Citer nie pun sebenarnya dah lama berlaku dan sesungguhnya berlaku di zaman yg. serba moden nie, (pelik tetapi benar) sebagaimana yg. diciterkan oleh Tuan Kodhi, Kuala Selangor bertempat di Surau Kg. Sungai Sirih Tambahan 2, Lintang Mawar, 42000 Pelabohan Klang.
Adalah seorang hamba Allah tu nak menghadapi temuduga Perkahwinan :
Tuan Kodhi : " Kamu nak bernikah ye ? "
Bakal Pengantin Lelaki : " Ye Tuan Kodhi " !!
Tuan Kodhi : " Cuba kamu Istighfar "
Bakal Pengantin Lelaki : ( Tergaru-garu kepala lalu, berkata ) " Istighfar tu macam mana Tuan? "
Tuan Kodhi : (sambil menahan marah) "Ala yg. macam biasa tu... ... , yg. kita baca lepas sembahyang"
Bakal Pengantin Lelaki : ( masih lagi tak dapat menjawab ) lalu berkata : macam nie lah Tuan, Tuan baca sikit dan saya sambung... ... "
Tuan Kodhi : ( dlm. hati berkata, "Melampau betul budak nie... ... ) "Baiklah saya baca sekerat kemudian kamu sambung ye... ."
Bakal Pengantin Lelaki : " O.K. Tuan "
Tuan Kodhi : " Astaghfirullah Al 'Azim Allazi... ." Skrg . kamu sambung "
Bakal Pengantin Lelaki : " Allazi Yuwas Suwi Supi Sudu Rinnas, Minal Jinna Tiwannas.. "
Tuan Kodhi : " Apalah kamu nie, saya suruh kamu 'Istighfar', yg. kamu baca Surah An-Nas tu buat apa... ? !!!
Nota : Dalami lah ilmu Agama, tak rugi bagi kita semua mempelajarinya, tak kira lah bagi yg. nak ditemuduga utk. bernikah atau hal-hal yg. lain... ..