Azlina Jailani (Lina Joy) telah menang di makhamah .... pertubuhan melayu murtad telah diluluskan ... sebar kan dan berdoa semoga umat islam selamat .. persatuan melayu kristian telah sah ditubuhkan di malaysia.. injil telah dicetak dan diedar ... IFC telah membuat roadshow besar- besaran sokong kebebsan agama
*********************************************
Apa yang saya tahu : berdasarkan study kes yang tak seberapa yg saya lakukan (bertanya kepada frontline yang mengikuti kisah ini, dan juga sahabat2 di dalam syariah undang2, juga logik akal) maklumat ini tiada sumber yang sahih....
ini kerana 1) kes lina joy belum selesai lagi...jadi bagaimana boleh dikatakan dia sudah menang?
2) pertubuhan melayu murtad --> ada sedikit kekeliruan di sini... di dalam perlembagaan kita, melayu mesti dikatagorikan mengikut 3 ciri penting iaitu mesti beragama ISLAM, berbahasa melayu dan mengamalkan adat & budaya melayu... ttp bila dikatakan tertubuhnya persatuan melayu- murtad, saya agak tertanya2 bagaimanakah perlembagaan yang sudah kekal sejak merdeka ini boleh berubah? seseorang memang sudah tidak boleh dikatakan melayu jika dia bukan beragama islam (murtad)....
3) errr...injil bahasa melayu bukan memang dah ada ker? saya dah penah baca...and saya pun ada memilikinya...hehe...
kesimpulan:
kita mesti selidik dahulu setiap berita yang kita perolehi, sebagaimana firman Allah di dalam surah 2:111
sebagai muslim yang mengaku sayang islam, kita mesti ambil tahu perkembangan semasa yang melibatkan agama kita. pertahankanlah agama kita. saya lihat ada +ve nya berita ini disebarkan kerana ranmai kawan2 yang baru tersedar and baru tahu ada cerita begini. siapa lina joy pun mereka tak pernah tahu...
isu yang timbul di sini bukan lah samada kita nak tentukan lina joy itu boleh murtad or tidak..dia sudah lama murtad!sejak dia dibaptiskan pada tahun 98 lagi...
tapi,isu yang perlu kita lihat adlah bagaimana rapuhnya pengamalan islam di negara yang telah mengisytiharkan sbg negara islam ini.
cuba kita renungkan:
jika lina joy menang kes ini, maka mahkamah syariah sudah hilang kuasa...logikkah jika isu dan hal-hal berkenaan islam, yang memerlukan rujukan dari sumber AL-quran dan hadith yang sohih di selesaikan oleh orang bukan islam yang tidak langsung beramal dgn al-quran dan hadith,apatah lagi untuk memahami isi kandungan Al-Quran dan hadith tersebut? di mana hak kita sebagai umat islam?siapa lagi yang boleh membela kita mengikut keadilan yang Maha adil?
IFC mendapat sokongan yang padu daripada NGO dan pihak2 luar negara. mereka memang kaya dan tiada masalah kewangan untuk menyebarkan dakyah mereka...itu mungkin tidak menimbulkan apa2 kesan di hati kita...
tetapi...
masih tiada kesan kah jika sokongan2 luar tersebut amat kuat sehingga mendesak PM kita menerima pertubuhan IFC? di mana hak kita sbg negara merdeka? bukan itu sahaja...malah, mmg ada pihak yg sudah berjumpa PM/menteri luar (saya kurang pasti yang mana satu) untuk menggesa menerima IFC....
bagaimana jika kerana kita bertegas dgn keputusan penolakan IFC, negara kita diserang kerana dikatakan tidak demokrasi dan tidak menghormati agama lain dsb? macam2 kes boleh timbul hny kerana 1 isu ini....
jangan menuding jari kepada agama lain...kita llihat sendiri di mana silapnya kita sebagai muslim...di mana remaja2 kita? masih lena dgn hiburan yang tiada kesudahan...bukan tidak boleh berhibur.tp jgn sampai lalai! fikir2kan lah... bangunlah dari tidur yang lama!
__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........