Barangsiapa membacanya sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membacanya sebanyak 50 kali dihadapan org yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembacanya.
2) Surah Al-Fatihah (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara solat sunat ataupun selepas solat, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Dan barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap2 solat fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaanya serta bercahaya rohaninya.
3)Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali setiap lepas solat fardhun nescaya terpedaya dari tipudaya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan ketika dibaca ketika tidur akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membacanya, nescaya Allah akan kurniakan ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa yang selepas wuduk lalu membacanya sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk pembacanya sehinggalah hari kiamat. Hadith lain mengatakan: Barangsiapa membaca ketika hendak tidur Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh dan mengurniakan kota Nur menurut bilangan rambutnya. Jika si pembaca mati pada malam itu ia dikira mati SYAHID (insyaallah). Barangsiapa membacanya setiap selepas solat fardhu akan terpelihara dari kekerasan sakaratulmaut dan Allah sendiri mencabut rohnya dan dia akan dibangkitkan bersama para mujahid bersama para anbiya hingga ia gugur mati. Dan barang siapa membaca sekali nescaya Allah akan menghindarka darinya 1000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan dan 1000 kesukaran ukhrawi yang terkecil sekali ialah azab neraka.
Allahua'lam....
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
aku kalu dalam kesusahan yg teramat sgt selalu amalkan membaca al-fatihah 41kali sama ada slps solat maghrib ataupun slps solat hajat selepas itu pohonlah doa atau hajat kita. Insyaallah kalau diamalkan dgn hati yg khusyuk dan ikhlas Allah akan makbulkan doa kita. Alhamdulillah setelah aku amalkan Allah akan bukakan jln ke arah penyelesaian masalah kita.
Satu lagi.... jika kita amalkan ayat Manzil (diambil dari himpunan ayat2 Al-Quran) insyaallah hajat kita, terutamanya bila kita dalam kesusahan yang teramat sangat akan dimakbulkan Allah... Tuhan sentiasa menolong orang yg sabar dan sentiasa merayu kepada-Nya....
_____________________
Sekadar menyampaikan sebagai ilmu....
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah