kalau anda fikir anda masih islam...bacalah kalau tidak......Allah saja yang tahu... Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik " "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu" Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...
" Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama
Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. wallahuaallam
erk.. aku rasa menda ni dah ada.. ahh.. tak kira, nak post gak...
__________________
Walau pun kita punyai kekasih,
tapi teman tetap paling setia...
Walau pun kita punyai harta yang banyak,
teman tetap paling berharga...
memang lawak bila ADA ORANG SANGGUP NGADAP KOMPUTER SEJAM DUA TANPA MERASA LENGUH2, TAPI NAK LUANGKAN MASA TAK SAMPAI 30 MINIT UNTUK SEMBAHYANG RASA CAM NAK REBAHH JERRR....
SEMOGA KITA BUKAN TERGOLONG DALAM KUMPULAN TERSEBUT..AMINNN....
adehh...pasni aku kena tulis dr mana aku baca cite2 ni sume...bila terbaca posting nih letih otak aku menerawang ke web2 nak cari sumber asalnya dr mana...huhu
Lawak kan..... sembahyang jumaat 20 orang tadi tidak sah termasuk imam tu sekali kerana syarat sahnya sembahyang Jumaat ialah 40 Jemaah.... sekiranya kurang ia tidak sah dipanggil sembahyang Jumaat tetapi dia akan dipanggil Sembahyang Zohor sahaja... sahkah sembahyang zohor mereka kerana mereka hanya sembahyang 2 Rakaat? So secara ilmiahnya 20 jemaah tadi dan 2 orang yang melakukan huru hara itu telah berdosa besar kerana meninggalkan sembahyang Jumaat.......
Walaupun cerita di atas adalah perumpaan untuk nasihat-nasihat yang bagus dibawah cerita ini.. tetapi kita tidak boleh menyesatkan fakta yang paling wajib dimana fakta paling asas dalam nasihat di atas ialah 20 jemaah yang tinggal meneruskan sembahyang jumaat mereka dan sekiranya tiada orang menegur maka lagi berdosa la satu kampung kerana tuk imam sendiri tak tahu sembahyang mereka tak sah... fardhu kifayah tu.... tapi tak dinafikan nasihat-nasihat sindiran selepas cerita tu semuanya sangat berguna dan betul... cuma perumaan cerita di atas tu je memang tak tepat dan salah terus....
Ingat!! Berhati-berhati kita nak buat perumpamaan walaupun ia sebuah kata-kata pujangga yang paling manfaat!!!
terima kasih atas teguran tu....mcm nie org yang kita nak cari...ade yang tak kena perlu ditegur dan diberi nasihat...tapi tak mcm setengah org kan pantang ditegur mula nak melenting pada hal kesalahan tu memang jelas dia yang buat tp tak nak mengaku...
__________________
Walau pun kita punyai kekasih,
tapi teman tetap paling setia...
Walau pun kita punyai harta yang banyak,
teman tetap paling berharga...
Walaupun begitu fuqahak Asy-Syafii menghukumkan solat Jumaat yang dilakukan oleh jemaah yang kurang dari 40 orang sebagai tidak sah, kerana berpegang dengan hadis yang menjelaskan solat Jumaat perlu mencukupi bilangan 40 orang. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dari Jabir bin Abdillah. As’ad bin Zararah yang merupakan orang yang pertama mengumpulkan orang ramai untuk mendirikan solat Jumaat melakukannya dalam jemaah yang terdiri dari 40 orang yang bermukim.
Dalam sejarah hidup Rasulullah SAW sendiri menjelaskan baginda melaksanakan solat Jumaat dalam bilangan yang tidak kurang dari 40 orang sebagaimana yang dijelaskan oleh syeikh Taqiyyuddin Al-Husaini dari kalangan fuqahak Asy-Syafii. Ini bermakna jika bilangan 40 orang tidak wujud, maka hukumnya tidak boleh ditunaikan solat Jumaat sebaliknya ditunaikan solat Zohor sahaja.
Sila rujuk buku: 1. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat DN 200
Walaupun begitu fuqahak Asy-Syafii menghukumkan solat Jumaat yang dilakukan oleh jemaah yang kurang dari 40 orang sebagai tidak sah, kerana berpegang dengan hadis yang menjelaskan solat Jumaat perlu mencukupi bilangan 40 orang. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dari Jabir bin Abdillah. As’ad bin Zararah yang merupakan orang yang pertama mengumpulkan orang ramai untuk mendirikan solat Jumaat melakukannya dalam jemaah yang terdiri dari 40 orang yang bermukim. Dalam sejarah hidup Rasulullah SAW sendiri menjelaskan baginda melaksanakan solat Jumaat dalam bilangan yang tidak kurang dari 40 orang sebagaimana yang dijelaskan oleh syeikh Taqiyyuddin Al-Husaini dari kalangan fuqahak Asy-Syafii. Ini bermakna jika bilangan 40 orang tidak wujud, maka hukumnya tidak boleh ditunaikan solat Jumaat sebaliknya ditunaikan solat Zohor sahaja. Sila rujuk buku: 1. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat DN 200
kali ni aku cam betul2 respek la kat mister rie.....tabik cippp.....