Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mungkin Bodoh


Senior Member

Status: Offline
Posts: 320
Date:
Mungkin Bodoh


Tersebutlah alkisah suatu crita yg berlaku kepada Lijah binti Tempoyang. Ada pun kawasan tempat Lijah tinggal dan membesar amatlah jauh drpd bandar ataupun pekan. Oleh kerana berasal drpd keluarga yg miskin maka Lijah tak pernah kluar pergi ke bandar atau pekan untuk berhibur, bersuka ria atau membeli barang2 keperluan harian. Namun tuah dan rezeki Lijah terserlah apabila dia menjadi jutawan segera setelah kerajaan membayar sejumlah wang yg tinggi kerana membeli tanah pusaka keluarga Lijah utk dimajukan. Punyalah happy Lijah ni sebab lepas ni boleh la dia berhijrah ke bandar dan memulakan hidup baru. Namun Lijah ada simpan niat nak pergi melancong ke K.L dan tinggal di hotel 5 bintang. Maka setelah menadapat restu dr saudara mara, maka Lijah pun pergi ler kluar melancong ke KL dan dia ambik keputusan nak tinggal kat Hotel Istana. Setelah book bilik dan membayar wang pendahuluan, maka seorg bell boy ditugaskan utk bwk Lijah ke biliknya. Lijah dgn excitednya terus ler ikut bell boy tu utk masuk ke biliknyer tetapi alangkah marahnya Lijah apabila melihat bilik yg diberi kpdnya teramatlah kecil dan sempit sekali. Melihat kpd diskriminasi itu, Lijah terus memarahi bell boy berkenaan.. "Wahai saudara, sampai hati kamu semua mempermainkan saya!! Kamu tipu saya kata bilik kat sini semua besar dan selesa hingga saya terpedaya bayar sejumlah wang yg byk kpd hotel kamu!!!Aku mungkin bodoh dan tiada pengalaman krn bertahun duduk di hulu, tapi itu bukan alasan utk kamu beri saya tinggal di bilik yg sekecil ini. Klau camtu, pulangkan duit saya sekarang!!!!!!" Melihat Lijah yg dah naik angin si bell boy dgn tenang pun menjawab " Makcik, kami di sini tak pernah bezakan org dr hulu atau dr tgh kota. Ini bukan bilik makcik tapi ini adalah LIF!!". Lijah yg malu tak terkira terus terkedu hingga sampai dibawa ke biliknya yg sebenar. =)


__________________
sembahyang lah ko sbulum ko disembahyangkan
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard