Ini pula kisah lucu yang pernah adik Lin alami. Bukan Lin tau, adik Lin. Nama dia Sakinah. Tapi, Lin panggil adik jek…
Masa tu Lin berumur 7 tahun sementara dia pula dalam 5 tahun. Kami bersama keluarga bercuti ke Kota Kinabalu. Semasa kami tengah syok round Centre Point, dengan rasa seronok dan riangnya, kami meredah masuk ke salah sebuah kedai permainan kanak-kanak. Sekali masuk, pelbagai mainan menarik hati, namun sekali tengok abah dan keluarga yang lain-lain semua kat luar jer… Langsung tak masuk. Lin pun lari tinggalkan adik sorang tengok mainan. Dia tak perasan pun Lin dah keluar dari sana. Setelah teriak beberapa kali, baru dia perasan.
Dengan sepecut-pecutnya, dia berlari meredah segalanya hanya kerana takut ditinggalkan. Sekali, BAM! Diredahnya cermin kedai tu, nasib baik tak pecah. Orang keliling asyik ketawa dengan malang yang menimpanya. Emak pantas melihat kepalanya. Jeng… Jeng… Jeng… Ada telur sebiji. (Benjol)