...Dulu masa kecik2 memg xlyn sayur ni..Enth kenapa dah tue2 ni baru suka makan...hahaha..meh cuba resepi ringkas dan sedap ni..nyummmm
Bahan-Bahan:
2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
2 mangkuk minyak masak
Bahan-bahan kisar kasar:
8-10 biji cili merah segar
7-8 biji cili api, yang berwarna merah kalau tak ada boleh campur hijau
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara Penyediaan:
Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
Angkat terung dan ketepikan.
Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini.
Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang
Tips:
Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tak cantik warna kulitnya.
Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak.
sangat sedap bila dimakan dengan nasi putih yg masih panas.