malam ni dah kenapa??kena sampuk syaitan ka kau ni?'sergah DO

'Apa la abang DO ni..malam-malam dok cakap macam tu,tak dak apa lah..saya cuma betulkan urut-urat yang bersimpul ni ja..haha'kata aku

'Kau jangan Man,aku takut ada benda nanti yang sambut lambai kau tu..haa silap-silap sampai ke rumah dia ikut kau Man..haha'usik DO

'Ishh..jangan nak bergurau sampai macam tu abang DO,saya ada ibu dengan adik kat rumah ni abang'kata aku

Setelah tamat shift aku dan berganti dengan shift siang..aku segera ingin pulang..aku merasakan malam semalam adalah malam yang terlebih panjang buat aku.

Sampai ja depan rumah,hidung aku menangkap bau rendang ibu..aku kalau rendang ibu ni tak pernah puas sekali makan..silap-silap satu kuali aku boleh hadap sorang..hihi,tetapi pagi ini aku rasa badan aku terlalu sarat terlalu berat,aku hanya ingin lelap dan biarkan otak aku berehat sebentar.

'Man..Man..dah pukul berapa ni Man?kau tak kerja ka Man?'soal ibu

'Allahu akbar..aduhhh aku dah lewat ni'teriak aku

'Man,makan dulu ibu panaskan lauk'pinta ibu

'Tak pe ibu,ibu tolong Man bungkuskan nasik..Man makan dekat sana nanti,kalau Man tak bawak habis nanti Shima kerjakan..haha'kata Man mengusik adiknya

'Hello..Shima ka along yang selalu ja habiskan rendang kalau ibu masak?ofcourse la along ok..bluwekkknana.gif'ejek Shima

bersambung

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

'Lewat kau hari ni Man'kata DO

'Aaa..abang saya terlajak tidur..mungkin sebab terlalu letih agaknya'kata aku

'Kalau kau rasa penat tubuh badan tu,kau ambik la cuti berehat kat rumah'kata DO

'Ehh..tak payah la abang DO saya ok..sihat bertenaga lagi ni haaa..haha'kata aku

'Aku bagi cadangan saja Man,bukan apa kita kerja malam ni tak serupa macam orang yang kerja siang hari,kalau tubuh badan kita lemah..haa mula la benda-benda tak elok nak singgah'terang DO

'Aduhh..mintak simpang la abang DO,ha abang macam mana kes semalam tu?'soal aku

'Haaa..ni yang aku nak cerita kat kau,dia orang kata budak tu mati sebab lemas'terang DO

'Haaaa?lemas?dalam toilet?biar betul abang..ka kau salah dengar?'soal aku

'Jangan kata kau,aku pun tak percaya..tapi dia orang kata berdasarkan post-mortem memang punca dia lemas,tapi aku heran macam mana dia boleh lepas dalam toilet tu?'ragu DO

'Seram pulak saya bila mengenangkan punca dia mati tu...huhu'kata aku

Aku meneruskan rutin harian,walau apa pun yang terjadi amanah terhadap pekerjaan aku harus dilaksanakan..aku membuat rondaan di tingkat 4,ternyata gadis cina tu tidak bekerja lebih masa hari ini..aku menepuk dahi,tanda kesal dengan diri sendiri apabila aku selalu lupa untuk menanyakan nama si gadis manis itu.

Aku meneruskan rondaan di tingkat 10,memeriksa satu per satu unit..tiba-tiba lift terbuka dan keluar seorang wanita muda berjalan perlahan-lahan menuju ke hujung koridor,aku tercengang dan sekadar memerhati dari jauh..manusia kah dia atau pun benda tu?Allahu akbar..mengigil macam nak tercabut anggota-anggota badan..huhu,Allah lindungilah aku..

Mahu tak mahu aku harus memeriksa dengan lebih dekat..aku harus kuat semangat,jangan biarkan perasaan takut menguasai diri aku..aku berjalan perlahan-lahan ke arah yang di tuju wanita muda itu,tetapi kelibat dia menghilang..hati aku tak sedap dah ni?aku mula yakin wanita muda yang aku nampak tadi bukanlah manusia tetapi sesuatu benda..benda yang merupa..

Aku turun ke bawah tanpa meneruskan rondaan,semangat aku makin hilang,aku tak pernah rasa takut sampai macam ni sekali seumur hidup aku tak pernah..huhuhu,peluh jantan membasahi tubuh aku tanpa belas kasihan..sejujurnya aku tak dapat menyembunyikan ketakutan aku..

'Man..kau kenapa ni?pucat dengan berpeluh teruk ni?'soal DO

Aku tidak menjawab dan biarkan soalan tu berlalu begitu saja,aku harus mengembalikan semangat aku,aku harus tenang..abang DO seolah-olah dapat meneka apa yang terjadi pada aku..

'Nah..minum air ni,aku ada baca sikit,bismillah dulu sebelum minum'hulur DO

'Terrimaa...ka..ka..kasihhh DO'kata aku

Lepas aku minum air tu,kepala aku mula terasa ringan..sedikit demi sedikit semangat aku kembali

'Lain kali nampak pelik,jangan terus takut,baca apa-apa surah sebagai pendinding..dengan ayat-ayat suci al-quran juga boleh menguatkan semangat kita..'terang DO

Aku hanya mendengar dan menghangguk tanda ada benarnya apa yang diperkatakan oleh abang DO tadi,namun kita ni manusia biasa..bila berdepan dengan keadaan genting macam tu memang semua ayat kita lupa,huhuhu..Allahu kenapa semua ni menimpa diri aku..malam ni aku rasakan berlalu sangat lambat..aku cuma mahu pulang dan tidur dengan harapan bila aku bangun semula aku dapat melupakan kejadian ngeri ni..

'Tak pa Man kau duduk rehat dulu biar aku sambungkan kerja kau yang tergendala tu'kata DO

'DO jangan lama sangat'kata aku

Abang DO berlalu sambil tersenyum pada aku,aku tak pasti dengan maksud senyuman tu..mungkin senyum kerana dia merasakan apa yang berlaku pada aku lucu pada dia..arrrggghhhh!!! lantak lah..nak senyum ka nak ketawa ka aku tak perduli..aku memang tak dapat bendung dan sembunyikan rasa takut aku ni...huhu

Allah...nikmat rasanya dapat berbaring atas tilam aku yang empuk ni,hilang sekejap trauma dan stress aku.huhu,sebelum tidur aku kunci jam di telefon bimbit agar aku tak terlajak seperti hari sebelum ni,badan dah letih ni memang nak tidur sampai puas rasanya..tetapi apakan daya aku hanya kuli semata-mata tanggungjawab aku pada keluarga harus aku pikul..

'Awal kamu siap hari ni Man,mai makan dulu'kata ibu

'Aaa ibu saja la bu,semangat sikit hari ni..ibu masak apa hari ni?'tanya aku

'Ibu masak asam pedas ikan pari Man'kata ibu

'Wahh..sedap tu bu,Man nak makan dulu la kalau macam tu'kata Man

'Makan Man..makan banyak-banyak'kata ibu

Apa yang aku alami semalam seolah-olah memberi kekuatan yang baru untuk aku,aku lebih bersemangat dan in syaa ALLAH aku akan lebih beranikan diri berdepan dengan perkara seperti semalam,tetapi sebolehnya kalau dapat dielakkan bagus juga..huhu

Sampai saja aku di Wisma Jaya,aku disambut dingin oleh encik Rahim..aku masih nampak kelibat abang DO.

'Man..saya terpaksa bawa awak ke balai'kata encik Rahim

'Balai??tapi kenapa encik Rahim?'tanya aku

'Ada orang jumpa mayat seorang wanita dalam tandas tingkat 10,dan berdasarkan tinjauan cctv..pihak polis mengesyaki awak,jadi mereka minta saya bawak awak ke balai bagi soal siasat'kata encik Rahim

Aku tak mengerti apa yang sebenarnya terjadi,aku juga tak perlu takut sebab aku tak bersalah..mungkin ada muslihat atau salah faham di sini.

'Awak ceritakan pada saya apa sebenarnya yang berlaku semalam?awak kenal wanita ini?'soal pegawai penyiasat

'Allahu akbar..ya encik saya perasan wanita ni semalam,tapi....'kata aku

'Tapi apa Man..teruskan..'soal pegawai penyiasat

'Masa saya sedang melakukan rondaan ditingkat 10,masa lebih kurang pukul 9:00malam,memang saya ada nampak wanita ini keluar lift dan berjalan menuju ke hujung koridor'terang aku

'Lepas dia ke hujung sana awak hampiri dan bunuh dia?'sergah pegawai penyiasat

'Allahu akbar..saya tak akan buat macam tu encik,sumpah...saya takut lepas saya nampak wanita itu,saya fikirkan mungkinkah dia hantu atau manusia?untuk mendapatkan kepastian saya menyusuri dia..tetapi dia tiba-tiba hilang encik,jadi saya beranggapan yang sebenarnya dia bukannya manusia tetapi sesuatu benda jadi saya terus turun ke bawah'terang aku

bersambung



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Setelah memberi keterangan,aku masih lagi di tahan..mungkin mereka masih mahu mengumpul bukti untuk menyabitkan kesalahan aku..tetapi aku tak takut,aku tak bersalah dan aku akan hadapi semua ini,cuma yang menjadi kerisauan pada aku bila mengenang ibu dan adik aku,ibuku pasti risau.Maafkan Man ibu.

Setelah 3 hari direman aku akhirnya dibebaskan,kerana mereka tiada bukti yang kukuh untuk menyabit kesalahan aku berhubung kes ini.

Aku disambut ibu dengan linangan air mata.

'Maafkan Man ibu'tangis aku

'Allah...Man anak ibu,ibu tau Man tak salah Man..ini semua dugaan hidup Man'ibu menangis sambil memeluk aku

Aku juga menyambut salam dan pelukan dari encik Rahim dan juga abang DO.

'Syukurlah kau dah di bebaskan Man,kau bawa ibu kau balik dan rehat 2,3 hari dulu lepas tu baru kau masuk kerja semula'arah encik Rahim

'Terima kasih encik Rahim'kata aku

Setelah cukup aku berehat dan memanjakan diri di rumah aku mulakan kerja dengan lebih bersemangat.

'Man..kau nak tahu perkembangan kes hari tu?'tanya DO

'Haa..abang macam mana?mereka dah dapat tahu punca wanita tu mati?'soal aku

'Lemas..sama macam kes yang sebelum ni,aku rasa Man kalau bukan orang mesti hantu punya kerja Man'kata DO

'Tak kan hantu boleh bunuh orang abang DO?ishhh...merepek lah'kata aku

'Memang hantu tak boleh bunuh orang Man,tapi benda-benda ni boleh merasuk ke dalam tubuh manusia dan mungkin sebab ni la mereka mati'terang DO

Mungkin ada benar apa yang abang DO katakan..dan mungkin jugak ini semua angkara roh-roh yang tidak tenteram.

'Kalau kau nak tau Man,ramai orang yang bunuh diri dekat sini'terang DO

Allahu..patut lah banggunan ni aku rasa semacam ja..rupa-rupanya tempat tak elok.

'Sebab tu aku selalu tekankan dekat kau,semangat kau kena kuat Man..kita niat kita kerja ni untuk cari rezeki yang halal,in syaa ALLAH tuhan permudahkan semua'terang DO

'In syaa ALLAH abang'kata aku

'Hari ni biar aku buat atas kau buat basement'atur DO

'Ehh tak pa abang..biar saya ja buat atas'kata aku

'Macam beria ja kau,siapa ada atas?awek kau?hahaha'usik DO

'Ishhh..merepek la abang oiii,bila masa pulak saya ada awek kat atas ni abang..haha'kata aku,walaupun hakikatnya memang aku ingin berjumpa dengan seorang awek cina..hehe,rindu pulak rasanya nak bersembang dengan dia..aku harap dia kerja lebih masa la hari ni..huhu

'Aku hampiri office dia dengan hati yang girang,seperti biasa aku menjenguk-jenguk ke dalam office,namun mata aku tidak dapat menangkap kelibat gadis itu.

'Abang...'kata suatu suara

'Ehh..awak dari mana?saya cari awak nak berbual-bual sekejap'kata aku

Gadis tu tidak menjawab pertanyaan aku,wajahnya muram tidak seperti kebiasaan..dia hanya menunduk muka memandang simen di bawah yang aku kirakan lebih cantik dari wajah aku ini..huhu

'Awak..awak ok tak ni?awak tak sihat ka?'soal aku yang dah mula kehairanan

Gadis tu mendongak dan aku dapat melihat dengan jelas ada titisan air mata yang mengalir di pipi gebu dia,dia menangis lantas memeluk aku dengan erat..dan terus menangis tanpa aku tau apa punca sebenarnya.Bukan mengambil kesempatan tetapi aku membiarkan dia melepaskan segala beban yang mengusik hati dan perasaan dia..dia akan berhenti setelah dia puas dan merasa lega.

