Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.
Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi meninggalkan mak yang kesorangan. Anak-anak semua dah besar.. kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada erti.... selamanie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll... pasti telefon mereka sepuya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada di Perak menemani mak yang terus menangis.
Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah syahadah... ditelinga kirinya... dan aku ketika itu mengucap ditelinga kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang.... abah memandang jauh kehadapan dan mata nya keatas.... saambil mengucap dan memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang... sem oga roh abah ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari seratus orang... syukur abah dikebumikan dengan selamat.
Sejam sebelum kematian .... sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga. Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan. Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.
Apabila Izrail datang mengambil nyawa.... kita takboleh mencepat atau mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah masa tu. Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata. Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah. Pertama kali naik van jenazah, pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari , pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur, pertama kali menjirur air mawar... semuanya pertama kali. Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi.
Aku memandikan abah...... memasangkan kain ihram sebagai kain kapan. Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi.... pipi kanan.... pipi kiri ..... dan bangun.... tetiba hati aku ingin terus mencium lagi... aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium abah. Tetapi apabila dah besar sudah lama tidak mencium pipinya. Ya Allah.. tuhan segala alam... aku dan abang mengangkat jenazahnya........... dan mengebumikannya. hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta. Mak hanya memandang dengan air mata sayu.... penglihatannya kosong...... setelah 36 tahun hidup bersama ayah...... kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak..... aku tahu ba gaimana kasih seorang abah. Abah seorang pendiam...... sabar.. dan alim.... Jemaah masjid... bendahari masjid..... dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya. Aku selamaini tidak perna meluahkan kasih kepada abah secara terus terang. Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan memendam kasih saya..... Lainnya pula dengan emak... yang setiasa berterus terang.... seringkali tidur di peha mak hingga ke hari ini.
Kelmarin aku baca dairi abah. Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya. Semuanya berkisar tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta. Tapi abah catat..18 February.. shairizal beli kereta satria hijau 1.6..... abah catat setiap kali anaknya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam 1.00 pagi aku telefon dari KL..... abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan anaknya. Abah catat shairizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll....... Abah catat Kak Se keguguran..... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL...... menangis kami semua bila baca dairi tue....
Abah sayang anaknya..... takpernah tunjuk... sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan anak-anaknya sahaja. Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup selalu cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang". Tapi jauh disudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir aku bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah, bil, kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah subuh abah yang terbaru. .... catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat kubur" ... abah gariskan perkataan ingat kubur .... dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal. Dan menyerahkan kepada ALlah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api neraka. Abah memang suka budak kecik.. pantang anak saper pasti dia dukung... bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur sama. Kini semuanya tiada.
Ya ALLAH.... aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan... tanpa Abah...... baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya... abah meninggal 5hb .. tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk 10hb Ogos 2002. Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.
Tok Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek... pastu ditanam... tanahnya masih penuh kat tepi.... terlebih tandanya seorang yang pemurah.... sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak cukup tanah." "abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal" "Abah kamu waktu dimandikan dah bersih... tak der kotor najis pun takder"... perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....
Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid..... aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis...."Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tue"......... Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau keje apa sekali pun....
Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku .... Talkin buat abah masih segar..."Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah... ketahuilah kamu bahawa mati itu benar, kematian itu benar, Allah itu benar" dan kita yang hidup akan pergi juga.... Lelaki berat tanggungjawabnya.... suami menanggung dosa isteri dan anak-anak..... isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang dan solehah.... saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al -Mizan..
Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak tenang hati teringat abah.
Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada.... jadikan iktibar..... cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung. Tunjukkan.
Al-fatihah....
-moderator- difwdkan cerita ini utk iktibar, kepada the original author diharap perkenankan email ini untuk bacaan ahli Saujanaku. Dan bersabarlah dalam menghadapi ujian Allah, moga roh abah anda akan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh, insyallah. Al-fatihah.
sengja la tu nak merosakkan muka zara nie.......saman nanti.....ada patut.....thanks la naldo.....wah, lagi tergoda nie dgn naldo...nak lap2 plak air mata zara nie....kalau macam tu, nak nangis selalu la...
jeles la tu.....selemo burung yg perlu main jauh2 tau.....ambil bola yg 40 biji zara beli tu...main jauh2..nak telan bola pun boleh....kalau dah habis, zara beli yg lain...
tp rasa nyer dinho ni dah tahap makan bola skali ni.....ish ish ish....
mmg dah makan bola....zara beli hari tu, dah habis dia makan......nie nak suruh beli lagi.......tapi kena tunggu loan zara masuk dulu...baru leh zara belikan bola utk dia.....sekarang nak beli kilang bola utk dia......mkn puas2 bola tu...nak suruh wat sup skali pun boleh....
cinna fem mau... ntah kebende tu.... gg ad kuat bola ape pun x kisah, bola golf, bola jaring, bola ping pong, bola ragbi, bola mata org pun leh ad mkn.... muahahaha