Tersebutlah tiga al-kisah hidup mengenai jurutera dan para jurujual...
Kisah pertama:
Sekumpulan 11 orang lelaki dari sebuah syarikat sedang bergantung pada seutas tali di bawah sebuah helikopter yang sedang berada di udara. Kesemuanya terdapat 10 orang jurujual dan hanya seorang jurutera.
Oleh kerana tali tersebut tidak kuat & tidak boleh bertahan lama untuk menampung berat badan kesemua 11 orang lelaki itu, mereka pun memutuskan agar seorang daripada mereka terpaksa melepaskan tali itu untuk menyelamatkan 10 orang yang lain.
Mereka tidak dapat memutuskan siapakah yang patut berkorban secara sukarela. Lama-kelamaan si jurutera tunggal itu pun bersuara yang dia bersedia melepaskan tali oleh kerana sebagai jurutera memang dia biasa melakukan sesuatu yang berfaedah demi untuk kepentingan syarikat. Dia sering berkorban dengan selalu meninggalkan ahli keluarganya, tidak menuntut segala apa elaun yang sepatutnya serta banyak pula melakukan kerja lebih masa tanpa mendapat apa-apa bayaran pun.
Sebaik sahaja selesai mendengar ucapan yang sungguh mengharukan olih si jurutera itu, kesemua para jurujual itu pun mula bertepuk tangan masing-masing...
Pengajarannya: Jangan mudah memandang ringan potensi ‘kehandalan’ seseorang jurutera...
__________________
DuLu AkU SuKa TgK AvAtAr Aweks_HapPy nGaN pHiA PuNyEr LeLaMeR...
DuLu AkU SgT sUkE mKN DoNaT.. SkAnG AkU TaNaK jAdI pEnAkUt..