Kisah ini berlaku di zaman Nabi Ibrahim a.s ketika mana baginda sedang dibakar oleh Namrud,seekor burung layang-layang yg menyaksikan peristiwa itu lalu terus terbang mencari air dan disedutnya air tersebut lalu dicurahkan ke atas unggun api itu,peristiwa itu diulang berkali-kali sehinggalah Nabi Ibrahim dikeluarkan drpd api.
Perbuatan burung itu diperhatikan oleh seekor burung yg lain lantas bertanya; "Wahai layang-layang,mengapakah kamu mencurahkan air tadi walaupun kamu tahu bahawa air yg sedikit itu tidak mampu membuat apa-apa terhadap unggun api yg besar itu?." Jawab layang-layang; "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadamkan unggun api tersebut,namun aku mesti berusaha utk menegakkan kebenaran atas kemampuan yg terdaya oleh aku, agar di hadapan Allah kelak aku tidak akan dipertanggungjawabkan kerana tidak berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman!"
-----------------------------------------
*Binatang pun punya rasa tanggungjawab, bagaimana pula kita manusia yg mempunyai akal fikiran?
__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR...
DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..