Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cara² menjage keayuan (utk wanita bukan maknyah!!!)


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:
cara² menjage keayuan (utk wanita bukan maknyah!!!)


1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty)
dengan tidak
memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga
emosi, fizikal dan mental. Gunakan
masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan
wawasan secara objektif,
jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap
malam dan bangun awal setiap pagi
untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada
yang lembut, tidak
sengau atau suaranya terlalu kuat.
3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan
menggunakan perkataan yang
melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong'
serta 'minta maaf'. Jangan
gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti
bosan, sakit hati,
menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan
menyebabkan muka jadi
berkerut dan masam.
4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga.
Makanan yang berupa
ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-
buahan segar patut selalu
dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan
kulit.
5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih
dan lembut. Jangan
gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu
menggunakan bedak sejuk untuk menjaga
kulit muka. Jangan banyak berangan.
6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis.
Bersihkan rambut
tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi
sikatan ke seluruh bahagian
kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan
berkilat. Ramai
lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi
kemas.
7.Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan.
Jauhi dari
berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun.
Langkah jangan terlalu besar.
Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu
membongkok atau tegak.
Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka
elok ditundukkan sedikit.
8.Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai
duduklah dengan
cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi,
eloklah sila panggung. Jangan
mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan
bila bercakap. Cara bergerak
biarlah lemah-lembut.
9.Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan
tersengeh. Tutup mulut
bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu
senyum tapi untuk tujuan baik.
10.Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar
memandang sekeliling.
Tundukkan mata dan memandang hanya kepada
apa yang sedang anda hadapi.
Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah
terlalu kerap menjeling
walaupun kepada buah hati anda.
11.Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu
atau saudara bila
keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang
seawal mungkin.
12.Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.
Jauhi dari merungut.
Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati
orang lain.

__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Senior Member

Status: Offline
Posts: 270
Date:

Tambah lagi satu..........
Walaupun rambut mahkota setiap wanita... JAnganlah pi tayang rambut tu kat orang bukan muhrim.... Jaga rambut tu... Sebaik-baiknya.. biarlah suami kita jer yang rasa nikmat rambut seorang isteri... barulah bahgia rumah tangga.


__________________
You made me feel alright For once in my life Now I can't breathe No, I can't sleep I'm barely hanging on


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 73
Date:

tunggul,rambut ko panjang ke pendek

__________________
saya bdk comel =)


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:

tunggul01 wrote:


Tambah lagi satu.......... Walaupun rambut mahkota setiap wanita... JAnganlah pi tayang rambut tu kat orang bukan muhrim.... Jaga rambut tu... Sebaik-baiknya.. biarlah suami kita jer yang rasa nikmat rambut seorang isteri... barulah bahgia rumah tangga.


 


tunggul ko iyo ler beno, rambut pun boleh rasa nikmat ke?aku tk tau plak rambut pun ada nikmat gak..ni mesti nikmat mcm makan piza ke, big mac ke ..apa2 hal pun jg la rambut jgn mngerbang cam setengah org tuh..mcm giler siot...mmg dasar giler...



__________________
suka hati aku la..lalalalala


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

bulu hidung plak macam mana? perlukah dilayerkan bulu hidung ni atau diwarnakan dengan kaler mahogany?

pastu nak pakai wella ke, sundance ke atau meybelline?

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Ye.. ye.. bulu ketiak camne pulak? Adakah aku akan kelihatan lebih maskulin jika membuat dreadlock bulu2 ketiak aku ni atau lebih afdhal sekiranya aku kaler highlite blondekan saja? Buat Cik Datt & Cik Elly, diaorg mempunyai masalah ketiak berkelemumur, jadi cukur sehingga licin menjadi pilihan mereka..

__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."



Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:

untuk bulu kaki macam mana plak....aku bukan apa...kesian kat memeber je....si gab nih mengalami masalah bulu tak tumbuh sekata atau lebih tepat lagi kaki macam tiang jambam...kesian kat dia tuh...daha lama berubat spetal...berubat kampung...tapi takleh gak....kalau ada sesapa yang ada petua boleh menolong sedara gab kita nih...silalah pm dia....wasalammmm...pecah kaca pecah gelas....pecah pinggan pecah mangkuk...pecah rahsia...pecah lubang .....ada plak yang pecah kpala plak kang nih.....

__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.



Modestos

Status: Offline
Posts: 3401
Date:

Iskk.. ko tak payah la nak malu2 mengkarung pulak Encik MaMie Sluurpp oi.. Pura2 buat cerita aku pulak ye.. Kitaorg kat sini tak kisah la setakat ko ada masalah dgn bulu kaki ko tu.. Sedangkan Rie Cipan tu ada masalah lemah tenaga batin pun, kitaorg masih berkawan lg dgn beliau hapa? Takpe la Mie, kalau ko segan nk tanya, aku benarkan ko pura2 cerita masalah ko tu dgn menggunakan nama aku sebagai ganti.. Aku setakat tolong kawan2 ni, tak berkira sgt la..



__________________

"Sejahat-jahat manusia, adalah sebaik-baik jin. Sejahat-jahat jin, adalah sebaik-baik Mister Rie.."

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard