Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: renungan.


Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:
renungan.


Renungkan....

Hayati  dan fahami....

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu....

Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja....

Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan  
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...

Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....

Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....

Kerana dia  akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....



Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap
ia begitu teguh....

Cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... Tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula....

Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh
digunakan lagi....



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya....

Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan
berterusan hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...

Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan  menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu,Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya
dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak,  kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.....


__________________
hidup biar sedap
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard