Pada suatu hari, tiga orang manusia telah tersesat di dalam hutan iaitu datt, melurr dan Mister_Rie. Mereka telah ditawan oleh sekumpulan puak kanibal, iaitu golongan orang makan orang. Untuk menyelamatkan diri, mereka diberi ujian oleh ketua puak itu. Apa yang mereka perlu lakukan ialah masuk ke hutan dan mencari sepuluh biji buah yang sama jenis.
datt datang semula kepada puak tersebut dan memberitahu, "Saya bawa sepuluh biji epal". Ketua puak itu kemudian memberi arahan untuk datt memakan buah-buah epal tersebut, tetapi tidak boleh menggigit dan mengunyah buah tersebut, dan tidak boleh mengubah mimik muka. Jika gagal, bermakna dia akan dijadikan sajian puak kanibal. Buah pertama berjaya ditelan, tetapi beliau tercekik buah kedua, dan menjerit kesakitan. Maka tamat riwayat datt.
melurr pula datang semula dan berkata, "Saya bawa sepuluh biji buah anggur". Ketua puak memberikan arahan yang sama iaitu menelan buah-buah itu satu per satu tanpa menggigit dan mengunyah dan tanpa mengubah mimik muka. 1, 2, 3, 4,...8 dan 9 berjaya di telan dengan selamba. Semasa menelan buah yang ke-10, beliau tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Maka tamat riwayat melurr.
datt dan melurr bertemu di alam barzakh.
datt: Kenapa kau ketawa? Kau hampir lepas ujian tu! melurr: Hahaha. Aku dah tak dapat tahan waktu tu. datt: Kenapa pula? melurr: Sebab aku nampak Mister_Rie bawa 10 biji buah durian.
* Watak-watak dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Jika ada kena mengena, nasib ngko la...
errrkrkkkk...tercekikkk.....saspek tul aku castezar wat mega movie tgh2 malam buta ni sorang diri...dalam utan ngan puak kanibal lak tu...tapi kan..errr....sapa si datt, si melurr dan mister rie tu.....melurr tu aku kerr...bukan kuttt..no komen lerrrr....toingg toingg~~~~
nick plak assistant kpada ketua puak kanibal.nick pun berkate kpada ketua puak kanibal iaitu castezar "tuan,tuan ngah bwat contest ke.saye pun nak masuk skali tuan.".ketua plak berkata "kalo ko nak masok ko kene isi borang.".assistant nye berkata balik "tuan,saye kene mesti isi borang ke.tuan nak salinan sijil lahir ngan ic.".tuan nye berkate "oooooooo itu aku rase x penting (dengan sengaja bwat2 x tau)".penggg(aku kene pukul ngan ketua puak kanibal).die berkate lagi "ko ni pahal bodoh sangat.puak kite ni mane ade gune sijil lahir ngan ic.dulu aku lantik ko jadi assistant aku ade kene gune sijil kolej smua tu ke,bodoh".assistant berkate lagi "kalo saye bodoh tuan pon mesti ah bodoh sbab pilih saye jadi assistant"
dalam cerita ni kan ko dah mati dulu sebab tercekik... so watak ko sikit je la...
watak aku banyak lagi sebab lepas aku amik durian tu.. aku belum mati lagi.. sebab castezar ngan kaum cawat dia bertempiaran lari bau kentut aku yang cilanat tahap bau durian tu...
so dalam filem ni..aku la hero.. dan mendapat bayaran lebih...
eeii..x der sesapa nak amik aku jadik pelakon ker..??mentang2 aku x femes...kacaknya gmbr ko castezar..topi n spek tu mesti branded kan..uihh..mmg mhl tu...tp mmg kacak la castezar ni,baik plak lg..pengarah berkaliber lemak berkrim disukai ramai..