Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita ketemui Yang benar2 sibuk Dengan urusan memperbaiki diri nya Yang benar2 sibuk Untuk mengubah sikapnya Untuk kembali kepada Zat yang sempurna Yang ada kini hanyalah Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia Walau di ketahui dunia ini hanya sementara
Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita ketemui Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat Yang sanggup bersusah payah dan berpenat lelah Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat Yang ada kini hanya lah Berbangga dengan harta yang menimbun Tapi jiwanya masih kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita ketemui Ahli professional yang bertaqwa Yang benar2 melekat iman di jiwanya Mengunakan profession nya menuju cita2 di akhirat sana Yang ada kini hanyalah Ahli professional yang lalai dan leka Yang hidup nya lebih barat dari barat Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya
Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita ketemui Bersifat silaturrahim semata2 kerana Allah Saling berhubungan dan bertanya khabar semata2 kerana Allah Yang ada kini hanyalah Sikap pura2 untuk menyenangkan hati sendiri Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri
Kawan di akhir zaman ini Payah untuk kita ketemui Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka Yang ada kini hanyalah Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia Yang menghidupkan budaya barat Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal
Kawan di akhir zaman ini Susah untuk kita ketemui Yang menjadikan majlis2 Al Quran tempat pertemuan Yang menjadikan majlis2 Agama tempat berkenalan Yang ada kini hanyalah Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini Susah untuk kita ketemui Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman Yang ada kini hanyalah Artis di jadikan bahan pujaan Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan Dianggap moden dan berketerampilan
Kawan di akhir zaman ini Susah untuk kita ketemui Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir Yang sentiasa merasai jelingan Izrail Yang bersungguh2 memperbaiki iman dan amal sebelum kematian Yang bersungguh2 memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat Yang ada kini hanyalah Yang panjang angan2nya Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian Seolah2 kematian itu masih jauh Seolah2 alam barzakh itu tidak akan ditempuh
"Seperti orang-orang yang sebelum kamu, yang lebih kuat daripada kamu dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam harta dan anak-anak; mereka mengambil kesenangan dengan bahagian mereka; maka kamu mengambil kesenangan dengan bahagian kamu, sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu mengambil kesenangan dengan bahagian mereka. Kamu terjun sebagaimana mereka terjun. Bagi mereka itu, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia di dunia dan di akhirat; mereka itu, merekalah orang-orang yang rugi". (Surah At Taubah A : 69)"