'Maafkan saya abang,nanti cemburu pulak makwe abang..hehe'usik si gadis

Fuhhh..lega,dia dah kembali seperti biasa..huhu

'Awak dah ok?awak ada benda ka nk kongsi cerita dengan saya?'soal aku

'Abang..lelaki kenapa suka sangat mempergunakan wanita?suka ambil kesempatan?'soal si gadis

'Ini pandangan abang,tak semua lelaki macam tu..dalam setandan pisang tak semuanya busuk kan,tetapi sebab wujud golongan macam ni lah yang membuatkan semua lelaki kena tempias yang sama'kata aku

'Tapi dia jahat abang...dia tak nak bertanggungjawab!!! saya takut!! saya nak bunuh diri!!'kata si gadis

'Sabar..sabar..cuba awak ceritakan perkara yang sebenarnya pada abang?kalau abang boleh tolong abang tolong..'kata aku

'Saya mengandung..tetapi dia tak nak bertanggungjawab..malah dia tak nak mengaku yang ni anak dia,dia tuduh saya tidur dengan lelaki lain'kata si gadis

'Siapa laki tak guna tu..biar abang ajar dia,sudah dia sentuh dia tak nak mengaku'marah aku

'Dia dah mati'kata gadis tu sambil mengukir senyuman yang agak pelik aku rasa..huhu

'Awak melawak ka ni..huhu,dah malam ni tak baik buat lawak seram  macam ni'kata aku

'Seram ker?hihi,awak takut ker..hihi,tak pe saya kan ada..hihi'kata si gadis

Allahu musibah apa pulak dah ni..apa yang tak kena pulak dah dengan amoi ni semacam ja aku tengok..manusia ka benda alah dia ni???huhuhu

'Abang nak tahu macam mana dia mati?hehe'kata si gadis

Allahu akbar..kuatkan lah semangat aku ya ALLAH,aku masih berdiri kaku depan dia..masih bertangak sama ada aku nak larikan diri atau stay dekat sini dan dengar cerita seram dia..akhirnya aku memilih untuk stay situ dan dengar cerita dia..huhuhuhu

'Macam mana?'soal aku

'Abang tolong ambilkan bangku tu kejap?'arah si gadis

Aku hanya mengikut arahan dia seperti lembu di cucuk hidung..huhu

'Saya suruh dia berdiri atas kerusi ni..lepas tu...'kata gadis

Allahu akbar!!!!! gadis tu terjun kebawah dan kemudian dia berterbangan sambil mengilai..aku apa lagi dengan langkah 2000 aku pecut lari macam Watson Nyambek..gila lahh..selama ni aku berkawan dengan bukan manusia rupanya..huhuhu 

'Abang..abanggg!!!'kata aku

'ALLAH..kenapa pulak kau ni Man?'tanya DO

Aku pun mula la cerita bibit-bibit sepanjang aku dengan AMOI tu..

'Office tu dah lama tak beroperasi..lepas-lepas tauke dia Miss Lim tu bunuh diri,dia orang dah tutup premis tu'terang DO

'Bunuh diri sebab apa?'tanya aku

'Dia mengandung tetapi si lelaki ni tak mau tanggung,abang dengar dia bunuh lelaki tu sebelum dia bunuh diri..macam-macam hal la kat dunia ni Man,yang kau ni pun satu jangan la dok suka-suka tegur orang malam-malam buta macam tu..tak da nya orang nak melayan kita ni malam-malam..kalau bukan dia tu hantu'ejek DO

'Saya serik dah abang..tobat dah saya abang..huhu,buat sementara ni abang jaga la yang atas dulu biar saya kawal di bawah..aduhhh seram saya bang'kata aku

'Yela jangan sampai kau jumpa awek baru pulak kat bawah nanti..haha'usik DO

'Uihhhhh..mintak simpang abangg oiii!!! huhuhuhu'kata aku

bersambung

 

 



__________________

aNAK maK abAH akU



Senior Member

Status: Offline
Posts: 310
Date:

Selepas dari kejadian malam tu,aku memang dah beralih tugas dengan abang Do..aku ada jugak bertanya kat abang Do kalau-kalau dia ada jumpa dengan bekas lover aku tu..huhu,tapi katanya bukan kata jumpa kehadiran makhluk halus tu dia tak dapat rasa..huhhh betul punya menganjing aku dia ni..

Aku ingat si AMOI tu dah terbang keluar la agaknya dari banggunan ni,sebab tu abang Do tak dak peluang nak jumpa,nampak sangat la yang aku ni sebenarnya lebih hensem dari dia,sebab tu hantu pun berkenan dengan aku..huhuhu,Allahu..mintak simpang la...jangan la bagi aku berjumpa,terserempak atau pun lebih kasar lagi 'terbekawan'dengan benda alah ni lagi...serious aku dah serik,jantung aku ni pun dah lemah dan tak boleh terima impak yang kuat lagi dah.

