Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 19 HADITH RASULULLAH MENGENAI WANITA....


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:
19 HADITH RASULULLAH MENGENAI WANITA....


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda
s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung
janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t.
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah
s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t.
dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah
s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu
dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-
ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-
mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam
syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka
mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka."

__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard