Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: surat utk wanita sempena deman world cup.......!!


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 38
Date:
surat utk wanita sempena deman world cup.......!!


Untuk isteri / awek/ kekasih tersayang*,Dimana saja berada
Ayang /Anja / Honey /Darling / Dinda / Intanpayung / gunung berapi etc *

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa
menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati
ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga
ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan
yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang
telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang
agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang
akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb
Jun 2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan
sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah
untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk
mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan
cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita
sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2006 di Jerman.
Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika
tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh
itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.


4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang
akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari
bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi,
abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang
digemari. Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada
masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut,
ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun
merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika
ayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut, pastikan
ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut ayang akan
demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk
membawa ayang ke klinik dan juga melayan ayang selepas itu.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak
dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat
air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada
ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk
abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan
bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau
commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini
terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada
diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting.
Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu
merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa
jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang
memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.


10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk
menyaksikan perlawanan langsung bersama- sama, maka ayang perlu bersiap
sedia dengan kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut : siib
baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan
rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League,
Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang
abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut
atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah apa saya yang
ayang mau?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka
dan janganlah merungut ?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.


Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan

__________________
saer erk


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

macam da penah baca da sblm ni...awak copy dari memane ek..

__________________
l i k e n o o t h e r


Senior Member

Status: Offline
Posts: 320
Date:

eh3 ade perkataan yg paling aku ske ah iaitu maju lah sukan untuk negara.semoga maju jaya

__________________
sembahyang lah ko sbulum ko disembahyangkan


Super Member

Status: Offline
Posts: 562
Date:

 


sebagai wanita aku boleh menyokong.. tapi yg no 6 tak boleh sbb aku pun nak tgk world cup.. huhu...GOALLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




__________________
-forget about someone
who broke ur heart yesterday
but don't forget about someone
who loves u tenderly today
think it... do it..-
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard