Tumpang aku dok free ni dan memory dok aktif lagi ni..jadi aku lantunkan aje kat sini nah..beberapa kisah pendek,tak seram pun tapi boleh la nak hilangkan ketagihan aku nak mengarang,oh btw cerita ni fresh tau..kalau depa tipu aku so secara auto aku pun Tertipu la hampa....ngeeeeeee,lets start!!
pssttttt:Aku karang dengan lenggok drama sikit,tak pa kot nohhh...
Cerita Abang Polis Bantuan(Ayop)
Ayop ni orang Kedah,dah 11tahun duduk Penang,berjodoh pulak dengan orang Penang..dah 2tahun usia perkahwinan dan bini dia tengah mengandung anak sulung.Lama sangat dah tak duty malam,tapi nak timbul kisah malam tu dia dapat panggilan untuk cover member dia.Jadi khamis malam Jumaat tu terpaksa la dia bekerja meninggalkan isteri tercinta..gituu...
Sejuk lain macam malam ni,Os aku keluar hisap rokok sat.Tengah Ayop dok layan angin subuh dekat luar...dia ternampak dari jauh seorang lelaki berbaju batik berkain pelekat berjalan,dan dia yakin lelaki tu nak ke surau.Tak rasa apa2 yang pelik so dia sambung layan asap,masa ni dia dah ubah haluan pandangan dia(dia tak tengok lelaki tu)..tapi dia mula rasa pelik dekat 5minit rasanya lelaki tu masih lagi tak melintasi padangan mata dia,sebab jarak masa dia nampak lelaki tu rasanya tak sampai 50meter..kalau betoi lelaki tu nak berjalan menuju ke surau dia sepatutnya dah lalu lama depan Ayop.
Ayop beranikan diri kalih tengok kalau2 lelaki tu mungkin dah ubah haluan dan dia bukan nak menuju ke surau..Ayop terkejut sebab dia nampak lelaki tu masih berjalan,tengah berjalan tapi tak sampai2?Ayop mula syak yang dia nampak tu bukan manusia,dia cepat2 panjat tangga nak menuju semula ke post,tiba2 dia terdengar bunyi hon motor dan suara seorang lelaki memberi salam,nak ikotkan memang dia tak mau paling dah tapi suara lelaki tu dia macam nak kenal.
'Oh Imam,waalaikumsalam Imam'Iman Kassim..dan kelibat lelaki tu hilang for sure la..Imam dah lalukan..
'Subuh Ayop'jerit Imam.
'Ok Imam sat saya p'
Apa yang jadi tadi Ayop masih lagi terbayang2,pertama kali dalam hidup dia..diusik oleh lelaki yang bukan manusia..Ayop pasti,bukan manusia..tapi dia tak cerita dekat Os..bukan apa risau kalau2 teman sekerja dia salah anggap dan ingat dia sengaja mereka-reka cerita sebab tak suka dengan duty malam..huhu
Terduduk Ayop dengan perkhabaran berita tu..malam tu apa yang dah jadi kat dia sampai kesudah dia tak cerita kat member tempat kerja dia.
Cerita Abang Despatch(Mat)
Abang Mat,orang Penang..duda tak dak anak..dia ni kalau mai ofis aku macam mai lepak kedai mamak punya lama dok menyembang..aku kalau ada mood aku layan kalau tak dak mood,banyak kerja aku buat dono ja kat dia..hehe
Pukul 12am baru ingat nak balik rumah,waktu kerja tu dah lama habis...waktu lepak tu jala yang tak akan habis..bawak motor pelan2 sambil layan angin,trafik light..stop..tengah fokus kat lampu trafik light tu,tiba2 mata Mat menangkap objek di depan yang sedang berjalan lenggok ke kiri lenggok ke kanan..dari belakang pon dah boleh agak..mesti segak punya perempuan ni..berbaju kebaya,bersanggul..perghhh...macam wanita melayu terakhir..
Mat perlahankan motor dia..bukan niat nak menggangu cuma nak bertanya kalau2 perempuan tu perlukan pertolongan.
'Cik..nak kemana?nak tumpang saya?'
Perempuan tu berpaling memandang Mat dengan pandangan yang kosong,tiada terukir senyum apatah lagi tanda2 dia ingin menjawab pertanyaan Mat tadi,tetapi raut wajah gadis itu yang seindah2 kejadian tuhan telah memukau Mat..tak ingin dia mengelip mata sesaat pun..tiba2 perempuan tu senyum,dengan senyuman yang mengerikan..aku tak pasti tahap mengerikan tu macam mana nahh..dia pederaih motor blah terus lah..tak tunggu perempuan tu terima pelawaan dia..
Perempuan tu boleh jadi manusia,tapi fikir2 balik perempuan segak mana lah yang berani berjalan sorang2 tak ditemani siapa2 tengah malam macam tu kan..
Lagi 1 cerita abang Mat,dia kalau nak kena ja mesti masa dia balik pukul 12am..dia nampak kelibat perempuan India tepi pokok berdiri tegak padang straight kearah jalan besar..dan abang Mat tak merabungkan diri nak berhenti bertanya..dia blah terus,katanya nasib baiklah minachi tu tak pandang dia masa dia terpandang minachi tu..hihihi
Cerita Aku(Cesilia)
Cerita dari aku tapi berkisahkan anak menakan aku Aura.Aura anak menakan kesayangan aku dah berusia 3tahun 5bulan dan 4 hari,Aura tak fasih bercakap lagi..so..so..little,kalau dapat dengar dia bercakap tu kira satu bonus la bagi kami.Yang aku perasan dan jarang ambik port bila mana Aura dia suka tunjuk kearah alang rumah..kerap jugak bila malam,masa tu memang tak pikiaq apa..just ingat biasa la budak2 nak main2.
Pagi pukul 1:03minit macam tu,Aura tak lena lagi..makngah dia tak dak keluar tangkap kelawar,Aura dia tak akan lena kalau tak dak orang teman dia atas katil..so aku merangkap sebagai maklong yang penyanyang teman dia..bancuh susu satu botol suruh dia lena..dok tepuk2 Aura plak dok layan susu..suasana sunyi sepi dengar bunyi kipas ja..aku yang dok tengah lali tu layan mata tiba2 terdengar Aura dok gelak2..gelak macam orang dok agah dia..terkejut aku,hujung katil dia dok tengok..
'Tu...tu...'Aura tunjuk kearah hujung katil.
Tersentap jantung aku...dup,dap,dup,dap jugak la malam tu dibuat Aura..Aura dah berhenti gelak..tapi mata dia masih melirik ke hujung katil...perlahan2 aku paling tengok..tak dak apa..hmmm..aku sambung tepuk dia suruh lena tapi mata dia masih melirik ke arah hujung katil sambil minum susu..huhuhuhu,jadi aku terpaksa la ambik insentif dengan berpura2 segar mata bukak fon dan main game dengan harapan untuk buat dia hilang fokus kat benda tu...dan akhirnya Aura pun lena dan aku pula kurang lena..mengantuk kat ofis....huhuhuhu sayang maklong ni..huhuhuhu
pssstttttt:dalam konten Aura..tu..tu..aku masih confius sama ada Aura maksudkan Hantu?ataupun Itu?
Cerita Member Baik(Diana)
Benda ni jadi malam raya tau...family Diana ni dah macam family aku...lepak,makan,tidoq kat rumah dia memang satu kebiasaan..ba dengan mak Diana orang baik2..kalau bab jamu orang,tak tertolak lah ajakan makan nasik tomato,daging masak hitam,ayam rose...Allah..niakmatt woii...raya depa mesti jamu orang makan kaw2 punya..masak pun sedap...
Malam raya biasanya memang depa nanti prepare masak untuk jamu tetamu esok..lepas bukak puasa baru nak start masak..so paham2 jala pukul berapa nak habis masak kan...confirm2 pagi raya dah baru nak setel semua..
Diana tengah sapu lantai,rumah flat dapat pulak belah hujung..mengadap pantai...angin sepoi2...fuhhh..niakmattt,jam menunjukkan pukul 3:15pagi..lepas sapu nak mop pulak...hihihi tetamu esok mai makan bergelak ketawa ja...depa tak tau macam mana tuan rumah tunggang terbalik..haha
tengah dok layan penyapu..tiba2
'Assalammualaikum...boleh saya masuk?'
Suara perempuan tiba2 menjengah masuk ke gegendang telinga Diana,sepantas kilat dia melirik ke arah pintu masuk...kosong...suara perempuan tu lembut sangat2...Diana dah mula rasa seram sejuk..tapi dia sambung jugak menyapu..konon2 tak mau ambik peduli..sekali dia berasa semacam angin sejuk belakang leher dia..terus dia simpan penyapu..tutup pintu,tak tutup lampu,masuk bilik tutup pintu..tak tutup lampu dan pura2 tutup mata dengan harapan boleh tidoq...sampai hari raya menjelma lah dia tak tidur...hahaha
Cerita Member Ofis(Abang Rahim)
Seronok kalau family members jenis sekepala..plan ja jadi plan ja jadi..macam family abang Rahim,family trip ke Cameron Highland..ramai2 berjalan seronok la kan..tetapi bila seronok sangat pun tak boleh sebenarnya..kena berpada2..kena beringat sama..
Lepas check in,letak barang2..abang Rahim dan family dia keluar semula nak jalan2..shopping2..makan2..family abang Rahim dan family2 members yang lain check in hotel berlainan..ni yang dia cerita la aku tak kepo la tanya pasai pa kan..so abang Rahim ni check in Hotel Titiwangsa,family dia yang lain check in hotel lain yang berdekatan..hotel or apartment aku tak berapa ingat..
Lewat petang jugak depa balik hotel..rehat2 kat bilik jap sebelum tiba malam nak keluar semula untuk makan malam..dalam pukul 8:00pm abang Rahim keluar semula..tapi bini dengan anak bongsu dia tak ikut sebab bini dia pening kepala dan anak dia plak mesti la nak teman ibu tercinta kann..
Family abang Rahim stay level 3,tengah2 baring dan anak dara plak ada kat depan tv sambil2 selfie..biasa la budak2 muda kann..depa berdua dikejutkan oleh bunyi orang tengah bertukang..yang pelik bunyi tu dari atas bumbung..yang depa tau hotel ni cuma 3tingkat..sepatutnya tak ada manusia yang sibuk nak buat kerja malam2 buta macam ni..bayangkan hampir 2jam bunyi tu berlangsung,bini dia dah tak tahan lagi call la si suami yang sekarang mungkin tengah seronok melayan perut..
Dapat call terus abang Rahim balik hotel,masa dia sampai bunyi tu dah tak dak...packing2 barang terus check out,tak sempat bermalam pun kat hotel tu..so depa 1 family terpaksa la tumpang tidoq dengan family members yang lain..
Balik dari Cameron yang si anak scroll balik gambar2 yang dia snap masa dalam bilik hotel,dan terjumpa satu entiti berbentuk seorang lelaki india for sure memang nampak real lelaki india walaupun samar dalam salah satu gambar yang dia snap..aku pasti sebab aku sendiri tengok dengan mata aku..abang Rahim tunjuk,aku nak mintak gambar tu tapi tak manis la kot..tu simpanan peribadi depa kan..
Ok setakat ni ja cerita simple aku..kalau aku dengar cerita lagi aku topup lagi okey..
-- Edited by cesilia on Wednesday 18th of September 2019 08:15:41 PM
-- Edited by cesilia on Wednesday 18th of September 2019 10:01:05 PM