Jee....Tanggal 30 hb masih jauh Telah lama aku tidak menemui mu. Rindu ku kian membara memuntah kan segala lahar2 merah bagai gunung merapi
Jee..... Tidak sabar rasanya menanti kehadiran mu Tanpa mu,hidup ku sering diulit kesedihan dan keresahan Pada siapa mesti ku mengadu… Kerna teman2 jua senasib dgn ku Menghabiskan sisa mu hingga termampu
Jee.... Kini aku kegersangan Sejak pemergian mu aku sering bersendirian termenung memikirkan nasib diri Sampai bila santapan harian ku magie?
Jee... Bukan aku tidak menghargai mu Juga bukan aku tidak menyayangimu Aku terpaksa mengorbankan mu sayang Sebelum aku yang terkorban.
Jee… Hadir lah kedalam poket seluar ku ini Yang kini hanya di penuhi siling 5,10 dan 20 sen Kerana bila setiap kali ku melangkah Ia akan mengalunkan bunyi merdu…Ting,ting,ting
Jee… Aku mesti membayar segala bil2 bulanan Api,air,astro,kereta, hatta bil streamyx sekalipun. Andai streamyx ku di potong Bagaimana harus aku berbicara,berhubung dan berinteraksi dgn Si Samdol samseng kampong Dusun di forum ni.
(Jee di maksud kan di sini ialah gaji.Ia tiada kena mengena Jamilah atau Fauziah latif.)