Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: pizza hut pada thun 2080


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:
pizza hut pada thun 2080


Pesan PIZZA Tahun 2080
Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia

Slamat dtg ke dunia IT.

Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850

Operator :
terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu....

Pelanggan :
heloo,saya nak pesan pizza

Operator :
Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan :
OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator :
Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang
Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah :
03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999 dan no telefon bimbit : anda 016-6666222 ,encik menelefon dari mana ?

Pelanggan :
dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya ?

Operator :
Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan :
Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pekej family

Operator :
Itu bukan idea yang bagus encik

Pelanggan :
kenapa pulak ?

Operator :
Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras normal.

Konsumen :
Jadi awak rekemenkan apa ?

Operator :
Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan :
Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator :
Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.

Pelanggan :
Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg sayapesan
tadi?

Operator :
Tapi pekej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah keseluruhan adalah RM80.00

Pelanggan :
Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator :
Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad
Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan :
Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator :
Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00

Pelanggan :
Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. berapa lama Pizza akan di hantar ?

Operator :
sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai pakcik.

Pelanggan :
APA ????

Operator :
Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan pakcik ?

Pelanggan :
Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah ni??!!,

Operator :
Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan :
(Terdiamm....)

Operator :
Ada nak tambah yang lain encik ?

Pelanggan :
Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan ?

Operator :
Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil sebarang risiko.....

Pelanggan :
KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA !

Operator :
Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....




__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

best r cite ko n...



__________________
-lalalalalala-


Super Member

Status: Offline
Posts: 1613
Date:

hihihi...susah la klau mcm ni ek...terlalu canggih dah..tapi x mustahil gak 1 hari nanti jadik camni..

__________________
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



aSya was here ..


Senior Member

Status: Offline
Posts: 320
Date:

best ah crite ni.tapi operator mcm sial je.smua rekod die bukak.sedap ati die je

__________________
sembahyang lah ko sbulum ko disembahyangkan


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:

eheehh.....tu lah pasal.....aku rasa nak k0mpang jew..
tapi kalau memang ada..s0 ape lagi...satle kan dulu
utang2..baru leh oder pizza~!

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......



Super Member

Status: Offline
Posts: 1203
Date:

makan nasik dengan air sirap lagi best............

__________________
Copyright © Cik Datt Sendirian Berhad. 2006. All Rights Reserved.


Super Member

Status: Offline
Posts: 1114
Date:

datt wrote:


makan nasik dengan air sirap lagi best............


aku sokong...idup cik datt..


hoh...tetiba tersokong si datt lakk....nasik je ke datt ooii...takde lauk..


patut la  cikeding...cuba tiru cam cik parisya tuh....ngan dulang2 skali di bahamnya..



__________________
~~~~melurr harum di hujung halaman....


Super Member

Status: Offline
Posts: 1745
Date:

mampus aku tak beli pakai on-line. better pegi beli sendrik... mana tau pelayan dia cantik... ayat skit baru dapat diskaun..

__________________
the_gas_bee.gif Apa hal tengok aku kencing!!?


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 38
Date:

hehehehe alamat nyer makan loti lor....

__________________
saer erk


Chief Executive Officer

Status: Offline
Posts: 7977
Date:

hoh... aku dah check database... rekod aku berak bila dan pukul berapa pun ada dalam database ni.... kuang hajar terus.... sapa la yang cipta database ni ye... bagus sungguh.... bagus untuk dibuat rakan sepak terajang...

__________________
Misteri, dulu, kini dan sampek bila-bila


Super Member

Status: Offline
Posts: 3238
Date:


Mister Rie wrote:

hoh... aku dah check database... rekod aku berak bila dan pukul berapa pun ada dalam database ni.... kuang hajar terus.... sapa la yang cipta database ni ye... bagus sungguh.... bagus untuk dibuat rakan sepak terajang...



erk mister_rie...amp0o0o0on~!

huk huk hukk

__________________

aku adalah Aku......Salam Semua......

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard