Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Asal usul Lina Joy....


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:
Asal usul Lina Joy....


Message: 1. Nama asal: Azlina Jelani, pernah
ditukar kepada
Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina
Joy untuk menafikan nama Islam yang terdahulu.

2. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu
keturunan Jawa, berumur 42 tahun.

3. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan
Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya
sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang
dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun
2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan
seorang India Kristian, dan meminta untuk
didaftarkan perkahwinan tersebut untuk
mengesahkan perkahwinan beliau.

4. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.

FAKTA KES

1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian,
beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan,
tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad
Pengenalan masih tertulis beragama Islam.

2. Beliau berusaha untuk menghilangkan
perkataan agama Islam tersebut dengn
permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
(untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000
kes yang sama menanti di JPN untuk menukar
agama, kenyataan & kajian Muti Perak).

3. Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang
perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN
disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah
Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.

4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-
undang Islam yang tidak mengbenarkan
(MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar
dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama
(Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak
dapat dikeluarkan.

5. Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate,
dibawa ke Mahkamah Tinggi, seterusnya ke
Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan
semuanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam
kuasa Mahkamah Syariah.

6. Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa
kepada Mahkamah Persekutuan oleh barisan
pembela kepada Lina Joy.

7. Pada awalnya ketiga Hakim yang mendengar
kes. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1
non-mullim) pada dasarnya berpendirian yang
sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan,
HINGGALAH Majlis Peguam yang hanya menjadi
barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi
NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk
memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN
oleh Hakim yang terlibat.

8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang
mana tidak pernah dalam sejarah perundangan
negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di
dalam Mahkamah.

9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam
pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam
tersebut melarikan isu utama kes berkenaan
daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI
memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak
untuk mempraktikkan kepercayaannya dan
dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu
seperti yang terkandung di dalam Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan.

10. Isu Mahkamah Syariah sudah tidak releven
pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang
diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC
dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah
Persekutuan.

11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO
non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-
Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan
perkataan "person" (individu) yang terkandung di
dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada
individu as per say, bukan lagi kumpulan atau
agama secara umumnya.

12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia
attempt yang sebegitu berani yang dilakukan
untuk menghuraikan definisi tersebut untuk
menguraikan ikatan Islam mengikut kepahaman
peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan
menafikan hak Islam sebagai agama untuk
mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan &
syariat Islam seperti yang terkandung dalam
undang-undang Islam.

IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam
pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui
mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini
bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat
dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan
dalam perlembagaan.

2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai
hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan
mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada
undang-undang Islam yang boleh
mengongkongnya;

*Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-
bila masa.
*Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman
sendiri sepenuhnya.
*Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak
boleh diambil tindakan disebabkan undang Syariah
sudah tidak relevent.

a. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan
mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang
difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh
ditinggalkan apabila membuat deklarasi bukan
Islam pada bulan itu tanpa boleh diambil tindakan.

b. Semua badan-badan Islam tidak relebvent lagi
dalam perundangan semasa, sebab hak
mempraktikkan secara individu diperjuangkan.

*Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng &
simbol agama.
*Kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu
bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan
agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh
diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak
mereka mengamalkan Islam.
*Perukunan Islam pada dasar sudah tidak valid
disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan
Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta
Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim
di dalam perlembagaan.

MENGAPA KES LINA JOY?

1. Kes Lina Joy mengambil kesempatan dalam
kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di
Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak
ada keupayaan untuk digembleng untuk
mempertahankan Islam di mana-mana sahaja.

2. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada
tuntutan kumpulan Artikel 11 yang pernah cuba
berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang
menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan
sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel
11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan
mereka untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy,
S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

3. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan
Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council
(IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu &
Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang
digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu
pemimpin-pemimpin negara yang bergama Islam.

4. Kes Lina Joy adalah attempt yang akan
memberikan impact yang amat besar yang mana
ia mencabar undang-undang Syariah oleh
Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A)
Perlembagaan Persekutuan, samaada ianya akan
dipinda atau dihapuskan sepenuhnya.

5. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak
kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang
telah lama menunggu & sedang menunggu, dan
kejayaan dari kes ini akan membenarkan
permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan
dibenarkan oleh perlembagaan.

6. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi
& individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh
negara-negara besar didunia menghantar wakil
untuk memberikan pressure yang besar ke atas
hakim & sistem perundangan negara yang AMAT
LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat
Islam.

7. www.becketfund.com menyenaraikan dengan
jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar
satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang
begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya
dianggotao oleh pelbagai pertubuhan hak asasi
manusia sedunia.

8. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi
menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun
untuk memberi pressure kepada Hakim yang
terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk
membela Lina Joy, antaranya;

a. Majlis Peguam (Bar Council)
b. Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha
& Sikh.
c. Malaysian Women Power Organization
d. National Council of Women Organization
e. All Women Action Society
f. Sister in Islam
g. Women Health Organization
h. Women Council of Change
i. Women Developmen for Change
j. Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia
(Suaram)

9. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela
pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu
menyebut;

"it is time that we must knock into the heads of
Malay that our country Malaysia is never been an
Islamic country. Strong message must be thrown
to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is
just a sub-sivilience to constitution"

kepada sesiapa yang baca bulletin ini dan jika
anda rasa benda ni salah dan anda seorang yang
ISLAM, tolong sebarkan bulletin ni kepada orang
ramai.

__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........


Super Member

Status: Offline
Posts: 546
Date:

Ya Allah...nape la teruk sgt org zaman sekarang nie

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 204
Date:

kita kena menyelidiki kenapa orang islam seteruk ini....


salah satu adalah kearana negara kita ini meletakan islam sebagai


pilihan kedua...... hiburan dan duniawi menjadi keperluan utama....


segala batas2 islam dipandang remeh oleh sesetengah pihak


pada zaman sekarang cuba kita lihat adakah aurat wanita di pandang


serius...... aurat dlm islam itu penting cuba kita ke shopping complex


adakah 60% wanita islam menutup aurat.....


fikir2 dan renungkanlah.............



__________________
~apa ada pada nama~
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard