Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Play Mobile Java Game At Your PC !


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 36
Date:
Play Mobile Java Game At Your PC !


Ramai orang tertanya-tanya samada permainan java untuk telefon bimbit boleh dimainkan atau tidak pada komputer peribadi. Jawapannya adalah "YA". Ya, anda boleh main permainan java telefon bimbit pada komputer peribadi anda. Untuk maklumat lanjut, sila baca seterusnya..

Begini caranya untuk membolehkan anda main permainan java pada komputer anda.

Step pertama, anda mestilah ada Java 2 Platform, Standard Edition (J2SE) dalam komputer anda. Anda boleh mendapatkannya secara percuma di sini
http://java.sun.com/j2se/1.4.2/download.html

Step kedua,
Anda mesti ada perisian yang membolehkan anda membuka aplikasi J2ME (Java 2 Micro Edition). Untuk itu, anda perlu ada J2ME Wireless Toolkit. Perisian ini anda boleh mendapatkan secara percuma di http://sdlcweb2c.sun.com/ECom/EComA...LMLoadBalanced=
tetapi anda perlulah daftar di laman itu sebelum anda boleh download. Ianya hanya memakan masa selama 2 minit. mudah sahaja.

Step ketiga,Install perisian yang telah anda download tadi. Mula mula sekali install J2SE, untuk install J2SE, ianya mudah sahaja, hanya perlu ikut step step yang diberikan. Untuk install J2ME, setup akan meminta dimana direktori "Virtua Machine". Jika anda install J2SE secara default, "virtua machine" sepatutnya berada di C:\Sun\AppServer\jdk walaubagaimanapon, setup akan mencari direktori tersebut secara automatik, so anda tidak perlu risau, hanya klik next next sampai habis install.

Final Step
Sekarang ini anda telah memenuhi keperluan minima untuk main permainan java di komputer anda. Untuk main permainan java, anda perlu membuka fail *.jad, bukanlah fail *.jar. Anda tidak boleh membuka fail *.jar. Jika anda hanya ada fail *.jar, sila download JadGenerator dari http://www.subfuture.com/nokia/jadgen.zip ia akan membina fail .jad untuk anda secara automatik.
Sebagai contoh, permainan anda adalah game.jar dan disimpan didalam C:\ , anda hanya perlu mengisi c:\game.jar dalam JadGenerator dan perisian tersebut akan membina fail .jad didalam folder .jar tadi.

Sekarang anda boleh main permainan java dengan fail .jad, Secara default, anda boleh terus klik dua kali pada fail .jad dan secara automatik J2ME akan dibuka, atau anda boleh membuka fail .jad melalui Start>Program>J2ME Wireless Toolkit 2.1>"Run MIDP Application ..." dan pilih fail .jad anda. Sekarang anda sudah boleh main permainan java pada komputer anda.


Senarai aplikasi yang anda perlu ada ialah
- Standard Edition (J2SE) v 1.4.2 (51.5MB)
j2sdk-1_4_2_06-windows-i586-p.exe
http://java.sun.com/j2se/1.4.2/download.html

- J2ME Wireless Toolkit (14.3MB)
j2me_wireless_toolkit-2_1-windows.exe
http://sdlcweb2c.sun.com/ECom/EComA...LMLoadBalanced=

- JadGenerator (226KB)
jadgen.zip
http://www.subfuture.com/nokia/jadgen.zip



Jika pc anda "hang" semasa menginstall J2SE, cuba restart dan install semula, jika tidak berjaya, re-install windows sepatutnya dapat menyelesaikannya.

Terdapat juga java game yang tidak dapat dimainkan. Masalah ini tak dapat diselesaikan.. mungkin kerana ia tidak menggunakan J2Me atau sebagainya dalam pengaturcaraan.


__________________
Hidup Mesti Di Teruskan.....Hidup ini Penuh Dengan CabaraN..Berhati Hati....


Senior Member

Status: Offline
Posts: 201
Date:

boleh atau tidak anda bermian bola dalam rumah?


biasanya orang main bola di padang, paling tidakpun kat dewan - futsal lah tu.... kalau dalam rumah macamna?


nak main buleh, tapi risikonya?



__________________
CYBERCOM(My Company) Website Aku Naruto Malaysia
fi3


Super Member

Status: Offline
Posts: 816
Date:

game enpon apa best sgt...


__________________
kalau kuat, tunjukkan kekuatan,
kalo pandai, tunjukkan kepandaian,
kalo berani, tunjukkan keberanian,
kalo malu, tunjukaannnn.....err...ehm....aper ekk????
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard