Seorang Juru Ukur pulang ke rumahnya dalam keadaan kusut masai dan kurus kering setelah seminggu hilang semasa membuat kerja-kerja pengukuran di hutan. Melihat keadaan tersebut, isterinya bertanya,"Kemana abang pergi selama seminggu?"
Juru Ukur tersebut pun menceritakan kisahnya, Juru Ukur: Semasa abang asyik mengambil ukuran tiba-tiba muncul beruang besar. Abang pun lari sekuat hati sampai beruang itu tak dapat kerja abang lagi.Tak pernah abang lari sepantas itu. Isteri: Habis tu, kenapa baru sekarang abang balik? Juru Ukur: Abang tak larat dah nak lari, jadi abang jalan kaki jela.Tu yang lambat sampai umah nie. Isteri: Jauh ke abang lari? Juru Ukur: Lupa plak abang nak ukur!