Saiyidina Abu Bakar as Siddik adalah sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling dikasihi baginda dan juga oleh sekelian umat Islam. Sungguhpun beliau telah terpilih menyandang jawatan khalifah Islam yang pertama, (setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.) namun kehidupannya tetap sederhana. Akhlaknya yang mulia, ramah, penyantun, serta sedia berkorban apa sahaja demi kepentingan umat Islam.
Diriwayatkan, sebelum beliau menjadi khalifah, beliau selalu membantu seorang wanita tua yang menjadi tetangganya dengan memerah susu dan memberi makan kepada unta-unta milik wanita tua itu. Setelah Abu Bakar menjadi khalifah, wanita tua itu amat bersusah hati kerana memikirkan siapa lagi yang akan menolongnya kelak untuk memberi makan kepada unta-unta tersebut.
Pada sangkaannya tentulah saiyidina Abu Bakar tidak akan menolongnya, sudah tentunya beliau sentiasa sibuk dengan urusan pemerintahan dan pekerjaan sebegini pastinya tidak sesuai bagi seorang yang bergelar khalifah. Kesedihan hati wanita tua ini disedari oleh Abu Bakar maka pada suatu hari beliau pun menziarahi jirannya itu.
Berkata Abu Bakar, "Wahai jiranku, janganlah kamu bersusah hati, sekalipun aku telah menjadi khalifah, Insya Allah aku akan terus melakukan kerja-kerjaku seperti dulu. Kedudukanku sebagai khalifah tidak akan dapat menghalangku dari terus menolongmu."
INILAH JIWA SEORANG PEMIMPIN YANG AGUNG... YANG SEPATUTNYA MENJADI IKUTAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ZAMAN INI.