Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisam Seram Jalan Genting Sempah


Warga GENG-CERITA

Status: Offline
Posts: 894
Date:
Kisam Seram Jalan Genting Sempah


Pengalaman ni berlaku masa aku ride ramai ramai ke genting tahun 2017, kawan aku nama khairul yang baru datang dari kampung nak join ride tapi masalahnya roadtax kapcai ex5 dia mati. Si khairul ni  berkeras jugak nak join tapi aku nasihatkan dia duduk rumah je. Aku risau kalau roadblock mesti dia sangkut dengan polis. Oleh sebab dia berkeras nak pegi aku pun ok la sebab malas nak bertekak. Konvoi  tayar golek waktu petang dalam pukul 5.00 petang lepas Asar dalam 20 biji motor. Sampai atas dalam pukul 7.30 waktu maghrib. Bila sampai atas terus lepak kejap sambil hirup pemandangan malam atas gunung genting tu. Lepak punya lepak sampai lah pukul 11.45 malam. Masa tu ada group yang kena turun bawah awal sebab mereka ada program lain, dari 20 biji motor tinggal la dalam 8 biji motor yang masih di puncak genting termasuk aku dengan khairul. Masa lepak kawan aku yang turun awal tadi ada call cakap jalan highway ada roadblock besar besaran dekat tol gombak, bila cakap roadblock aku dengan lain lain ok je la sebab lesen dengan roadtax hidup, cuma masalah timbul dekat khairul sebab roadtax dia mati. Paling malang bila dia cakap lesen motor dia pun expired hampir 3 bulan...ahh sudahhh!!

 

Bincang punya bincang dan atas semangat nak bantu si khairul ni ,maka kami semua plan ikut jalan dalam iaitu lalu perkampungan Hospital Orang Asli Gombak dengan harapan tiada roadblock. Oleh kerana khairul tiada lesen dan roadtax dia ikut paling belakang sekali, kiranya ada roadblock ada masa aku dan yang lain lain hint dengan hon motor, atleast si khairul ni boleh la patah balik atau stop kejap dari tempuh roadblock (andaikata benda tu berlaku). Plan dan cantik dan kami pun gerak turun dari genting menghala jalan lama gombak tepat pukul 1.30 pagi, suasana kiri kanan memang sunyi dan sejuk. Motor masing masing laju turun bukit termasuk aku, sesiapa yang pernah lalu sana waktu tengah malam tahu keadaan sana yang agak "creepy" especially masa lalu ada tokong kecil sebelah kiri. Nak dijadikan cerita tengah syok speed motor menuruni bukit aku peratikan kat side mirror kiri kanan aku keadaan khairul dengan kapcai dia, maklum la masing masing motor cc 155 kecuali si khairul. Makin lama makin kecik  suluhan lampu motor khairul sampai terpaksa aku perlahankan motor aku untuk tunggu dia, rider lain dah pecut habis tapi memandangkan khairul tu kawan aku aku perlahankan motor aku sampai satu selekoh aku perhatikan baru jelas suluhan lampu motor ex5 khairul. Bila nampak motor khairul terus aku pecut motor turun bukit sampai depan hospital orang asli Gombak. Dekat situ rider lain dah berkumpul kecuali aku yang baru sampai dan si khairul yang tak muncul muncul. Tunggu punya tunggu tak muncul si khairul, rider lain dah pelik termasuk aku sekali. Dalam hati ni risau jugak takut jadi apa apa sebab sepanjang jalan lama gombak, kalau rosak motor dia memang susah nak mintak tolong sebab jalan situ takde rumah kecuali berdekatan dengan hospital. Risau punya pasal semua pakat naik atas balik cari khairul, masa naik atas tu rasa macam tak sedap hati sangat, tapi tak tau kenapa timbul perasaan tu. Dalam 20 minit kami terserempak dengan motor khairul, tapi si khairul tiada kat situ...ah sudahhhhhhh!!! mana pulak mamat ni. Kami naik atas lagi dalam 10 minit baru terserempak dengan khairul, tapi dalam keadaan muka pucat dan  mengah macam orang kena kejar. Rider lain dah pelik dan tanya khairul apa dah terjadi tapi dia diam, tapi aku perati mulut dia kumat kamit macam baca doa walaupun aku tau dia ni hanya reti doa makan je.

 

Soalan pertama khairul tanya aku "derrr nanti jalan kasi aku duduk depan tau??"....

 

aku balas balik "ok derr, kalau kau tak cakap memang kitorang suruh ko duk depan...takut hilang lagi"


Lepas tu aku bawak khairul dekat motor kapcai yang dia tinggalkan tadi dan kami semua terus pecut turun tapi kali ni dia duduk paling depan. Kami berhenti kejap dekat kedai mamak untuk minum, oleh kerana lewat malam semua rider terus balik kecuali khairul dengan aku. Itupun sebab permintaan khairul nak pekena teh tarik so aku layankan je la. Rupanya ada benda khairul nak cerita dekat aku pasal kes tadi. Dia cerita tu tak pasti aku nak percaya atau tak tapi berdiri jugak bulu roma aku bila dengar kisah dia. Dia terus bukak cerita.....

 

Masa khairul bawa motor dan terpisah dengan group lain, dia nampak ada roadblock depan dia. Dari jauh dia nampak ada kon tulisan "Polis" dengan lampu neon, dia berhenti kejap dan sempat tenung roadblock sebelum buat pusingan uturn cepat cepat dengan niat untuk naik atas balik dan tunggu dekat petronas genting sempah. Semasa dia naik atas menghala ke genting dia terserempak lagi dengan roadblock polis, kali ni dia dah mula rasa pelik dan tak sedap hati sebab baru turun tadi tapi tiada roadblock, dan kalau buat roadblock pun takkan la begitu cepat. Dia sempat berhenti dan patah balik menuruni bukit tapi dia beritahu dekat aku kali ni dia bawa motor betul betul perlahan sebab nak intai roadblock pertama tadi. Dia nekad redah roadblock pertama sebab tak guna dia patah balik naik atas sebab sama je ada roadblock jugak. Khairul kata masa dia bawak motor perlahan lahan menuju roadblock tu dia perasan ada dua polis tunggu depan tapi bukan dengan kereta polis tapi dengan van. Bila sampai je depan roadblock khairul berhenti sebab dari jauh polis tu dan tunjuk isyarat berhenti. Bila berhenti terus tangan polis tu pegang dan tahan handle motor dia. Masa berhenti khairul dengan gabra tak pandang polis tu terus raba poket belakang amik lesen dia walaupun dia sendiri dah tau lesen tu expired. Bila dia nak serahkan lesen dia angkat visor helmet tinted hitam tu dan terkejut bila pandang muka abang polis tu. Muka polis tu rata macam kulit telur dengan darah penuh melekat di muka, dia pandang lagi polis sebelah tu pun sama jugak muka rata dengan kesan darah. Dengan mengigil dia lompat dari motor terus cabut lari menghala ke genting. Paling seram dan tak boleh aku lupa bila khairul cerita masa dia lari tu dia sempat pandang belakang dan nampak dalam van tadi tu rupanya ada bentuk keranda mayat dan mahkluk berbentuk polis tu mengejar dia. Makhluk tu kejar bukan dalam keadaan berlari tapi dalam keadaan melompat, sebijik macam hantu pocong melompat. Lari punya lari sampai la satu tahap khairul ni penat sangat berlari naik bukit dan dia dah give up.  Last sekali dia duduk tepi jalan tapi dalam keadaan mata tertutup sebab takut sangat...dan pada sama tu la dia terdengar bising bunyi motor kami yang duk puas mencari dia

 

Lepas dia cerita kisah tu aku baru terfikir yang follow belakang aku tu khairul atau benda lain? , dan aku baru perasan masa aku intai dekat side mirror baju khairul warna kuning tapi yang follow aku selepas selekoh tajam tu warna merah..semoga kisah ni dapat jadikan pedoman korang bila lalu jalan lama gombak (hospital orang asli) menghala ke genting. 



__________________
buduh cam lembuuu
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard