Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SALAH SENDIRI..


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:
SALAH SENDIRI..


....dipetik dr lanun online...time kasih manager..king pirate..


SALAH SENDIRI


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Zana lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Zana lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Fiza dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Zana hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.


"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Fiza dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Zana. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya.


Pedal minyak ditekannya lagi dan Proton Perdana V6 mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur. "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Zana terjaga dari tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Zana takut." Zana cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Zana...tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.


"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Zana tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!! "Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.


"Mana Zana mak? Macammana dengan Zana mak? Fiza, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Zana?" Usin masih terus menangis.


PANGGG!! Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.... ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian.


Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi...


 



__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard