Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SAMBAL TUMIS UDANG PETAI


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:
SAMBAL TUMIS UDANG PETAI


Kalau bab petai ni memg aku suka sgt weyy...makan gitu jadi ulam pun sedp..rangup..makan2 jgk tapi jangan lebih takut nahti masuk toilet,lps kita kuar toilet..org lain xjadi masuk..fhm2 naaa..kihkih...

 

Bahan-Bahan:

  • 500 gram udang
  • 1 mangkuk ulas petai
  • 1 batang serai, dititik atau ketuk
  • 1 mangkuk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris bulat
  • 3 sudu air asam jawa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
    • 1 biji bawang besar
    • 4 biji bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 inci halia

 

Cara Penyediaan:

  1. Buang kulit dan bersihkan udang.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak.
  3. Jika sambal agak kering, tambahkan sedikit air dan kacau sehingga sambal betul-betul masak.
  4. Masukkan air asam jawa dan sos tiram kemudian diikuti serai, udang, petai dan bawang besar.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

 

Tips:

  • Udang jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras, kecut dan tidak sedap. Memadai dengan hanya kacau beberapa minit di dalam sambal dan apabila isinya sudah bertukar menjadi merah, tutup api.
  • Kalau rajin pastikan semasa menyiang udang tu , buang line/garis hitam di bahagian belakang udang dan jugak bawh udang kalau ada perasan garis hitam tu sebbnya bnda tulah boleh menyebabkan kolestrol tinggi...buanglah okey...


Attachments
__________________

wAT hAL SendIRI dER...JAGa tePI kAIN SenDIRI Okeee....

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard