Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: surat temuduga untuk jawatan kosong


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:
surat temuduga untuk jawatan kosong


Subject: Temuduga

RENUNGAN DI PAGI INI 25/04/2006 -


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda
pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan
bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, se
sungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang2 yang menghantarnya ke kubur pada
saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya
ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanan
nya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,
perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada
jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku
tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari
arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-
kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada
mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa ber
cakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku
sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat
(boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki
-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada
nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi
Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan
demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga,
maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya
baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....


--------------------------------------------------------------------------------



__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:

oooooo...ko main2 ekk biskut...nnti ko, esok akan ada yg dtg menjemput ko,,tunggu disitu!!..cewah..bagus gak posting ko ni..insap aku dibuatnye, lokasi temuduga di dlm kubur?...rasa aku tu kt umah misterie tuh..

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

ko nie kan memag layak jadi ahli nujum temberang lah....memang betul lah lokasi tu memang kat umah rie lah....hwahwahwa...tapi muat ke ramai2 nak masuk dalam umah rie nati.....

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 1121
Date:

muat punya kalau ilmu penuh didada, kalau iman meliputi hidup yg sempit jd luas..cuma ingatlah buat yg disuruh, semayang la, puasa, buat baik, sedekah insyallah yg sempit jadi luas.

__________________
suka hati aku la..lalalalala


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

yang tu biskut setuju dan sokong sgt ngan kata2 hanim....wah cayalah kat hanim...tapi kalu semua berfikiran mcm tu kan bagus....tak delah org buat jahat atas dunia nie kan......moga2 semua insaflah wahai umat manusia sekalian.....

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...


Super Member

Status: Offline
Posts: 552
Date:

semut yang aku terpijak tadi nampaknya dah dapat kerja tuh..

__________________
my idol!C.T.. adakah itu rey_mysterio?jeng..jeng..jeng..


Super Member

Status: Offline
Posts: 967
Date:

ko nie...semut tu spesis manusia mcm ko jugak ke....

__________________
Walau pun kita punyai kekasih, tapi teman tetap paling setia... Walau pun kita punyai harta yang banyak, teman tetap paling berharga...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard