Kuala Lumpur, Khamis - Artis dan selebriti antarabangsa terkenal, Angelina
Jolie, akan melawat Malaysia dalam waktu terdekat ini. Jurucakap artis itu
hari ini mengesahkan bahawa teman lelaki artis itu, Brad Pitt, dan anak
mereka berdua, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt, akan membuat lawatan tersebut
sebaik sahaja Angelina sihat dan sembuh dari pembedahan caesarian yang
dilalui oleh Angelina tempoh hari.
"Kami benar-benar teruja untuk melawat Malaysia", ujar Brad Pitt yang
telah menemani Angelina sepanjang kelahiran anak mereka berdua. "Ini
memang hasrat Angelina sejak kami mengetahui bahawa Angelina mengandungkan
anak kami".
Jurucakap kedua-dua artis itu menafikan bahawa penerbangan dari Namibia ke
Malaysia akan memenatkan kedua-dua Angelina dan Shiloh Nouvel kerana
mereka mempunyai pesawat jet peribadi. Penerbangan selama 7½ jam itu akan
ditemani oleh doktor peribadi mereka, Dr Philip Kingston-Smith, untuk
memastikan kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan selesa dan selamat.
"Angelina Jolie sebenarnya sangat teringin untuk membawa anak beliau untuk
menemui bapa angkatnya di Malaysia", ujar jurucakap itu lagi. "Brad dan
Angelina Jolie akan menemui bapa Angelina, artis terkenal Malaysia, M Rajoli untuk beberapa hari sebelum berangkat pulang ke Amerika Syarikat". - Berita Hairan.
siot!!!! terkena aku.....saper ler antar emel ni kat aku......tapi takper aku post plak kat sini..... takkan aku sorang jer yg terkena kan??....muahaahhahaa......