'Abang..macam mana dengan kes budak-budak perempuan yang mati tu ha?senyap ja?'soal aku

'Polis tak jumpa apa-apa bukti yang boleh mengaitkan dengan kematian mereka,last-last kes ni mesti tutup macam tu saja,dan kematian mereka tak terbela..kesiann'kata DO

'Nak buat macam mana abang dan ajal dia orang nak berakhir macam tu,tapi macam ada sesuatu yang misteri dengan hal ni..entah lah saya pun pening kalau fikirkan..'kata aku

Jam dah menunjukkan pukul 12:00 malam,sebelum aku memulakan rondaan..aku ke toilet dulu bagi melepaskan hajat,toilet di lobby ni sememangnya besar dan juga bersih..sebab tu kadang-kadang aku berani mandi di sini,walaupun berseorangan dalam toilet pada masa yang menakutkan ni..huhu,aku lebih selesa memilih kubikal yang terletak di bahagian hujung sekali,sedang aku melangsaikan hutang..tiba-tiba aku dengar pintu depan toilet di buka dan dalam beberapa saat pintu kubikal pula di hempas dengan agak kuat..aku sedikit terkejut..

Aku melihat jam di pergelangan tangan aku,12:15malam..seingat aku abang Do dah naik,tak kan dengan sekejap sangat dia dah habis meronda..hati aku mula tak berasa sedap,mula la flashback-flashback yang lepas berlegar dalam kepala aku..aduhhh..bala apa lagi ni??aku merungut dalam hati

Aku bertangak,sama ada aku nak keluar dulu ataupun aku tunggu sampai 'seseorang' tu yang keluar dulu,setelah aku sendiri pertimbangkan akhirnya aku dan diriku bersepakat untuk tunggu 'mamat' tu yang keluar dulu..huhu,pernantian 10minit betul-betul menyiksakan..dah la aku guna jamban bertinggung..sampai naik kebas kaki-kaki aku..

*%&*#@$ betul 'mamat' ni,dia dok berak ka dia dok bertelur dalam jamban tu punya lama..tak boleh jadi ni,kalau aku tunggu dia memang tak jadi kerja la..aku syak dia tengah lena kat dalam,sunyi sepi jaa..aishhhh pelik..pelik..aku selesaikan dan aku keluar dari kubikal berjalan ke depan..

'Allahu akbar!!!'aku separuh menjerit

'Maafkan saya abang'kata mamat misteri

'Terkejut saya encik,ehh dah lewat sangat ni..encik tak balik lagi ka?'soal aku

'Mamat' misteri tu tiba-tiba senyum,aduhhh..apa ni apa ni?aku bukan sonsang tau..huhu

'Nak balik mana abang,saya memang tinggal di sini'kata mamat misteri

Allah...kena lagi aku ni!!!! awat la yang banyak sangat benda alah ni dalam banggunan ni,dan kenapa asyik pilih aku ja jadi mangsa?? hensem sangat ka aku ni???arrrggggghhhh.................!!!

Pandangan aku terasa kabur saat tu,aku rasa macam nak pitam..tiba-tiba aku terdengar bunyi air di singki dibuka pada aras maksima,sehinggakan air dalam singki melimpah..dan pada saat itu jugak lah aku merasakan semacam ada tangan yang besar telah menggemgam leher aku sejurus itu membenamkan muka aku ke dalam singki yang dengan penuh air..mata aku kembali segar setelah bertemu dengan air..

Aku cuba untuk berlawan dengan sesiapa saja yang sekarang berapa di belakang aku dan memperlakukan aku begini,kalau dia manusia aku akan kerah tenaga untuk berlawan dengan dia tetap sekiranya dia bukan manusia..aku berlawan dengannya dia kalimah suci ALLAH..

'ALLAHHHHU AKBARRR...!!!!! arrrghhhhh.......................!!'dengan semangat dan tenaga yang masih bersisa aku menjerit kalimah ALLAH dan dengan sekelip mata..di belakang aku yang tadinya berat seperti dia di hempap tiang batu kembali menjadi ringan..dan aku terus pitam....

'Man...Mann...bangun Man,Man..Allah,dah kenapa pulak budak ni?'kata DO,dalam keadaan aku separa sedar..aku dapat menangkap butir-butir perkataan namun kedengaran sangat perlahan..

'Abang..saya kat mana ni abang?'tanya aku

'Aku jumpa kau terbaring dalam bilik air tadi,kenapa kau ni Man..dengan baju habis basah..nak kata dalam bilik air tu ada swimming pool tak jugak'seloroh DO,kurang asam betul orang tua ni..aku separuh nyawa dah hilang dia boleh buat lawak pulak..huhu

'Abang..aku jumpa hantu tadi bang'terang aku

'Jumpa hantu lagi?haishh..Man..Man,kau baik hati sangat ni Man..tu yang dia orang suka sangat kat kau..hehe'kata abang DO..ishh..sakit pulak hati aku dengan dia ni..tapi aku syukur aku selamat,tuhan dah lindungi aku..alhamdullilah..segala apa yang telah berlaku pada aku selama ni telah membuatkan aku lebih dekat pada ALLAH,lebih sanjung dan lebih ingatkan dia bukan saja pada waktu sukar..tetapi juga pada waktu senang..in syaa ALLAH

Aku ambik cuti untuk beberapa hari,untuk rehat kan minda dan tubuh badan..bukan lah kebal tetapi aku yakin aku mampu berhadapan dengan makhluk tuhan yang lain selain manusia,aku kini lebih berani..

'Ha...Man,kamu macam mana?dah ok?'tanya encik Rahim

'Allhamdullilah dah ok encik Rahim,saya minta maaf la pada encik Rahim dan juga abang Dollah sebab terpaksa menyusahkan'kata aku

'Ada benda yang saya nak bincang dan bagitahu awak,Dollah dia dah meninggal'terang encik Rahim

'Innalillahiwainnailaihirojiun,bila dia meninggal encik Rahim?'soal aku

'Dah sebulan lebih'kata encik Rahim

'Sebulan lebih???tak mungkin en Rahim..baru 2,3 hari lepas saya bekerja dengan dia...saya ingat saya bukan hilang ingatan,saya ingat..kat sini saya duduk dengan dia..saya sembang dengan dia..saya gelak ketawa dengan dia..dekat sini encik Rahim'terang aku sambil menangis,bukan kerana aku takut..tetapi aku sedih rupa-rupanya aku dah kehilangan kawan yang aku dah anggap macam bapa aku...

'Sabar Man,sabar...itu yang saya nak bincang,sebenarnya saya memang dah tempatkan pengawal lain mengantikan arwah,tetapi saya dapat aduan dari dia..yang awak lansung tak bercakap dengan dia..malah awak bercakap dan ketawa sorang-sorang..awak seperti dalam dunia awak sendiri..dan dia awak rasakan tak seperti wujud'terang encik Rahim

'Maafkan saya encik Rahim..saya tak tau apa sebenarnya yang dah terjadi pada saya,saya seakan-akan boleh melihat dan berinteraksi dengan benda-benda ni..dan selama ni saya bekerja dengan abang Dollah..saya tak melihat kelibat orang lain selain abang Dollah..maafkan saya encik Rahim cukup setakat ni saya berhikmat untuk syarikat ini..saya ingin berhenti kerja'kata aku nekad

'Sabar Man,saya mengerti perasaan awak..tak apa awak balik dan awak pertimbangkan dahulu,saya boleh transfer awak ke tempat lain..awak jangan risau'pujuk encik Rahim

'Tak apa lah encik Rahim,saya yakin rezeki Allah meluas..in syaa Allah,ada rezeki saya di tempat lain..terlalu banyak kenangan dengan arwah yang susah saya nak lupakan..sekali lagi saya mintak maaf encik Rahim'terang aku sambil berlalu menuju ke toliet untuk aku tanggalkan uniform yang bukan milik aku lagi..sedih memang sedih..aku suka bekerja dengan syarikat ni..tak apa lah mungkin ada rezeki yang lebih baik di tempat lain.

Aku hulurkan semua barang milik syarikat,aku bersalam dan memeluk encik Rahim..encik Rahim memberi kata-kata semangat kepada aku sebelum aku melangkah keluar dari banggunan tu buat selama-lamanya..

Aku ingat setiap detik aku bekerja bersama dengan abang DO,nama ni akan aku kenang buat selama-lamanya..abang DO terima kasih yang tak terhingga untuk setiap nasihat dan teguran abang selama ni terhadap saya..in syaa ALLAH saya akan ziarah kubur abang DO,tenang la abang di sana..saya akan sentiasa iringi abang dengan doa..ameen..

TAMAT



__________________

aNAK maK abAH akU

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard