Sifat tergesa2 ada lah lawan dari sifat sabar.Orang mukmin yang tergesa gesa akan gagal dalam perjalanan hidupnya,dan ianya menjadi sumber gelak ketawa iblis laknatullah.Oleh itu dikatakan dalam syair:"Tergesa gesa itu dari perbuatan Syaitan."
Tergesa gesa hanya dibolehkan dalam lima perkara iaitu:
1) Menguburkan mayat.
2)Mengahwinkan anak perempuan
3)Membayar hutang.
4)Taubat setelah melakukan perbuatan derhaka.
5)menghidangkan makanan bagi orang yang dalam musafir(tetamu).
Selain daripada kelima lima sebab tersebut,diharamkan berbuat secara tergesa2,kerana ianya hanya menjadi sumber rujukan bagi iblis untuk tertawa.