RAHSIA TARIKH LAHIR... Untuk mengetahui nombor lahir korang ikut contoh kat bawah nie. CONTOH: 03 JUN 1972
03+06+1972=1981 1+9+8+1=19 1+9=10 1+0=1 ( jadi nombor lahir adalah 1 )
1. KETULENAN * Hadir dengan idea baru. * Memperoleh sesuatu dengan cara yang tersendiri. * Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. * Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasaannya adalah pemimpin atau bos. * Bekerja sendiri adalah merupakan pilihan terbaik mereka. * Perkara yang perlu dipelajari - idea atau pandangan orang lain mungkin baik atau lebih baik. berfikirlah secara terbuka.
2. PENDAMAI * Dilahirkan sebagai diplomat. * Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. * Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. * Tidak suka bersendirian. * Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang mereka jalin itu tidak serasi. * Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu. Mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri ( self esteem ) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. CERIA * Sangat kreatif, sosial,mesra,romantik dan mudah dibawa berunding. * Suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. * Suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa saja untuk mencapainya.* sangat popular dan idealistik. * Perlu belajar unutk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. KONSERVATIF * Golongan ini sangat peka dan tradisional. * Sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. * Hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. * Suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara bersendirian. * Mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. * Berupaya untuk tekun, sabar dan adakala dianggap degil. * Harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. PERINTIS * Mereka adalah perintis. * Mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat ( enthusiasm ). * Perlukan kepelbagaian dan tak suka di sekat. * Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain di fikiran mereka tidak pernah berhenti. * Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta sebelum membuat sesuatu kesimpulan.