Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tanda² Sakaratulmaut


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:
Tanda² Sakaratulmaut


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh
mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu
Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-
akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu
yang
baru saja disembelih dimana jika diperhatikan
dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang
sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah
tanda
mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap
begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang
sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah
mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari
pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut
dan mula membuat persediaannya ke atas kita,
antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini
akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini
terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat
maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya
untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba
ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita
selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang
yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar
lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-
lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya
dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke
dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-
lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita
akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu
di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan
kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan
satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya
akan
turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang
telah menghidupkan kita dan sekarang akan
mematikan pula.

Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak.
Forward this buletin... may ALLAH SWT bless you.
saling berpesan-pesanlah sesama kita.
Wallahualam..


(Kalau ada sesiapa yang tahu dengan lebih
terperinci
kesahihan atau kebenaran artikel ini tolongllah
beritahu ye....) 


__________________
siapa yg kiut? ya.. itu aku!!
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard