- Hubungan seks mendedahkan remaja kepada penyakit kelamin (STD)
- 80 peratus mereka yang mengidap STD tidak tahu mereka sudah dijangkiti
- 63 peratus daripada 12 juta pesakit baru STD setiap tahun adalah remaja berusia bawah 25 tahun
- Kehamilan remaja (bawah 15 tahun) mendedahkan risiko kematian dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding ibu berusia 20-24 tahun.
- Bayi kepada ibu kurang 15 tahun-tiga kali ganda lebih tinggi menghadapi risiko kematian dalam 28 hari pertama selepas kelahiran.
- Kebanyakan ibu muda keciciran peluang untuk belajar dan mendapatkan pekerjaan yang baik.
- Pengguguran tidak selamat sama ada dilakukan oleh bukan pengamal perubatan terlatih atau menggunakan kaedah yang tidak saintifik boleh mengakibatkan komplikasi kematian, kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan pada organ pembiakan.
- Remaja perokok terdedah tiga kali lebih mungkin menggunakan alkohol, lapan kali lebih mungkin menggunakan ganja, 22 kali lebih mungkin menggunakan kokain dan lebih terdedah kepada amalan berisiko tinggi seperti pergaduhan dan seks rambang.
- Jane Roe (Norma McCorvey), yang pernah hamil tanpa kahwin pada usia 20 tahun dan berjaya memperjuangkan Akta Pengguguran pada 1973 kini menyesal kerana melakukan pengguguran. Beliau kini menentang pengguguran bayi
true..true..so jgn la sesape wat mende nie sume..terutamenye remaje cam beta...hehehecontohi la beta yg sentiase bsikap baik n dhormati oleh sume lapisan masyarakat..hehehehe
fariesya wrote: true..true..so jgn la sesape wat mende nie sume..terutamenye remaje cam beta...hehehecontohi la beta yg sentiase bsikap baik n dhormati oleh sume lapisan masyarakat..hehehehe
riaknya ko pariesya...huhu..riak tahap gabriel..eh slah..gaban...